Pemujaan Nenek Moyang dan Pitra Loka

Pemujaan nenek moyang (shamanisme) itu adalah salah satu ciri dalam kebudayaan manusia kerana kita secara semulajadinya ingin mengingati keluarga kita yang kita sayangi dan hormati. Keluarga kita yang terdahulu yang bekerja keras mencetuskan asas kepada kewujudan dan kebahagiaan kita kini.

Walau bagaimanapun, mereka yang memahami konsep penjelmaan semula akan dapat melihat bahawa setiap orang itu boleh mencapai kedudukan yang dikurniakan oleh kesedarannya dan pahalanya sendiri. Bhagavadgita memberikan penjelasan yang jelas dan ringkas mengenai hal ini. Ia menjelaskan tentang bagaimana kita boleh mencapai kedudukan yang tinggi selepas kematian kita.

Dalam kebudayaan Veda yang asli, ahli-ahli masyarakat Arya didasarkan kepada varṇaśrama terlibat dengan ikhlasnya dalan dharma tanggungjawab dan mencapai tahap-tahap kesedaran berdasarkan kepada pahala dari karma mereka. Oleh itu, semulajadinya dipercayai bahawa selepas kematian maka mereka pun membentuk masyarakat pitri (nenek moyang). Hal ini membentuk hubungan antara yang masih hidup dengan yang mati apabila yang masih hidup menjalankan yajña ke atas yang sudah mati. Kedudukan pitri ini bukanlah mudah untuk kita jelaskan. Ia hanya dicapai menerusi pahala besar dan menerusi kesedaran yang tinggi. Oleh itu, hanya nenek moyang yang layak sahaja akan mencapai tahap ini.

Pitra Loka ini adalah kediaman Yamaraja. Para pitri menjadi rakan-rakan dan juga tetamu kepada baginda Yamaraja. Loka ini bukanlah planet yang berjisim seperti yang kita boleh lihat melalui teleskop. Loka ini adalah dimensi lain namun ia adalah kebenaran. Setiap manusia itu boleh belajar untuk bergerak dalam dimensi-dimensi alam ini menerusi amalan yoga atau amalan-amalan dari tradisi veda suci.