Masa Bertuah untuk Memakai Yantra

Yantra-yantra ditulis atau dilukis pada bulan-bulan tertentu dalam kalender Hindu. Pemakaian atau penggunaan yantra ini juga mesti selari dengan hari-hari bertuah, purnama dan susunan planet dalam sistem solar kita. Warna-warna tertentu juga digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis yantra.

Bulan-Bulan

Menurut kalender Vikram Samvat, bulan-bulan bertuah untuk menulis atau melukis yantra adalah pada bulan Śravana, Bhadrapāda, Aświn, Kartika, Aghayāna, Vaiśakha, Pauṣa, Magha dan Phalguna. Yantra-yantra veda yang disediakan dalam bulan-bulan yang disebutkan itu akan memberikan kesan yang kuat kepada pemakainya. Yantra-yantra ini biasanya adalah untuk mencapai wijaya dalam kesihatan, kehidupan, anak-anak, kemewahan, pendidikan dan lain-lain.

Bulan-bulan seperti Chaitra, Jyeśtha dan Asadha adalah tidak begitu bertuah bagi menulis atau melukis yantra dan bulan-bulan yang selain daripada bulan-bulan bertuah yang disebutkan di atas itu tidak pernah menjadi bulan-bulan bagi orang menghasilkan yantra.

Pakṣa

Śukla Pakṣa adalah lebih baik daripada Kṛṣṇa Pakṣa untuk menulis yantra. Śukla Pakṣa bermula dengan Amavasya atau bulan baru dan berakhir dengan Pūrnima atau bulan terang penuh. Kṛṣṇa Pakṣa bermula daripada Pūrnima sehingga ke Amavasya.

Tithi

Jarak sudut antara matahari dengan bula diukur dari bumi sepanjang bulatan elliptic dan ia boleh berubah-ubah dari 0 darjah sampai 360 darjah. Hal ini dibahagikan kepada 30 bahagian dan setiap bahagian itu barakhir dengan daraban 12 seperti 12 darjah, 24 darjah serta seterusnya. Masa yang dihabiskan oleh bulan dalam setiap bahagian inilah yang disebut sebagai satu tithi (hari).

Pūraṇa Tithi adalah hari yang sesuai untuk menyediakan yantra. Hari-hari tertentu dikhususkan untuk menghasilkan yantra yang pelbagai:
  • Nanda Tithi, untuk Vaṣikaraṇa Yantra atau Yantra Pemukau
  • Bhara Tithi, untuk Yantra Wijaya bagi kemakmuran, kemewahan dan pendidikan
  • Siddhajva Tithi, untuk Yantra Penyelamatan dan Rohaniah
  • Ṛkta Tithi untuk Marana Yantra
Nakṣatra

Keseluruhannya ada 27 nakṣatra dan setiap nakṣatra itu mempengaruhi kesan yantra. Oleh itu, yantra-yantra yang pelbagai jenis itu dihasilkan sesuai dengan kedudukan bintang-bintang ini:
  • Yantra untuk Brāhmaṇa dihasilkan pada Anuradha yang jatuh pada hari Rabu
  • Yantra untuk Kśatriya dihasilkan pada Hasta dan Puṣya yang jatuh pada hari Khamis 
  • Yantra untuk Vaiśya dihasilkan pada Puṣya yang jatuh pada hari Khamis
  • Yantra untuk tujuan kerohanian dihasilkan dalam Rohini dan Mṛgaśira yang jatuh pada hari Isnin
  • Yantra untuk tujuan kesihatan dan kemakmuran ditulis pada Aświni yang jatuh pada hari Selasa
  • Yantra untuk mereka yang menderita kesusahan dan bencana ditulis pada Revati yang jatuh pada hari Ahad.
Warna-Warna

Yantra-yantra diberikan pelbagai jenis warna. Warna juga memberi kesan yang kuat ke atas yantra yang terhasil itu.
  • Putih untuk kerohanian dan samadhi
  • Hitam untuk Marana Yantra dan Ucchatana Yantra (kematian)
  • Merah untuk Vasikarana (pemukau) atau Mohana (pemikat)
  • Kuning atau Kesari (kuning kehijauan) untuk Yantra Kemewahan
  • Biru untuk Ākarśana Yantra (tarikan)