Isnin, 10 September 2012

Kelahiran Manusia Menurut Ajaran Buddha

Swasti Sri!!!

Kebelakangan ini kita sering bercakap mengenai ajaran Hindu dan Brahmana. Maka kita kembali pula kepada ajaran Sang Buddha kita. Manusia merupakan salah satu mata perkara yang sering menjadi ulasan panjang dalam kesusasteraan yang mengkaji sifat dan kualiti kehidupan manusia dari segi kebolehan untuk mencapai pencerahan atau buddhi. Menurut ajaran Sang Buddha manusia merupakan sejenis ciptaan berperasaan dan berkesedaran yang mempunyai jalur pemikiran. 

Dalam ajaran Buddha, manusia mempunyai kedudukan yang istimewa. Hanya bentuk manusia sahaja boleh mencapai pencerahan yang penuh seperti Sang Buddha dan Phra Guru. Pencerahan sebagai seorang arahang boleh dicapai dari alam yang dinamai sebagai alam dewata Suddhavaasa. Boddhisattva boleh menjelma dalam banyak jenis bentuk ciptaan hidupan misalnya haiwan atau sebagai dewa. Para Buddha selalunya hanya dalam bentuk manusia.

Kualiti Manusia

Kedudukan hidup sebagai manusia sekali pandang nampak seperti tak ada apa-apa yang istimewa pun. Dalam kedudukan pandangan semesta Buddha, kedudukan manusia itu rendah tapi bukan pula paling rendah. Ia bukan pada semulajadi ditandai oleh kelampauan suka atau derita, tetapi semua sekali tahap kesedaran dalam alam semesta. Dari penderitaan neraka sampai kepada kegembiraan dewata sehingga lah kepada ketenangan yang dirasai dalam dunia manusia.

Manusia dilihat sebagai rupa yang disukai disebabkan manusia mempunyai sebab segera untuk mencari dharmma dan mendengar serta mengamalkan dharmma. Antara alam yang rendah adalah alam pettam dan penduduk neraka yang bertingkat-tingkat yang diikat oleh rasa sengsara dan takut. Mereka cuma mampu bertahan sahaja tapi tak berpeluang untuk memperbaiki diri mereka. Haiwan pula tidak mempunyai kebijaksanaan untuk memahami dharmma sepenuhnya. Gaya hidup asura pula dikuasai oleh keganasan dan berlawanan dengan ajaran dharmma. Kebanyakan brahma dan dewa menikmati hasil dari perbuatan lampau mereka dan ingat bahawa mereka kekal selama-lamanya gembira di situ. Jadi mereka terlupa untuk mengamalkan dharmma. Apabila pahala karmma mereka sudah habis, maka mereka akan jatuh dalam dunia-dunia rendah serta menderita balik.  

Dewa yang jenis terendah sekali bergelut dengan cinta dan kehilangan sama macam manusia. Tapi mereka kurang pula rangsangan akibat tidak menghadapi kematian seperti manusia. Kehidupan masa depan mereka bukan semestinya lebih baik tapi lebih merupakan kepada mengelakkan sengsara sahaja. Walau bagaimanapun ada sahaja cetera berkenaan ciptaan yang berada dalam alam ini yang berkeputusan untuk mengamalkan dharmma dan mencapai pencerahan.     

Untuk sebab ini, kehidupana dalam alam manusia dikenali sebagai penjelmaan semula manusia yang berharga. Dilahirkan berdekatan dengan paksi kegembiraan dan penderitaan, manusia mempunyai kemampuan yang tersendiri untuk pilihan akhlak dalam jangka panjang. Kelahiran semula sesuatu ciptaan sebagai manusia dikatakan jarang sekali berlaku.

Majjhima Nigaya dalam 129 Balapandita Sutta membandingkan hal ini dengan tenggala kayu lembu yang terapung atas gelombang lautan, terumbang-ambing dan menurut kepada aliran dan angin. Bagaikan penyu buta yang timbul dari kedalaman lautan ke permukaan sekali dalam ratusan tahun, meletakkan tengkuknya melalui lubang tenggala tersebut. Mencapai kelahiran sebagai manusia dikira sebagai suatu kehebatan jika dibandingkan berada dalam alam haiwan, alam hantu lapar atau alam neraka. 

Menurut sutta lagi, dalam alam-alam ini langsung tiada dharmma. Tiada pengamalan mana yang benar dan tiada perlaksanaan sebarang benda secara sepenuhnya. Tiada perbuatan yang boleh membawa kepada punnyam. Umumnya, dibayangkan bahawa seseorang yang sudah hidup sebagai manusia akan terus lahir dalam dunia manusia berdasarkan kepada perbuatan baik dan kebajikan. Mereka akan kekal sebagai manusia sekiranya menurut ajaran Buddha dan dharmma tanpa mengira sama ada mereka itu pengikut Buddha Guru atau tidak. Wawasan yang disampaikan ini menyatakan bahawa seseorang itu mesti melaksanakan kebajikan dan berbuat baik kerana jatuh ke bawah dari alam manusia merupakan suatu perkara yang membahayakan dan bukan mudah untuk mencapai kelahiran sebagai manusia semula.

Dalam kalangan manusia pun ada keadaan yang baik dan teruk untuk mencapai pencerahan. Di samping penjelmaan semula sebagai manusia, ada beberapa keadaan yang baik pula untuk mencapai pencerahan:

1. Dilahirkan pada zaman seorang Buddha sedang muncul. Buddha ini akan mengajarkan dharmma, dan meninggalkan satu masarakat yang membawa ajaran-ajaran beliau. Pada zaman ini ada lah peluang untuk mempelajari dharmma.   

2. Dilahirkan sebagai manusia dalam negara yang dharmma diketahui umum. Ulasan-ulasan penganut Buddha berlawanan dengan "tanah-tanah tengah" yang mana ajaran Buddha dikenali dan boleh diamalkan. Pada awalnya ajaran Buddha cuma dikenali di India Utara tetapi sekarang ajaran Buddha sudah berada di seluruh dunia. "Negara-negara sempadan" pula merujuk negara yang tak pernah mengenali ajaran Buddha atau tak boleh melaksanakan ajaran Buddha kerana sekatan atau halangan dari segi perundangan misalnya disebabkan oleh kekurangan guru-guru bertauliah. Tanah tengah merujuk kepada negara yang mempunyai sangkom bhikku Buddha, bhikkuni, upasaka dan upasika.  

3. Dilahirkan sebagai manusia yang bertubuh sihat, sempurna dan berkemampuan dari segi pemikiran untuk menerima pesanan-pesanan asas dari dharmma. 

4. Meneirma hubungan antara perbuatan baik dan jahat serta kesan-kesannya, mempercayai bahawa perbuatan baik membawa kepada kehidupan yang lebih menggembirakan dan membawa kepada kelahiran yang lebih baik atau terus mencapai pencerahan.

5. Keyakinan terhadap ajaran sifat mulia yang diajarkan melalui vinai

6. Mengelakkan perbuatan jenayah terhadap orang ramai dan mengelak melawan dharmma.

7. Belas kasihan yang ikhlas terhadap orang lain.

Seperti mana susahnya hendak mencapai kelahiran sebagai manusia, begitu juga susah juga hendak dilahirkan pada zaman ajaran seorang Buddha itu masih bergerak. Dalam banyak-banyak kalpa, jarang lah menjelma seorang Buddha. Kalpa yang ada ini dipanggil sebagai kalpa "bertuah" kerana dikatakan bahawa 1000 Buddha akan muncul dan sebenarnya ini merupakan suatu yang luar biasa.

Atas sebab ini, guru-guru Buddha menyatakan bahawa keadaan seseorang pada kelahiran ini sebagai manusia mesti lah dihargai setinggi-tinggi nya dan jangan mengambil remeh perkara ini. Gabungan kewujudan sebagai manusia dan kehadiran ajaran seorang Buddha tak akan muncul dengan mudah untuk jangka masa yang panjang jika ia berlalu. Manusia mana pun dalam pandangan ini, yang bertanggungjawab mempelajari dharmma akan lalai sekiranya dia tidak mengambil peluang dari hal ini. Pandangan ini juga berlawanan dengan pandangan mereka yang mendakwa bahawa jika seseorang itu boleh dilahirkan berkali-kali, maka tak perlu risau dengan perbuatan mereka pada hayat ini kerana mereka masih boleh membetulkannya lagi pada masa hadapan. Menurut ajaran Buddha, tiada jaminan bahawa dalam aliran pusingan kehidupan yang panjang itu seseorang akan dapat mendapat kan keadaan yang bersesuaian untuk pencerahan. Jadi penting nya kita menghargai masa dan kelahiran sebagai manusia kita.   

Berkaitan dengan kehidupan manusia, Rinpoche Pabongka mengatakan bahawa: "Berbanding dengan kita rasa rugi dengan kehilangan wang, kita patut juga berasa rugi apabila kita membazirkan kehidupan kita sebagai manusia".

Asal-Usul Manusia

Menurut Aggannya Sutta (DN 27), manusia pada permulaan kalpa ini berasal dari makhluk seperti dewa yang dijelmakan dari alam Abhaswara dewa. Manusia sebelum ini merupakan makhluk yang bersinar dengan cahaya mereka sendiri, berkebolehan untuk bergerak melalui udara tanpa bantuan jentera, berumur panjang dan tak memerlukan sebarang makanan atau minuman.

Masa yang berlalu, manusia memperolehi rasa untuk keperluan tubuh dan mereka mengambil bahan-bahan yang diperlukan oleh "tubuh". Tubuh mereka yang sebelum ini ringan mula menjadi lebih berat seperti tubuh manusia yang dilihat kini. Mereka kehilangan kebolehan untuk bersinar dan mula mempunyai rupa bentuk yang berbeza-beza. Umur mereka mula berkurangan dan dibezakan dengan dua jantina serta mula berhubungan jenis. Mereka menjadi tamak, mula menyamun, dan keganasan pun berlaku dalam kalangan mereka.   

Seterusnya, mereka mula membangunkan perbezaan dalam kemasyarakatan dan mempunyai kerajaan. Kerajaan dipimpin oleh raja yang dipilih untuk memerintah mereka. Raja ini dikenali sebagai mahasammata yang bermaksud "yang dilantik". Sesetengah raja-raja di benua India purba pada zaman Sang Buddha Gautama mendakwa bahawa mereka berketurunan dari nya. 

Sifat Alam Manusia

Dalam gambaran alam manusia yang dipersembah oleh pandangan semesta penganut ajaran Buddha, manusia hidup dalam empat benua. Benua-benua ini berada dalam bentuk pulau-pulau kecil dalam lautan yang luas dikelilingi oleh gunungan dunia berpaksi dikenali sebagai Sumeru. Pergunungan ini mengisi kebanyakan permukaan bumi. Lautan pula dikelilingi oleh dinding gunungan bulat yang dikenali sebagai cakerawala. Cakerawala menandakan aras melintang bumi. Sebab luasnya lautan, benua-benua tak boleh dihubungi antara satu sama lain oleh penduduknya dengan menaiki sampan biasa sahaja. Walaupun pada zaman dahulu, apabila raja-raja cakravattin memerintah, hubungan antara benua adalah mungkin melalui cakrarattana yang mana cakravattin dan perkumpulan mantri boleh gunakannya untuk terbang melalui udara antara benua. 

Empat Benua 

1. Jambudvipam

Benua ini terletak di selatan. Dalam bahasa Cina dikenali sebagai 南阎浮提洲 Na Yefutizhou atau 阎浮提 atau diterjemah sebagai 赡部 Shan Bu.

2. Purvavideha

Terletak di timur. Bahasa Cina, 东毗提诃洲 Dong Pitihezhou atau 胜身 Sheng Shen.

3. Aparagodaniya atau Aparagoyana

Ia terletak di barat. Nama bahasa Cina nya, 西瞿陀尼洲 Xi Qutuonizhou atau 牛货 Nyu Huo.

4. Uttarakuru

Terletak di utara. Nama bahasa Cina, 北俱卢洲 Bei Juluzhou.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan