Perubatan Yunani Purba

Perubatan Yunani purba adalah sekumpulan teori dan amalan yang sentiasa berkembang menerusi ideologi-ideologi baru dan eksperimen. Banyak komponen yang dianggap sebagai sebahagian daripada perubatan Yunani purba ini menggabungkan rohani dan jasadi.

Lebih mendalam lagi, orang Yunani purba percaya bahawa kesihatan kita ini dipengaruhi oleh humor, kedudukan geografi, kelas masyarakat, diet pemakanan, trauma, kepercayaan dan gaya pemikiran. Orang Yunani purba mempercayai bahawa penyakit itu adalah "hukuman ilahi" dan kesembuhan dari penyakit itu adalah "kurnia dari dewa-dewa". Dalam pada percubaan-percubaan atau eksperimen dijalankan, teori-teori diuji kebenarannya melalui simptom dan hasil, kepercayaan bahawa penyakit itu adalah "hukuman" dewata dan kesembuhannya adalah "kurnia" dewata itu kemudian berubah pula asasnya berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat serta fizikal.  

Rujukan:
  • Greel Herbal Medicine (online)