Ahad, 10 Februari 2013

Dewata Hindu: Muniandy


Muniandy merupakan dewata penunggu negara Tamil. Dewata Muniandy merujuk kepada para muni yang dipuja oleh rakyat Tamil segala negara. Muni merujuk kepada taraf dewata yang dikumpulkan sekali sebagai Sivaganah. Maksudnya, mereka ini adalah pelayan kepada dewata tinggi, Siva Maheswaran dan juga Sakti. 

Para Muni merujuk kepada kesatria-kesatria purba, raja-raja atau orang alim yang mencapai status muni selepas kehilangan mereka dari dunia manusia. Setengah pemujaan kepada para muni ini tercetus apabila para muni ini sudah melepasi tahap pusingan kehidupan manusia. Para muni dipuja sebagai kawal deivam atau pun dewata penunggu, sebagai ishta deivam atau pun sebagai kuladeivam. Muniandi juga dipanggil sebagai Muniappan, Aandiappan, Muniswamy atau pun Muniswaran.

Asal-Usul

Kata Muniandy merupakan gabungan dua kata iaitu Muni dan Andy. Perkataan Andy boleh diktakrifkan dengan dua cara. Satunya merujuk kepada hamba Tuhan dan satu sebagai pemerintah. Keduanya, ia berasal dari kata Aandavara yang bermaksud dia yang memerintah. Sebab untuk penjelasan perkataan ini adalah perkataan Andy ini digunakan untuk dewa-dewa dalam kelompok makhluk ghaib dalam kepercayaan orang Tamil beragama Hindu.

Contohnya....

Dewa Brahma dipanggil juga sebagai Virumandi.
Dewa Vishnu sebagai Mayandi.
Dewa Siva sebagai Peyandi
Dewa Skandha sebagai Malayandi

Jadi, kata Muniandy boleh lah merujuk kepada seorang Muni yang memperhambakan dirinya atau dia yang memerintah dalam rupa seorang Muni. Muni seperti Vaal Muni juga dikenali sebagai Vaal Muni Andavar dan Vaal Muniswaran.

Akhirnya juga, Muniandy ini akan dikenali sebagai Muniswaran. Muni-muni dipuja sebagai Muniandy dalam masa lampau kemudian akan diberikan imbuhan iswaran yang bermaksud penguasa atau pun pemerintah. Ia tak semestinya merujuk kepada dewa Siva Maheswaran. Ia boleh merujuk kepada siapa-siapa pun misalnya raja Ravana yang merupakan raja Sri Lanka juga dikenali sebagai Langkeswaran. Dewa Siva sendiri sebagai dewata tertinggi dalam jagat raya pun dikenali sebagai Sarveswaran, Parameswara atau pun Viveswaran. 

Ada banyak teori tentang kewujudan para Muni ini. Misalnya ada cetera dewata yang diperturun dari satu turunan ke satu turunan secara lisan. Menurut kepada salah satu tradisi lisan tertua, Muni tercetus untuk melindungi dewi Sakti dalam rupa dewi Pakshaya Ambha menentang tujuh Arakar Wirar atau pun Asura. Banyak kuil-kuil ditujukan untuk dewi Pakshaya Ambha di Tamil Nadu mempunyai murti para Muni tersebut. Antara para Asura yan disebutkan sebagai Arakar Wirar itu adalah:

1. Agni Wira
2. Aninthadhira Wira
3. Thakkapathala Wira
4. Dhanathandhiran Wira
5. Yilagana Wira
6. Yelilgana Wira
7. Wugra Wira

Beberapa dekat lalu, Gurukkal-Gurukkal di Malaysia dan Singapura pernah cuba untuk menyamakan para Muni tersebut dengan dewa Siva Maheswaran sendiri dengan mencampuradukkan cetera Muni tersebut ke dalam cetera Dakshayagam. Menurut Gurukkal-Gurukkal tersebut, tujuh Muni dikenali sebagai Sapta Muni itu muncul dari muka dewa Siva untuk menghapuskan Daksha Yagam iaitu api pengorbanan Daksha. Walau bagaimanapun, rujukan dalam purana-purana bertulis seperti dalam Vayu Purana membuktikan bahawa para Muni yang dipuja hari ini sebagai Muniswaran atau Muniandy langsung tiada kaitan dengan upacara Daksha Yagam. Mereka langsung tidak disebut dalam purana-purana.

Selain daripada asal-usul dari purana, setengah Muni tersebut mungkin berasal dari perjalanan sejarah orang Tamil. Kemungkinannnya mereka adalah para kesatria lampau, orang alim atau raja-raja. Semahan sama ada bentuk sayuran atau pun yang berdaging disediakan sebagai payadala bergantunglah kepada jenis Muni itu. Contohnya, dalam salah satu kuil Pakshaya Ambha, semahan berdaging disediakan hanya untuk Sem Muni.Paala Muni pula dipercayai berketurunan Brahmana jadi baginya hanya semahan sayuran. Semahan berdaging biasanya datang dari pengorbanan haiwan dan dimasak.  

Jenis Muni

Ada banyak rupa Muni. Antaranya Sapta Muni atau Tujuh Muni dalam salah satu kuil purba di India Selatan bagi Pakshaya Ambha:

1. Muttaiyar Muni
2. Chinna Muttaiyar Muni
3. Raya Muni atau Nondi Muni
4. Jada Muni
5. Poo Muni
6. Sem Muni
7. Vaala Muni

Kottai Muni merupakan dewata pengerusi dalam peristiwa tahunan Jallikattu atau laga lembu di Alangganallur di Tamil Nadu. Paandi Muni merupakan penunggu di Gopuram Utara di kuil Madurai Minakshi dan dipercayai menjadi kepala kepada segala Muni. Menurut satu lagenda lagi, Paandi Muni ini sebenarnya adalah Maharaja Neduncheliyan dari kerajaan Pandiyan. 

Muni lain adalah seperti Raja Muni, Lada Muni, Karu Muni, Agni Muni, Wira Muni, Rettai Muni, Kaawu Muni dan Yellai Muni. Ada juga pengelasan lain seperti Nava Muni selain daripada Sapta Muni.  

Bentuk Pemujaan

Ada tiga jenis bentuk pemujaan dijalankan untuk para Muni semua....

1. Maram Vallipadu

Pemujaan pokok yang mana pokok seperti Ala Maram atau pokok Jejawi, Arasa Maram atau pokok Ara dan Pana Maram atau pokok Palma dipercayai sebagai pintu yang digunakan oleh para Muni untuk bergerak dari satu alam ke satu lagi alam. Para Muni dipercayai tinggal dalam pokok-pokok begini dalam bentuk roh. Pemujaan pokok dipercayai sebagai bentuk pemujaan yang paling tua dalam pemujaan Muni.

2. Nadukkal Vallipadu

Pemujaan batu pula disebut semasa zaman Tamil Shangam, bermula sejak 2500 tahun lampau. Nadukkal atau Virargal bagi para kesatria dipasak untuk memperingati kematian orang penting dalam sejarah. Dalam pemujaan Muni, ia boleh dibahagikan sama ada kepada sebijik batu saja atau pun tija biji batu atau pun batu bata. Biasanya dihiasi dengan abu suci atau vibhuthi, sandhanam atau colekan cendana dan kumkumam atau pun sebatian saffron. Trisula akan dipcak sebagai lambang kepada dewa Siva dan Sakti.

3. Wuruvam Vallipadu

Bentuk ini adalah bentuk semasa dalam upacara pemujaan. Murti atau pun berhala akan dipasak dan dihiasi bagi membantu para pemuja untuk membayangkan mereka memuja para Muni. Lain-lain lambang adalah seperti aruval atau sabit, pedang dan penggada digunakan bergantung lah kepada jenis Muni itu.

Rujukan dalam Shashti Kavacham

Tak semua Muni itu bersifat baik. Ada yang bersifat jahat juga. Dalam perisai Kandar Shashti Kavacham oleh Devaraya Swamigal mengandungi ayat-ayat berikut....

Paarka paarka paavam podipada. Billi Sunyam perumpahai ahala. Valla bhuutham valaashtihap peighal. Allal paduthum adangaa muniyum. Pillaighal thinnum puzhakadai muniyum. Killivaaip peighalum kuralaip peighalum. Pengalai thodarum bramaraa chatharum. Adiyanaik kandaal alari kalangida.

Lihat lah dan lihat lah kepada dosa aku berdebu ini. Biarlah ilmu hitam dan permusuhan besar itu berlepas lalu. Biarlah setan besar dan barangsiapa yang menghentak ekor mereka. Biarlah Muni tak terkawal yang mencetuskan masalah, biarlah laman belakang Muni memakan para bayi. Biarlah hantu-hantu dengan api menyala dari mulut mereka, biarlah hantu-hantu mencuri kata-kata ku. Biarlah raksasa-raksasa Brahma yang mengikut gadis-gadis lari semuanya tatkala melihat aku.

Rujukan dalam Mariamman Thalattu

Mariamman Thalattu merupakan dendangan yang ditujukan untuk dewi Mariamma. Ada beberapa rujukan kepada pelbagai jenis dewata dalam dendangan ini. Yang berikutnya ini merujuk kepada Vaal Muni dan Sem Muni....

Vaal muniyum Sem muniyum vandu koluvirundar. Kathan karuppanodu kattazhagar veethu irundar. Thotiyathu chinnanum, durai magamaum thaan irundhar. 

Vaal Muni dan Sem Muni telah datang seraya duduk dengannya. Yang kacak itu duduk bersama dengan Kathan dan Karuppan. Chinnan dari Tottiyam dan anak kepada tuan tanah pun duduk dengan nya. 

Rujukan dalam Rig Veda

Menurut kepada Rigveda, para Muni ini adalah orang yang terlatih dalam pelbagai jenis ilmu ajaib dan dipercayai mampu mencapai kekuatan ghaib. Mereka biasanya dikaitkan dengan dewa Rudra atau pun dewa Siva, iaitu dewata yang dikaitkan dengan pergunungan, guruh kilat dan yang ditakuti. Berikut adalah rujukannya dengan makna dalam bahasa Inggeris oleh Ralph T. H. Griffith dalam tahun 1896.... Terjemahannya ke bahasa Melayu oleh aku, Northern Gate...

Bacaan No. 126 Kesins. 

1. Dia bersama dengan rambut panjang tiada diikat menyokong api, dan lembapan, langit dan bumi: Dia itulah yang dilihat oleh seluruh langit: dia dengan rambut panjang itu dipanggil cahaya ini.
2. Para Muni, diikat pinggang mereka dengan angin, memakai pakaian berpasir kuning warnanya. Mereka, mengikut kepada hentaman angin menuju kepada arah dewa-dewa yang sudah berpergian sebelumnya.
3. Digerakkan dengan kemunian kita ditekan ke dalam angin: Kau oleh itu, manusia biasa. Perhatikanlah tubuh semulajadi kita ini dan tiada yang lain.
4. Muni itu, bersekutu dalam segala kerja suci setia dewa, melihat kepada semua rupa pelbagai berterbangan menerusi semua rantai udara.
5. Kuda kepada Vata, sahabat kepada angin, Muni itu, oleh dewa-dewa didorongkan, dalam kedua-dua lautan itu berumah lah dia, di lautan timur dan barat. 
6. Merintis jalan haiwan-haiwan hutan, para Ghandarva dan para Apsara. Dia dengan kunci-kunci panjang, yang mengetahui keinginan, adalah seorang sahabat yang manis lagi menyenangkan.
7. Angin mencairkan baginya; untuknya dia menghentam segala benda yang sukar untuk dibengkokkan. Apabila dia dengan rambut panjang mabuk, dengan Rudra, air dari cawan...  

Peranan dalam Masyarakat Tamil

Biasanya, dalam masyarakat Tamil seberang laut dewata-dewata ini adalah antara dewata yang terkenal dipuja. Di negara Malaysia misalnya, pemujaan kepada para Muniandy dimulakan oleh orang Tamil yang berhijrah pada zaman British yang memuja para Muniandy ini sebagai dewata keluarga mereka. Kuil keluarga yang dibina di ladang-ladang getah dan perkampungan orang Hindu berketurunan Tamil kemudian berubah menjadi kuil atau pun pura awam. Akhirnya, ramai lah orang memuja juga kepada para Muni dan ia menjadi terkenal. Hari ini, di negara Malaysia dan Singapura... Penganut agama Hindu dalam kalangan masyarakat Tamil tidaklah memuja para Muni secara turun-temurun. Sebaliknya mereka menerima dewata ini sebagai salah satu jenis dewata yang dipuja masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan