Roh nenek moyang atau pitru dalam bahasa Sanskrit ini merujuk kepada seholongan dewata dalam veda-veda suci. Namun, seperti dewata lain dalam veda-veda suci, mereka ini sebenarnya adalah abstrak, halus dan sukar sekali untuk mengesan dengan dasar veda suci mengenai siapakah para pitri ini.
Madhyandin Yajurveda (2.32) menyatakan bahawa terdapat enam musim dalam setahun itu ditujukan kepada nenek moyang. Penjelasan yang sama juga boleh ditemui dalam Satpatha Brahmana (9.4.3.8) mengenai Ṣaḍvā Ṛtavaḥ Pitaraḥ atau enam musim nenek moyang. Namun, kemudian dalam ayat 19.11 dari yang sama, perkataan pitru ini digunakan untuk merujuk ibu kepada Yajmān iaitu apabila Yajmān memohon keampunan kerana menyakiti ibu semasa kecilnya.
Ayat 19.37 menyatakan bahawa pitru memohon supaya barangsiapa yang menjalankan upacara yajña itu disucikan. Ayat 19.49 sehingga 19.69 menunjukkan bahawa pitru dilayan seperti dewata, dipersembahkan dengan Somarasa dalam yajña dan persembahan dihantar kepada mereka melalui Agni. Hal ini turut disokong dalam ayat 2.29 daripada sumber yang sama. Hal ini agak bertentangan dengan konsep purāṇa yang mengajarkan bahawa sembahan kepada nenek moyang itu dihantar sama ada melalui air atau melalui brāhmaṇa.
Nenek moyang diseru dalam yajña dari alam keinderaan dan mereka akan turun ke alam ini ditemani oleh dewata. Walaupun dalam upacara Śrāddha yang dipetik dari purāṇa, dinyatakan bahawa nenek moyang akan dibawa ke rumah mereka yang menjalankan upacara itu sambil ditemani oleh para Viśwadeva atau kumpulan dewata alam.
Dalam Sathapatha Brahmana disebutkan bahawa nenek moyang dikaitkan dengan amavasya. Nenek moyang akan mendapat persembahan makanan pada hari amavasya. Upacara Śrāddha, walaupun tidak pernah disebut dalam mana-mana veda, termasuklah dalam Samhita dan Brahmana, mungkin terbit dari susunan Sathapatha Brahmana ini.
Arah selatan selalunya dikaitkan dengan nenek moyang. Kadang-kala mereka juga dikaitkan dengan arah timur:

- उभे दिशावन्तरेण विदधातिप्राचीं च दक्षिणां चैतस्यां ह दिशि पितृलोकस्य द्वारम् (Sathapatha 13.8.1.5)
- दक्षिणासंस्थो वैपितृयज्ञः (Kauśīki Brahmana 5.7)
- अन्तरिक्षं तृतीयं पितृन् यज्ञोऽगात् (Aitareya Brahmana 7.5) atau di angkasa lepas
- पितृलोकः सोमः (Kausitaki Brahmana 16.5) atau di kediaman Soma
- अध एव हि पितृलोकः (Sathapatha Brahmana 14.6.1.10) atau di bawah alam
Yamaraja atau dewa kematian sering dikaitkan dengan nenek moyang seperti yang disebutkan berikut:
- पितृलोको यमः (Kausitaki Brahmana 16.9)
- क्षत्रं वै यमो विशःपितरः (Sathapatha Brahmana 7.1.1.4)
Oleh itu, kediaman nenek moyang adalah berbeza dan ditunjukkan dalam penjelasan kitab-kitab yang di atas terletak kadang-kala di selatan atau di timur dan diperintah juga oleh baginda Yamaraja. Kedudukan nenek moyang ini masih lagi tidak jelas kerana perkaitan mereka dengan dewata alam, dan mereka juga turut terlibat dalam menerima yajña seperti dewata. Namun, terdapat petunjuk dalam veda-veda bahawa mereka ini sebenarnya adalah nenek moyang yang sudah lama meninggal dunia.
Veda-veda suci tidak menyediakan cara untuk menjalankan Śrāddha bagi nenek moyang. Veda-veda suci hanya menyatakan bahawa nenek moyang diberi persembahan melalui Agni dalam upacara yajña, sama seperti yang diberikan kepada dewata. Upacara Śrāddha muncul pada zaman purāṇa. Upacara peringatan untuk nenek moyang pada hari ulangtahun kematian mereka serta upacara pada separuh bulan gelap bulan Aswin itu hanya dijelaskan dalam purāṇa-purāṇa.