Amalan Tantra

Upacara-upacara menjadi tumpuan utama dalam amalan-amalan tantra. Tantra mengumpulkan pelbagai jenis amalan dan buah fikiran berbanding dengan menjadi satu sistem yang seragam. Oleh kerana banyak komuniti yang menggunakan istilah ini untuk amalan-amalan kaum mereka, maka sukar sekali untuk menjelaskan amalan-amalan tantra secara berkesan.

Komponen-Komponen

Andre Podoux mengambil maklum bahawa tiada persetujuan antara sarjana tentang ciri manakah yang membentuk amalan-amalan tantra. Tiada sebarang sastra juga yang menjelaskan mengenai hal ini. Menurut Anthony Tribe, salah seorang sarjana Tantra Buddha, amalan-amalan tantra yang dijalankan oleh penganut Buddha adalah seperti berikut:
  • Kepentingan kepada tumpuan, terutamanya dalam pemujaan dewata
  • Kepentingan kepada mantra-mantra
  • Pembayangan dan penjatian diri dengan dewata
  • Perlu kenaikan, tersembunyi dan rahsia
  • Perlu guru atau acharya
  • Penggunaan maṇḍala untuk upacara
  • Melanggar norma-norma kemasyarakatan atau susila
  • Penilaian semula tubuh
  • Penilaian semula kedudukan dan peranan wanita
  • Pemikiran berkadaran (termasuklah perkaitan jagat kecil atau jagat raya)
  • Penilaian semula terhadap keadaan-keadaan mental yang negatif
Menurut David N. Lorenzen, amalan-amalan tantra adalah seperti berikut:
  • Amalan-amalan dan kepercayaan pawang serta yoga
  • Amalan pemujaan Sakta, terutamanya pemujaan kepada Matṛkas, iaitu dewi-dewi pemusnah raksasa dalam kepercayaan orang Hindu
  • Agama-agama tantri yang khusus seperti Kapalika dan Kaula
  • Sastra-sastra tantra itu sendiri.