Ahamkara

Ahamkara adalah "ke-Aku-an". Ahamkara ini adalah deria "ke-Aku-an", atau Ego perseorangan yang merasakan bahawa dirinya itu adalah entiti yang berbeza dan berasingan. Ia memberikan penjatian kepada fungsian kita, namun Ahamkara juga mencetuskan perasaan terasing, kesakitan dan terpisah dari makhluk alam yang lain.
"Ahamkara adalah arus deras yang mengisytiharkan bahawa 'ini adalah Aku'"
Ahamkara mengambil sekutu. Arus "ke-Aku-an" yang digelar sebagai Ahamkara ini kemudian akan menyusun dirinya dalam rupa persekutuan dengan data atau pandangan-pandangan dalam Chitta (menyebabkannya menjadi berwarna atau disebut sebagai klishta), kemudian bersekutu pula dengan Manas, yang akan memberi maklumbalas kepada hawa nafsu yang dicari oleh "perseorangan" ini. Sementara itu, Buddhi yang menjadi aspek dalaman, yang mengetahui, membuat keputusan dan membezakan, akan menjadi berkabut. Oleh itu, disebutkan bahawa memurnikan (atau menghilangkan kabut) pada Buddhi itu adalah merupakan tugas penting dalam jalan samadhi dan kesedaran jiwa.

Menyaksikan pewarnaan oleh Ahamkara. Satu cara untuk memupuk kesedaran mengenai Ahamkara ini adalah dengan sedar mengenai hakikat timbulnya pemikiran dan emosi-emosi yang sellaunya diwarnakan dengan sama ada tarikan atau kemeluatan. Tarikan dan kemeluatan ini boleh jadi kuat, atau boleh jadi lemah sehingga tidak dapat disedari pun. Menyedari yang lebih lemah itu boleh jadi lebih mendalam kerana pewarnaan Ahamkara ke atasnya itu adalah halus. Disebutkan bahawa lebih mudah untuk menyaksikan yang lemah dahulu.