Perlambangan dalam Yantra

Yantra terdiri daripada lambang-lambang seperti garisan lurus, empat segi, tiga segi dan bulatan. Lambang-lambang ini adalah sangat tepat sekali dalam rekabentuknya dan sudutnya juga harus dipastikan sehingga ke penghujung darjahnya. Sesetengah yantra boleh juga terdiri daripada angka-angka dan aksara.

Simbol-simbol ini mewakili Panchabhuta atau lima unsur asas iaitu bumi, angin, air, api, udara dan angkasas. Setiap unsur ini dikaitkan dengan punca-punca tertentu. Susunan lambang-lambang ini adalah untuk membantu satu pemangkin dalam satu unsur dan melemahkan yang lain. Yantra-yantra ini boleh dibuat dari pelbagai bahan seperti Astadhatu iaitu logam seperti emas, perak, tembaga atau dari kristal serta lain-lain. Sesetengah bahan itu dipadankan pula dengan yantra tertentu.

Yantra disaktikan melalui mantra yang terdiri daripada ayat-ayat suci berbahasa Sanskrit. Ia menyeru dewata untuk bersinggahsana dalam yantra tersebut. Yantra yang sakti menjadi punca tenaga positif yang akan mempengaruhi sekelilingnya dan orang yang memujanya.

Rujukan:
  • Yantra: Vedic Talisman, Hindu of Universe (online)