Yantra Unsur

Yantra mempunyai corak-corak geometri dengan garis-garis dan bucu-bucu yang disebut sebagai 'bindu' dan garis-garis mewakili lima unsur alam semesta iaitu bumi, air, api, udara dan angkasa. Yantra-yantra yang mewakili bumi biasanya berbentuk empat segi. Air diwakili oleh geometri bulat dan api pula diwakili dengan tiga segi. Yantra-yantra dengan lima atau sisi yang lebih turut digunakan.

Yantra-yantra tiga segi mewakili api pula mempunyai dua jenis iaitu:
  • Yantra Betara Śiva dengan garis-garis timbul
  • Yantra Mā Bhagavati dengan garis-garis berukir
Unsur-unsur yang berbeza pula digelar sebagai 'tattva' dan ia selari dengan yantra-yantra berbeza dengan aspek-aspek yang berlainan pula. Rujuk yang berikut:
  • Pṛthvi Tattva, tangkal-tangkal veda yang selari dengan Pṛthvi Tattva ini memberikan kurniaan kesempurnaan kepada cita-cita, kejayaan, keselesaan dan kesukaan.
  • Jal Tattva, tangkal-tangkal veda sebegini memberikan tuah kepada pemegangnya dengan pengasih, kehormatan, kesukaan dan menolak kelesuan dalam hidup.
  • Agni Tattva, tangkal-tangkal yang selari dengan Agni Tattva ini membantu pemegangnya mencapai kehormatan, kejayaan, menolak kegagalan dan lain-lain.
  • Vayu Tattva, tangkal-tangkal yang selari dengan yantra ini akan memberikan malang kepada pemegangnya seperti tidak dihormati, tidak cerdik, kesukaran hidup dan menjadikan pemegangnya itu seorang pemuja maksiat serta amalan-amalan buruk.
  • Aṃkaś Tattva, tangkal-tangkal veda yang selari dengan Aṃkaś Tattva ini berguna untuk mencetuskan pengasih, meningkatkan pendidikan, menghilangkan kerisauan dan mencapai kejayaan dalam perjalanan rohaniah.