Bhāgavata dan Devi Bhāgavata Purāṇa tentang Naraka

Perbincangan tentang naraka ini amatlah menarik perhatian orang ramai. Ṛgveda tidaklah memberikan penjelasan yang terperinci mengena naraka ini. Naraka cuma digambarkan sebagai tempat yang buruk dan lohong gelap yang tiada dasar. Atharvaveda pula menggambarkan bahawa naraka itu adalah alam kegelapan. Pendosa yang membunuh akan dikurung di dalamnya selepas jiwanya terpisah dari raganya. Dharma mengajarkan kita bahawa kita ini janganlah pergi ke naraka mahu pun ke sorga. Sebaliknya, segera terus mencapai mokṣa atau kebebasan dari sengsara, lantas menerima keselamatan.

Satapatha Brahmana adalah agama yang mula-mula sekali menyebut tentang kesengsaraan seksa naraka secara terperinci. Manu Smṛti pula menamakan naraka-naraka yang pelbagai jenis itu. Sastra-sastra agama yang lain menggambarkan bahawa naraka itu umumnya seperti hutan tebal yang tiada keteduhan. Tiada air dan tiada istirehat. Yamaduta akan menyeksa dan menghentam jiwa-jiwa berdosa itu mengikut perintah Dharmarāja. Nama-nama naraka itu tersebut di dalam sastra agama yang umum namun ciri-ciri pendosa yang diseksa di dalamnya itu berbeza-beza pula mengikut sastra tersebut. Berikut adalah ringkasan yang dipetik dari Bhāgavata dan Devi Bhāgavata Purāṇa mengenai naraka.
Dikumpulkan: Northern Gate