Senarai Naraka dalam Agni Purāṇa

Agni Purāṇa menyebut sebanyak empat naraka sahaja. Namun, sesetengah sastra menyebutkan sebanyak tujuh naraka maka kita kumpulkan di sini sebanyak tujuh naraka semuanya:
  • Put, naraka bagi mereka yang tidak mempunyai anak penerus keturunan
  • Avici, naraka bagi mereka yang sedang menunggu penjelmaan semula
  • Samhata, naraka untuk meninggalkan mereka yang karmanya jahat
  • Tamisra, naraka kegelapan
  • Rijisa, naraka di mana pendosa ditolak jatuh gaung dan diseksa
  • Kudmala, naraka sopak iaitu tempat yang paling teruk untuk sesiapa yang dilepaskan semula dari naraka
  • Kakola, naraka racun hitam di mana dasarnya itu dalam sekali dan sesiapa yang termasuk ke dalamnya tidak akan terjelma lagi di alam dunia