Chitta

Chitta adalah pusat simpanan ingatan. Chitta menyimpan bayangan-bayangan dan pengalaman hidup. Walaupun Chitta ini berguna namun ia juga boleh menimbulkan kesukaran sekiranya fungsinya itu tidak diaturkan dengan lain-lain dalam pengendalian kilang tubuh.
"Chitta ini adalah pusat penyimpanan pandangan-pandangan yang belum terjelma dan perasaan-perasaan tersembunyi yang tidak terkira banyaknya"
Mengaturkan Chitta. Sekiranya Chitta tidak diaturkan dengan fungsi-fungsi akal yang lain, maka beribu-ribu malahan berjuta-juta pemikiran yang terpendam di dasar tasik akal itu akan mula terkocak dan tergencar lalu timbul. Hal ini menjadikan pemikiran-pemikiran tersebut seolah-olah hidup dan berlumba-lumba untuk mendapatkan perhtaian Manas bagi menjalankan kehendak-kehendak mereka di dunia luar. Tanpa kehadiran Buddhi yang cerah, maka suara-suara dari Chitta yang berlumba-lumba tadi akan menunggang Manas bagi menjalankan tindakan-tindakan yang mereka ingini di dunia. Selalunya, tindakan-tindakan tersebut sebenarnya adalah tindakan-tindakan yang tidak berguna.

Menyaksikan Chitta. Satu cara yang baik untuk memupuk kesaksian ke atas Chitta adalah dengan kesedaran terhadap jaluran pemikiran, perasaan, rupa-rupa dan pandangan-pandangan yang timbul di hadapan Manas (yang mungkin akan dijalankan atau tidak dijalankan oleh Manas). Ketahui tentang bagaimana jaluran pemikiran yang timbul dari mana-mana itu, dan kembalikannya ke Chitta.

Yoga Sutra. Dalam Yoga Sutra, istilah Yoga ini didefinisikan dengan kemasukan perkataan Chitta, "Yogash chitta vritti nirodhah (rujuk Yoga Sutra 1.2). Dalam Yoga Sutra, perkataan Chitta ini digunakan banyak sekali. Dengan melihat sekilas pandangan pada penggunaan perkataan itu, maka maksudnya pun akan menjadi lebih jelas bagi kita.