Rujukan ini dalam bahasa Melayu masih kurang. Northern Gate perbuat tambah supaya ada maklumat tambahan mengenai dewata ini... Begawan Kresna atau Krishna ini adalah jenis separa-dewa menurut kepada kepercayaan Hindu...
Maksud Kresna ini adalah biru gelap atau kehitam-hitaman. Begawan Kresna ini merupakan salah satu daripada penjelmaan dewa Vishnu Narayana. Menurut kepada Bhagavata Purana, Begawan Kresna diistilahkan dengan gelaran Swayam Begawan kerana baginda merupakan purnavataram atau jelmaan penuh bagi dewa Vishnu Narayana. Menurut Bhagavata Purana, dewa Vishnu Narayana muncul di hadapan Vasudewa dan Dewaki dalam rupa samawinya sebelum menjelma dalam kelahiran manusia. Vasudewa dan Dewaki memuja dewa Vishnu seraya meminta baginda menyembunyikan rupa samawinya, jadi baginda menjelmakan dirinya menjadi seorang bayi.
Menurut Purana itu lagi, Begawan Kresna tidaklah mengambil penjelmaan dengan lahir dari janin ibunya seperti bayi manusia biasa. Sebaliknya, dewa Vishnu Narayana sendiri turun ke bumi dalam rupa asalnya di sorga Vaikuntha bagi menghapuskan kuasa kejahatan, mengembalikan dharmma dan membebaskan mereka yng layak atau baktanya jadi baginda mengambil rupa seorang manusia biasa pada kulitnya.
Begawan Kresna sering digambarkan sebagai kanak-kanak meniup serunai atau pun Krishna Murali seperti gambaran dalam Bhagavata Purana atau sebagai seorang kumara memberi panduan dan arahan kepada Arjuna dalam Bhagavadgitam. Cetera baginda ini muncul dalam ruang lingkup meluas dalam falsafah kehinduan serta tradisi keagamaan Hindu. Mereka memberikan pelbagai gambaran mengenainya seperti seorang dewa kecil, pemuda yang suka bergurau, pencinta contoh, adiwira kedewataan dan Diri Tertinggi.
Kitab suci Hindu yang utama yang membicarakan kisah Begawan Kresna adalah seperti Mahabharata, Harivamsa, Bhagavata Purana, Brahma Vaivarta Purana dan Vishnu Purana. Pemujaan terhadap Begawan Kresna dijalankan sama ada dalam rupa Vasudewa, Bala Krishna atau Gopala bermula sejak abad ke-4 SM. Pemujaan terhadap Begawan Kresna sebagai Swayam Bhagawan atau Begawan Tertinggi atau ajaran Krishna bermula sejak Abad Pertengahan dalam konteks pergerakan Bakti. Dari abad ke-10 M, Kresna menjadi pembicaraan kesukaan dalam seni persembahan dan tradisi kebaktian. Tradisi kebaktian ini terdapat dalam persembahan Jagannatha di Odisha, Vithobha di Maharastra dn Srinathji di Rajastan. Sejak tahun 1960an lagi, pemujaan Begawan Kresna juga tersebar ke dunia Barat secara meluas disebabkan oleh usaha Masyarakat Antarabangsa untuk Kesedaraan tentang Kresna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan