Isnin, 1 April 2013

Kata Bijaksana Brahmana


Kemewahan harta benda itu bukannya kebajikan. Nenek moyang kita yang tidak pernah menikmati kemudahan seperti kita hari ini sukacita sahaja. Seorang Brahmana yang mengamalkan ajaran Weda di asramanya pun gembira saja hidupnya bagaikan orang yang bekerja di serikat perusahaan besar makan gajinya. Kepuasan hati itulah yang memberikan kegembiraan sebenar, bukannya harta bukannya kepunyaan kerana sukacitta itu adalah satu keadaan bagi pemikiran.

Ramailah antara kita yang keliru dengan kenyataan bahawa segalanya itu tertulis di dahi oleh Sang Brahma. Perkara yang dipercayai tertulis di dahi oleh Sang Brahma itu bagaikan pembekalan serbuk simen, batu-bata, pasir dan lain-lain dalam pembinaan. Tapi kamu itu terbina pada jatinya menurut pada kamu sendiri! Makanya, Brahma Iccha itu cumalah satu asas tapak kepada binaan seterusnya oleh kamu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan