Menghidupkan dan Menjadikan Yantra Sakti

Yantra sebenarnya adalah bentuk mantra yang fizikal. Sudah menjadi fakta sains bahawa apabila gelombang bunyi pada frekuensi tertentu dihalakan kepada satu yantra, maka gelombang yang sama corak pada yantra tersebut akan terhasil. Prinsip ini disebut sebagai polarisasi gelombang. Yantra mengumpulkan dan menumpukan pelbagai bentuk tenaga positif serta tenaga ini dibebaskan apabila tumpuan kita dihalakan kepada yantra. Pembebasan tenaga ini menyebabkan getaran positif yang menyembuhkan kita dan juga memberi kita tenaga.

Menurut kepada kedudukan astrologi planet-planet, tarikh bagi menumpukan kesaktian kepada yantra ditentukan. Veda-veda memberikan panduan amalan purba yang rumit bagi menyaktikan yantra-yantra tersebut. Ia mestilah dijalankan di depan dewa Agni dan api suci. Mantra dan sloka dibacakan serta semahan disampaikan bagi menyeru dewata. Dewata diseru bagi melaburkan kesaktian mereka dan hadir dalam yantra tersebut. Mereka diseru untuk memperkayakan yantra dengan tenaga positif.