Neraka dalam Viṣṇu Purāṇa

Viṣṇu Purāṇa menyebut sebanyak 28 jenis neraka dengan maklumat-maklumat mengenai pendosa yang dilaknat dalam neraka sahaja. Ia tidak menceritakan mengenai jenis-jenis hukuman yang terdapat di dalamnya. Viṣṇu Purāṇa hanya memberikan gambaran mengenai neraka sedangkan gambaran-gambaran ini tiada penjelasannya dalam Bhagavata Purāṇa dan Devi Bhagavata Purāṇa.
  • Rodha, kemusnahan. Pendosa yang menyebabkan wanita-wanita keguguran, membunuh lembu, penjarah dan yang menggantung orang lain akan diseksa di sini.
  • Sukara, babi. Pendosa yang membunuh para brahmin, pencuri emas, pemabuk dan segala yang berkaitan dengannya akan terjatuh dalam seksaan neraka ini.
  • Tala, pedal ayam. Pendosa yang membunuh para kṣatria dan vaiśya serta yang berzina dengan isteri-isteri pemuka agama akan terjatuh ke neraka berpedal ayam.
  • Taptakumbham, periuk panas. Pendosa yang melakukan sumbang mahram dengan saudara perempuannya dan membunuh seorang rajaduta akan terjatuh ke dalam neraka ini.
  • Taptaloha, besi panas. Pendosa yang menjual isteri sendiri, yang memenjarakan orang lain tanpa sebab adil dan yang meninggalkan pengikutnya dalam kurungan penjara akan terjatuh ke neraka besi panas.
  • Mahājvalam, neraka api besar. Pendosa yang sumbang mahram dengan anak gadis sendiri atau dengan menantu perempuannya sendiri akan dilempar ke neraka ini.
  • Lāvana, neraka garam. Pendosa yang menghina guru-gurunya, mereka yang tua daripadanya seperti ibu bapa, abang, kakak, bapa dan ibu saudara, datuk dan nenek, para brahmin, bhikṣu-bhikṣu Buddha, mencerca veda-veda suci yang diturunkan kepada rṣi-rṣi akan terbuang di neraka ini.
  • Vimohana, mengelirukan. Pendosa yang mencuri atau mereka yang menolak amalan yang diwajibkan ke atas jatinya itu akan dihentam sehingga jatuh ke neraka ini.
  • Krimiṣa, serangga. Pendosa yang menggunakan ilmu hitam dan menyantau untuk mencederakan orang lain akan dihentam sehingga jatuh ke neraka ini.
  • Vedhaka, kelaran. Pendosa yang terjatuh ke sini terdiri daripada tukang-tukang pembuat panah untuk peperangan. Zaman ini mungkin relevan dengan mereka yang menghasilkan senjata peperangan seperti peluru, senapang dan bom atom.
  • Adhomukam, tersembam. Pendosa yang mengambil rasuah, penilik bintang yang tidak menepati agama sastra dan pendosa yang memuja bahan yang tidak sesuai akan terjatuh ke neraka ini.
  • Puyavaha, bahan terjatuh. Pendosa yang ke neraka ini terdiri daripada bangsa brahmin yang degil terlibat dalam urus niaga daging, cat yang dihasilkan dari pokok-pokok atau serangga, tuak dan garam. Bangsa brahmin yang berbuat keganasan tanpa sebab adil dan bangsa brahmin yang tidak berkongsi manisan dengan orang lain akan terjatuh neraka ini.
  • Rudhirandha, telaga darah. Pendosa yang ke neraka ini terdiri daripada ahli tinju, pahlawan atau ahli silat yang terlibat dengan dosa keganasan untuk hiburan berjudi. Selain itu, nelayan, pengikut-pengikut anak haram, kaki bakar, tukang racun, pengintip, penilik nasib, pengkhianat terhadap negara-negara dharma, mereka yang berhubungan jenis pada hari-hari yang pantang dalam agama dan jantan-jantan dayus yang melacurkan isteri sendiri demi keuntungan akan terjatuh ke sini.
  • Kṛṣṇa, hitam. Pendosa yang menipu, menceroboh hak milik orang lain dan menyebabkan orang lain mengalami kemandulan akan terjatuh ke sini.
  • Vahnijvalam, api marak. Pendosa di sini terdiri daripada pembuat periuk tanah, pemburu dan pengembala binatang ternakan.
  • Svabhojanam, makanan anjing. Pelajar yang mengaji agama tetapi tidur pada siang hari, tidak mempelajari ilmu kejiwaan dan belajar dari budak-budak hingusan akan direjam ke dalam neraka ini.
Rujukan
  • Senarai Lengkap 28 Neraka (sini