Lagenda
Terdapat banyak lagenda berkenaan dewa Chatumarga Ramadeva. Nama ini sebenarnya digunakan untuk merujuk kepada tangkal yang dipakai oleh orang Siam. Ramai berpendapat bahawa lagenda ini sebenarnya wujud lama sebelum kerajaan-kerajaan orang Thai wujud di utara.
Mungkin salah satu sumber sejarah yang paling boleh diterima, penggunaan tangkal ini dipopularkan oleh Phantarak Rajjadej bermula tahun 2006 seperti yang dijelaskan dalam satu almanak yang ditulis oleh Chamlong Fangchollajit yang merupakan seorang penduduk asal dari Negara Sri Dharmaraja di selatan Thailand.
Dewa Chatumarga Ramadeva ini sebenarnya ada dua orang. Ia sebenarnya gelaran kepada dua putera raja bersaudara dikenali sebagai Indra Sairen dan Indra Khao Kheo. Mereka adalah putera kepada Sri Chandrabhanu Dharmaraja yang memerintah Sri Dharmasoka. Kota Sri Dharmasoka sebenarnya adalah ibu kota kepada empayar Srivijaya bermula dari tahun 757 masehi sampai 1257 masehi. Selepas 20 tahun kemangkatan baginda Sri Chandrabhanu, Sri Dharmasoka mula merosot. Sebelum itu, negara mereka pernah melebar sampai sejauh India Timur. Kedua putera bersaudara membangunkan kota baru di Chang Khom Sri Dharmaraja iaitu di Negara Sri Dharmaraja hari ini. Mereka menamakannya semula sebagai Suvarnabhumi Srivijaya.
Lagenda lain pula menyebut bahawa Chatumarga Ramadeva merupakan seorang kerabat diraja yang hidup di era yang lain. Sementara yang lain berpendapat bahawa ia adalah nama panggilan raja Chandrabhanu kepada dirinya sendiri. Semua lagenda ini bawah pengaruh ajaran Buddha Mahayana dipercayai ramai. Mereka percaya bahawa sesiapa sahaja yang memegang nama ini sebenarnya adalah Bodhisattva Avalokiteswara yang muncul beberapa kali di dunia untuk berkorban. Lama lepas kemangkatan kedua-dua putera raja ini, rakyat tempatan di Negara Sri Dharmaraja mula memperingati mereka dengan nama gelaran mereka iaitu Chatugamamarga dan Ramadeva. Mereka dianggap sebagai penunggu kota.
Pengenalan Tangkal
Tangkal kedua tokoh ini dihasilkan pada tahun 1987 semasa pemasakan semula tiang suci di biara utama negeri, Biara Sri Mahadhatu Varamahavihara. Tangkal berbentuk bulat dengan ukur lilit lima sentimeter berharga 39 Bhat. Biasanya yang asli akan disahkan oleh jawatankuasa biara tersebut dan melalui upacara pemujaan Brahmana dan Buddha yang diadakan di biara tersebut sebelum dilepaskan kepada orang ramai.
Rujukan
Rujukan mengenai dewata ini ada dalam babad Negara Sri Dharmaraja dengan terjemahannya oleh Cornell berjudul Pasir Kaca: Babad Negara Sri Dharmaraja yang menyebut mengenai bahan upacara suci dari Sri Langka yang disimpan dalam candi agung di negara tersebut. Ia dibangunkan dengan bantuan kewangan dari pedagang Sri Lanka dan terdapat kepercayaan ajaran Buddha dilindungi oleh dewata Hindu. Rujukan lain pula dalam kitab Mahawangsa.
Kaitan dengan Dewata Hindu
Di Candi Agung Negara Sri Dharmaraja sendiri, ada tangga yang melengkung-lengkung dan berakhir di satu lorong sempit dengan empat rupa dewata. Di hujung kiri dan kanan ada dua ukiran dewata dipahat pada batu bata dan diplaster tapi tiada sifat. Ada satu batu berpahat pula dengan huruf lama mengisytiharkan bahawa dewata tersebut adalah Sri Chatugamamarga dan Sri Ramadeva. Pintu di tengah ada dua daun kayu berukir dengan satu lagi dewata. Satu itu jelas sekali adalah dewa Vishnu dengan cakera dan sangkakala, tapi baginda ada juga memegang pemanah yang menunjukkan bahawa ukiran itu merujuk penjelmaan Vishnu sebagai Sri Rama. Dewata lain pula mempunyai empat muka dan nampak seperti dewa Brahma. Tapi baginda memgang senjata dan tidak nampak pula macam dewa Brahma kerana biasanya dewa Brahma memegang benda-benda pengetahuan. Jika seseorang itu mengira wajah-wajah pada ukiran itu maka dapatlah enam muka. Enam muka dan senjata menunjukkan bahawa itu adalah dewa Skandha atau dewa Murugan yang dikenali sebagai Kataragama di Sri Lanka. Baginda adalah panglima dalam angkatan perang kahiyangan.
Dalam teks Jinakalamali abad ke-16 berbahasa Pali, ada diceritakan cetera raja kerajaan Sukhothai mendengar mengenai rupa Buddha terkenal di Sri Lanka dan teringin hendak mendapatkannya. Baginda menghantar duta kepada raja negara jirannya di Negara Sri Dharmaraja bertanyakan mengenai hal itu. Raja tersebut membalas semula dengan laporan bahawa Sri Langka sukar hendak ditembusi kerana dilindungi empat dewata Hindu iaitu Khattugama, Rama, Lakkhana dan Sumana.
Di Sri Lanka hari ini, terdapat tradisi popular bahawa pulau itu dilindungi empat dewata agung, antaranya adalah Kataragama atau Khattugama, Sri Rama dengan gelaran Upulvan atau dewa Vishnu tapi disebabkan baginda memegang senjata pemanah makanya baginda adalah dalam jelmaan Sri Rama. Dalam abad ke-12 masehi, ajaran Buddha memancar semula dari Sri Lanka dan bertapak dalam bentuk aliran Theravada di Asia Tenggara bersama dengan sarira, tapak kaki, pokok Bodhi, sasteragama dan dewata pelindung. Hal ini diperingati di Negara Sri Dharmaraja dengan setianya. Pada zaman moden ini orang ramai tiada pengetahuan tentang sasteragama jadi mereka mula lupa dan kurang pengetahuan.
Kesannya, mereka mengaitkan dewata pelindung Khattugama dan Ramadeva dengan benda lain dan menganggapnya sebagai satu jenis dewa saja. Mereka memakai tangkal tapi mereka tidak tahu pun apa rujukan kepada tangkal mereka. Walau bagaimanapun, dalam ajaran Buddha tidak diajarkan untuk memuja kepada dewata sebaliknya hendaklah mengikut langkah Phra Guru Buddha dan Tri Ratna. Maka perlunya orang ramai didedahkan dengan sastera agama supaya mereka paham apa cerita di sebalik perbuatan-perbuatan dan perlambangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan