Bhūloka

Bhūloka ini membawa maksud bhumi atau alam duniawi. Bhumi tempat kita berpijak ini dianggap sebagai loka atau tempat bagi kita menjalankan karma atau amalan dan menikmati buah-buah dari amalan itu.

Oleh itu, makhluk-makhluk bernyawa yang berjiwa raga berdiam di alam yang digelar sebagai bhūloka. Alam ini adalah alam yang awal dalam tribuana. Alam yang kedua itu adalah bhuvarloka iaitu alam pertengahan dan yang ketiga itu adalah alam svarloka atau sorga.

Kadang-kala, loka-loka ini diperkirakan sebanyak 14 loka kesemuanya. Bhūloka di pertengahannya, enam loka di atas bhūloka dan tujuh loka di bawah bhūloka.

Permukaan bhūloka ini digambarkan dalam rupa sehelai daun tumbuhan teratai, mengandungi tujuh dvīpa atau benua yang disusun dalam bentuk bulatan tertumpu sekeliling longgokan tanah di tengah yang digelar sebagai Jambudvīpa. Baki enam dvīpa itu adalah:
  • Plakṣa
  • Sālmala
  • Kuśa
  • Krauñca
  • Sāka
  • Puṣkara
Kesemua dvīpa ini dikelilingi oleh samudera-samudera pelbagai jenis cecair seperti air, susu, dadih atau air tebu. Daripada kesemua tujuh dvīpa ini, Jambudvīpa dianggap sebagai yang paling relevan kepada kita semua kerana Bhāratavarṣa atau benua kecil India terletak di atasnya.
 
Rujukan
  • Bhāgavata Purāṇa (5.16-19)
  • The Concise Encyclopedia on Hinduism by Swami Harshananda and Ram Krishna Math, Bangalore