Janaloka

Janaloka merujuk kepada salah satu daripada sorgaloka (rantau kayangan) mengikut kepada Nilamatapurana. Nīlamatapurāṇa menyebut bahawa pembahagian tiga lapis alam semesta ini ditandakan oleh ungkapan Tribuana, Trailokya dan lain-lain.

Seperti yang disaksikan, bumi adalah bahagian pertengahan, bahagian atasnya adalah sorgaloka dan bahagian bawahnya adalah alam rendah. Namun, hakikatnya pembahagian ini cuma nampak dua lapis sahaja dan bumi itu sendiri dipandang sebagai rantau terendah dari tujuh rantau atas atau kayangan.

Dalam Viṣṇu Purāṇa, Aṃśa II, Bab 7 disebutkan bahawa alam ini adalah salah satu daripada 14 alam yang terletak kira-kira tiga puluh juta yojana dari Dhruvapada atau rantau bintang Kutub. Alam ini menjadi dunia kediaman dewa Varuṇā sebagai wajah kepada Virāt dan sebagai sebahagian daripada Purus. Dalam alam ini pada zaman purba terdapat perbincangan mengenai brahmavāda, iaitu upacara yajna yang dijalankan oleh Batara Brahmā; pada jarak 20 juta yojana dari Maharloka. Semasa pralaya, para dewata akan menuju ke alam ini dari Maharloka.

Pandangan Siddha

Bagi sesetengah orang, loka ini adalah alam-alam jasadi namun bagi yang lain pula loka ini adalah alam-alam rohaniah. Janaloka ini adalah satah alam kreativiti, alam manusia biasa dan alam makhluk-makhluk berjangka hayat yang telah dibebaskan. Ia dipercayai menjadi alam kediaman anakanda kepada Batara Brahmā, Sanaka, Sananda dan Sanata Kumara dalam sesetengah tradisi.

Dari segi pandangan Siddha, Janaloka ini dianggap sebagai alam viśuddha chakra, yang dikaitkan dengan kebenaran dan pemahaman. Sesetengah Siddha percaya bahawa jika kehendak-kehendak chakra ini yang terletak di tekak tidak dipenuhi oleh para yogi semasa hayat mereka, maka rohnya akan masuk ke Taparloka (alam kediaman tenaga psikik dan alam orang zuhud) sebelum akhirnya tiba ke Satyaloka atau alam Brahma. Satyaloka adalah alam di mana para yogi menerima mokṣa.

Rujukan:
  • Rujukan Sastera Suci tentang Janaloka, Wisdom Library (online)
  • Janaloka, Yogapedia (online)