Naraka menurut Brahma Purāṇa

Dalam bab ke-9 Brahma Purāṇa, disebutkan bahawa di bawah patala-patala alam atas itu terdapat naraka-naraka yang para pendosa dilemparkan ke dalamnya. Kesemua naraka ini dikawal selia oleh baginda Yama Dharmaraja:

  • Rourava
  • Soukara
  • Rodha
  • Tana
  • Visasana
  • Mahajjvala
  • Taptakumbha
  • Mahalobha
  • Vimohana
  • Rutiradha
  • Vasatapta
  • Kurmisa
  • Krumibhojana
  • Asipatravana
  • Lalabhaksdiya
  • Puyavubaha
  • Vahijjvala
  • Adhahsira
  • Samdamsa
  • Ksrnasutra
  • Tama
  • Svabhojana
  • Apratistha
  • Avici
Naraka-naraka ini menakutkan dan penjaga naraka bersenjatakan parang tajam, berlembing, memegang gulungan-gulungan api, memegang racun dan menyebabkan sesiapa yang terpandang mereka menggigil gerun. Hukuman-hukuman dalam naraka ditujukan kepada pendosa-pendosa.
 
Pendosa-Pendosa dan Takdir Pendosa
 
Pendosa-pendosa yang terjatuh ke naraka Rourava adalah mereka yang memberikan kesaksian palsu, berbohong walaupun sedikit pun, melakukan bhrunahatyam iaitu membunuh bayi dalam garbha (janin), melakukan guruhatyam iaity membunuh guru-guru, membunuh lembu dan menamatkan nyawa seseorang. Mereka yang menghalang nyawa lain daripada meneruskan kehidupan dalam hayat ini akan terjatuh ke naraka Ghodarourava.
 
Pendosa-pendosa yang terjatuh ke dalam naraka Soukara pula terdiri daripada pemabuk, pembunuh bangsa Brahmana, pencuri emas dan berkawan dengan pendosa-pendosa yang tersebut itu.
 
Pendosa-pendosa yang terjatuh ke naraka Taptakumbha pula adalah pembunuh-pembunuh bangsa Ksatriya, pembunuh bangsa Vaisya dan pembunuh rajaduta (pesuruh diraja).
 
Pendosa-pendosa yang terjatuh ke dalam naraka Saptaloha terdiri daripada penjual bahan seludup, penjual minuman panas dan penjual tuak serta mereka meninggalkan pengikut mereka sendirian tanpa bimbingan.
 
Pendosa-pendosa yang menghina guru, melakukan gurujana, mencaci guru, mengeji kitab suci veda dan sastra-sastra suci, menggoda dan mengambil kesempatan ke atas mereka yang melarat yang memerlukan bantuan atau tidak waras fikirannya akan dilempar ke naraka Sabala.
 
Pendosa-pendosa yang terdiri daripada kavar, penyamun dan pembunuh sifat-sifat yang lainnya maka takdir mereka itu adalah di naraka Vimoha.
 
Pendosa-pendosa yang menzahirkan kebencian terhadap para dewata, para brahmana dan ibu bapa maka mereka akan terus dilempar ke naraka Kumbhibhaksa.
 
Pendosa-pendosa yang mencuri hidangan naivediya untuk dewata, nenek moyang dan tetamu akan terjatuh ke naraka Lalabhaksa.
 
Pendosa-pendosa yang membuat anak panah dan peralatan untuk membunuh maka takdir mereka itu adalah di dalam naraka Vedha. Di samping itu, pendosa-pendosa yang menghasilkan senjata dan pedang akan dihantar ke naraka Visana.
 
Bangsa brahmana yang menerima dana bagi tugasan kejahatan contohnya menenangkan dewata ksudram. Pendosa yang terlibat dalam nujum yang salah iaitu untuk menipu mereka yang naif akan terjatuh ke naraka Adhomukham.
 
Bangsa brahmana jati yang berurusan dengan daging-daging, menjual-beli haiwan-haiwan seperti kambing, ayam, kucing, burung, babi, bijan hitam, garam dan tuak akan terjatuh ke naraka Krumipuyam.
 
Bangsa brahmana yang terlibat dalam lakonan, pementasan, tarian, berkayuh sampan, memakan makanan yang jatuh dari wanita, bekerja menyeludup barangan, menerima rasuah, membela lembu dan kerbau untuk upah kehidupan, meniduri bininya terutamanya pada hari-hari suci, membakar rumah orang dan terlibat dalam pembunuhan rakan-rakan mereka akan dihantar ke naraka Rudhirandha.
 
Bangsa-bangsa lain yang membunuh saudara-mara sendiri pula akan dilemparkan ke dalam Sungai Vaitarini.
 
Kemungkinan untuk Keampunan
 
Maharsi Lomaharsana menceterakan bahawasanya banyak dosa yang dilakukan oleh manusia dan beliau menyebut dengan lanjut mengenai naraka yang menjadi tempat kepulangan jiwa mereka.
 
Dalam pada itu, Marharsi Lomaharsana turut mencadangkan prayascitta iaitu memohon keampunan bagi mengurangkan kesan karma-karma buruk yang dilakukan oleh manusia. Svayambhuva Manu dan maharsi-maharsi lain menyatakan bahawa dosa yang besar memerlukan permohonan keampunan yang besar namun dosa yang kecil memerlukan permohonan keampunan yang kecil. Prayascitta pada asasnya berbentuk tapasya. Bagi penganut Vaisnava, tapasya yang terbaik itu adalah berbentuk melafazkan pemikiran dan pandangan yang dilontarkan oleh Bhagavan Sri Krsna.
 
Cara-Cara Prayascitta menurut Vaisnava
  • Tapasya sambil membaca Sri Krsna Bhagavan selalu. Barangsiapa yang membacanya di pagi hari, petang hari dan malam hari maka mereka akan mendapat kelepasan dari dosa.
  • Bhagavan Narayana Smarana iaitu mengingati Batara Visnu.
  • Kirtan iaitu nyanyian-nyanyian suci bagi memudahkan pencairan dosa, kelepasan beransur-ansur dan menyediakan jalan ke arah mukti.
  • Japa mulamantra Sri Vasudeva, homa, dan archana supaya menerima kelayakan untuk mencapai moksa.