Brahmāloka

Brahmāloka adalah alam kediaman Batara Brahmā, dewata pencetus dalam penjelasan Trimurti. Alam ini terletak di Gunung Meru. Ia turut dirujuk sebagai Brahmāpūra atau Satyaloka. Purāṇa-purāṇa menggelarkannya sebagai Satyabagecha atau Taman Kebenaran. Alam ini dipenuhi dengan bunga-bungaan pelbagai jenis.

Brahmāloka tidak semestinya sama dengan satah alam jagat yang disebutkan dalam Nada Bindu Upaniṣad dan Siva Purāṇa. Sadaśiva Iśvāra atau Paramaśiva adalah Pencipta yang lebih tinggi lagi daripada Batara Brahmā.

Dinyatakan bahawa alam ini adalah alam kenikmatan yang tertinggi di dunia ini setakat termampu dicapai oleh manusia. Walau bagaimanapun, Siddhartha Gautama Buddha dalam ajaran baginda menyebut bahawa alam ini sebagai tidak kekal abadi. Ajaran Vedanta turut berpandangan bahawa semua lingkaran kewujudan, termasuklah alam tertinggi seperti Brahmāloka ini hanyalah sementara sahaja. Yang kekal abadi hanyalah hakikat kesedaran tidak terbatas yang disebut sebagai Sat-Cit-Ananda. Alam ini masih lagi dikira sebagai alam duniawi walaupun ia ghaib di mata manusia, namun ia adalah alam duniawi yang tertinggi. Ajaran Buddha ada memberikan beberapa penjelasan mengenai alam ini menerusi Dhyana, namun ia tidak akan disentuh di sini kerana bahagian ajaran Buddha boleh dirujuk oleh rakan-rakan sekelian.