Seruan dan Pemujaan Yantra

Setiap yantra itu aktif hanya selepas ia ditiupkan dengan kesaktian. Yantra dikaitkan dengan Pañca Mahābhūta dan iṣta devata. Sastra-sastra purba menggariskan 16 langkah untuk menyeru dan memuja kesaktian yantra.

Mereka yang menjalankan upacara-upacara seruan ini digelar sebagai Sadhaka. Sadhaka akan memegang bunga-bunga dan mempersembahkannya kepada deva atau devi yang menjadi penunggu yantra tersebut. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
  • Pūrva Pūja iaitu bunga-bungaan dipersembah kepada dewata sambil membaca bīja mantra देवये नमः आवहनम् समर्पयम् 
  • Kemudian, sembahkan bunga-bungaan kepada āsana iaitu tikar tempat Sadhaka duduk dan bacalah देवये नमः आसनम् समर्पयामि
  • Kemudian, sembahkan air sebagai tanda membasuh duli paduka dewata dan bacalah देवये पयदम् समर्पयामि