Cetera Mahārāja Ravāṇa

Diwartakan bahawa Ravaa terasa letih menggemparkan bumi seluruhnya, maka baginda pun menghadap Betara Śiva memohon moka, kelepasan dari samsara yang tidak berkesudahan. Betara Śiva sebaliknya memberikan puya kebal dari dibunuh oleh senjata. Baginda menyatakan bahawa Ravaa mesti memohon moka menerusi Betara Viu.

Menurut Śrīmad Bhagavatam bab ke-6, sloka 43-50, jelas sekali bahawa Betara Śiva boleh memberi kenaikan untuk jiva-jiva masuk ke alam rohani dan ke kayangan. Jadi, baginda boleh membebaskan sesiapa saja. Namun, Ravaa semasa kelahiran lampaunya itu adalah seorang pengawal gerbang Viuloka, bernama Jaya. Beliau itu disumpah oleh empat orang putera Brahma. Oleh itu, untung nasib beliau itu terletak di tangan Betara Viu.

Dalam versi cetera Ravaa ini, peperangannya dengan Śrī Rāma boleh ditafsirkan sebagai topengan Ravaa untuk mencapai kematian, dan menerusi kematian itu, dibebaskan. Teriakan penuh hiba Ravaa yang tercatit dalam stotra ini, berbunyi, "Bilakah lagi aku akan berbahagia?" Bacaan ini terus bergema di mulut penganut-penganut yang berbakti kepada Betara Śiva sehingga kini dalam usaha mereka untuk memenuhi keperluan duniawi dan mencapai kelepasan agung dari segala ikatannya.

Ravaa mempunyai keperibadian yang rumit dan penuh paksaan, namun untuk kebanyakan orang Hindu, baginda dipandang sebagai tokoh perwira lagenda, pendita penuh cerdik, dan seorang suami yang penyayang bagi salah seorang wanita sempurna daripada lima wanita Hindu sempurna yang lain, Mandodari. Mandodari, puteri kepada Maya, jelita dan penuh silsila. Mereka berputerakan Meghanāda (bunyi awan atau bunyi petir). Putera mereka itu menewaskan Betara Indra ketika itu, lalu digelar sebagai Indrajit. Moyang Ravaa pula adalah Brahma. Oleh itu, baginda turut mempunyai pengetahuan yang maju dalam matematik, sains serta ilmu perubatan.

Baginda menjadi kelabu mata hati disebabkan oleh sikap ego dan kekuasaannya. Baginda mempertonton kesaktian baginda sehingga hampir-hampir menggerakkan Gunung Kailaśa, tempat persemayaman Betara Śiva yang menjadi kuladevatanya. Betara Śiva menghalang perbuatannya itu dengan segera menekan ibu jari kakinya ke gunung tersebut sehingga hancur jari jemari Ravaa yang memegang gunung tersebut.

Ketika itulah terpacul stotra ini di mulut Ravaa. Oleh sebab itu, baginda pun terselamat dari kemurkaan Betara Śiva lalu turut dikurniai dengan Chandrahas. Chandrahas merupakan pedang bulan, salah satu senjata yang sakti dalam lagenda Hindu.