Buddhi

Buddhi adalah akal tinggi. Buddhi adalah aspek tertinggi dalam akal. Ia menjadi pintu gerbang kepada kebijaksanaan atau hikmah dalaman. Perkataan Buddhi itu sendiri terbit dari kata akar "buddha" yang bermaksud seseorang yang dicerahi. Buddhi mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan, mengadili dan membuat perbezaan berdasarkan pertimbangan akal mengenai baik atau buruknya keputusan yang akan diambil. Buddhi boleh menilai tindakan yang mana satu yang bijak untuk diambil. Jika fungsinya itu adalah jelas maka Manas akan menerima petunjuk-petunjuk darinya.
"Buddhi itu adalah pembuat keputusan dalam kilang kehidupan"
Buddhi sepatutnya menjadi pembuat keputusan. Dalam kilang kehidupan, kita mahukan supaya Buddhi menjadi pemilih dalam kilang kehidupan kita. Jika tidak, Manas akan menerima arahan-arahan dari corak-corak tabiat yang diwarnakan oleh Ahamkara yang tersimpan dalam Chitta. Selalunya, Buddhi akan diselaputi oleh kabut-kabut disebabkan oleh proses pewarnaan dan timbulnya pandangan-pandangan dalam Chitta. Oleh itu, tugas utama "sadhana" atau amalan-amalan kerohanian, adalah untuk menghilangkan kelebur-kelebur yang menjadi kabut kepada Buddhi. Dengan pilihan yang jelas, maka seseorang itu akan dapat memperbaiki pilihan-pilihan yang akan menjadi pemandu kepada buah-buah kepada amalan kerohaniannya.

Kedalaman Buddhi. Pada tahap yang lebih legap atau peringkat permukaan kehidupan dan samadhi, Buddhi ini digunakan sebagai alatan untuk pembezaan baik dan buruk, seperti yang telah dijelaskan. Walau bagaimanapun, apabila kita masuk ke kedalaman yang mencukupi dalam samadhi, kita akan menyedari bahawa aspek terhalus Buddhi akan menjadi yang terawal sekali yang melihat pemisahan dalam diri kita dengan alam semesta. Dalam lain perkataan, walaupun Buddhi ini menjadi alatan untuk memperdalam pengalaman jiwa kita dalam samadhi, namun Buddhi yang menjalankan bedah siasat ke atas alam semesta dan ia akan melihat pemisahan yang sebenarnya berasal dari satu kesatuan. Pembezaan antara Buddhi dan kesedaran murni itu adalah tahap terakhir dalam perjalanan samadhi kita.

Yoga Sutra dan prinsip Buddhi. Prinsip Buddhi ini menjadi elemen yang penting dalam amalan Yoga. Ia dijelaskan dalam Yoga Sutra. Istilah Buddhi digunakan banyak kali dalam Yoga Sutra, walaupun Buddhi itu sebenarnya adalah berkaitan dengan pembezaan atau viveka dan istilah viveka ini pun turut digunakan beberapa kali. Dengan melihat beberapa sutra, maka jelaslah bagi kita mengenai keseluruhan proses yang didasarkan kepada pembezaan dan Buddhi.