Isnin, 1 April 2013

Trimala


Dalam jiwatma itu, adalah tiga kekotoran yang dikenali sebagai trimala atau istilah bahasa Tamilnya disebut sebagai munmalanggal. Dibimbangi juga, pada saat nyawa kita sedang direntap oleh Yamaduta akan datang juga trimala atau tiga setan ini yang kembali menghantui kita. Apakah trimala itu, wahai tuan dan puan budiman? Iaitulah....

1. Ahamkara iaitu sifat ego yang mementingkan diri sendiri.

2. Kama iaitu hawa nafsu.

3. Maya iaitu khayalan yang mengelirukan pandangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai trimala atau munmalanggal, bolehlah kiranya tuan melihat dalam masukan yang ini: Trimala dan Chitur Patakah dan Naduvan (Sang Hiyang Siwa Maheswara).

Aku mempunyai satu cadangan pula untuk tuan-tuan dan puan-puan budiman. Cadangannya, molek kiranya dijalankan pertukaran falsafah, kebudayaan serta antara pemegang dan pelaksana Dharma di tanah-tanah Hindu dalam serta di tanah Hindu yang di depan itu. 

Tujuannya bukanlah supaya pemegang Dharma di sebelah timur ini menyerap kembali kebudayaan di sebelah Barat sana kerana aku sangatlah menentang penduduk Hindu Timur memandang sepi kebudayaan pesaka mereka selain perkembangan menurut kewilayahan itu bukanlah sesuatu yang berlaku menurut keseragaman. Sebaliknya, untuk perkongsian perjalanan Dharma sahaja. Haruslah penduduk Hindu Timur dan Barat memahami bahasa Sanskerta dan bahasa Tamil bagi memudahkan pemahaman falsafah Sanatana Dharmma (Dharma yang Abadi). 

Boleh juga ditulis falsafah Brahmana serta ajaran para Acarya dari India Selatan ke bahasa Melayu selain hanya dituliskan ke dalam bahasa Inggeris kerana aku mengetahui ramai rakan-rakan Hindu kita yang berketurunan Tamil dan lain-lain yang sangat mahir berbahasa kebangsaan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan