Penjelasan mengenai Pitra Loka

Pitra Loka ini menjadi kediaman bagi dewa Aryaman iaitu salah satu daripada 12 orang Aditya. Kedudukannya adalah antara Bhuloka (bumi atau jagat raya kita) dan Bhuvarloka (satu alam yang tinggi sedikit daripada bumi).
  • Apabila roh berada dalam jasad kita, ia akan dikelilingi oleh sthūla śarīra.
  • Apabila roh meninggalkan jasad kita, maka ia akan dikelilingi oleh sukṣma śarīra dan roh kita pun digelar sebagai jīvatma.
  • Roh akan berada beberapa hari di alam bumi, sehinggalah upacara-upacara pengebumian diselesaikan oleh anak cucu atau warisnya. Pada saat ini, roh akan berada dalam preta yoni.
  • Selepas piṇḍadāna diberikan, roh akan keluar dari ruangan bumi menuju ke Pitri Loka sekiranya upacara dijalankan dengan betul. Ia akan meninggalkan Preta Yoni lalu masuk Pitri Yoni.
  • Selepas itu, semua Śrāddha dan Tarpaṇa pun dijalankan oleh waris akan sampai kepada roh dalam rupa swadhā yang dituang ke dalam Agni diiringi dengan mantra-mantra veda suci. Swadhā menjadi makanan kepada nenek moyang dan swāha pula adalah untuk dewata.
Selepas cukup tempoh dalam Pitri Loka, roh nenek moyang akan ditentukan sama ada dia akan pergi sorga atau ke naraka.