Bangun Pagi Hari
Seorang Waisnawa yang ingin menjalankan pemujaan hendaklah bangun awal pagi sebelum terbit sang mentari. Yang ini jelas disebut dalam Shikshapatri 9S.49). Sebelum terbit mentari ertinya itu bukannya kalau mentari naik jam tujuh pagi, maka kena bangun sebelum jam tujoh pagi. Ertinya, kita mesti cuba bangun pada masa Bramha Muhurtham.
Bramha Muhurtham ini umumnya antara jam 4:00 pagi sampai jam 5:00 pagi. Sekurang-kurangnya setengah jam sebelum naik mentari di tempat anda. Jadi pemuja mestilah cuba bangun pada waktu ini kerana banyak benda yang hendak diperbuat.
Kebersihan
Sastera-sastera sangatlah terperinci bila menerangkan mengenai tanggungjawab kesucian harian setiap orang. Yang ini pun dijelaskan secara ringkas dalam Shikshapatri (S. 49-50). Seseorang itu mestilah membersihkan tangan dan kakinya betul-betul selepas membuang air awal pagi. Proses ini dikhususkan lagi menyebut, kedua-dua tangan mesti dibasuh dengan air sabun tujoh kali nya di samping digosok-gosokkan biar bersih semua sela-sela jari. Kemudian basuh kaki tiga kali dengan air sabun.
Kemudian bersihkan gigi. Boleh dibuat sementara sedang duduk dan mesti duduk setempat sahaja jangan pindah-pindah. Dalam keadaan moden hari ini, boleh dibuat berdiri tapi berdiri setempat sahaja semasa gosok gigi. Jangan bercakap berbual atau buat benda lain-lain semasa gosok gigi. Jika tak jumpa berus gigi, boleh guna akar pokok semambu (neem) untuk berus gigi. Bilas mulut dengan kumuran 12 kali.
Kemudian mandi pula. Kalau sihat tidak demam maka mesti guna air sejuk! Tanpa mandi awal pagi maka seseorang itu dianggap tidak suci dan tidak murni. Hanya selepas mandi maka seseorang itu dibenarkan menjalankan pemujaan kepada dewata atau menjalankan pengorbanan lain. Semasa mandi maka cubalah tumpukan perhatian kepada-Nya. Selepas mandi, seorang itu mestilah menutup dirinya dengan kain berbeda bagi bahagian atas dan bahagian bawah badan. Kain ini diperguna buat menutup tubuh, mestilah segar dibasuh dan tidak dikotori oleh bahan yang tak murni dan boleh disentuh.
Pemujaan
Bagi menjalankan puja, seseorang itu mesti duduk atas lantai, lapik tempat duduk itu dengan kain bersih atau dengan benda-benda seperti kayu, jerami atau kulit rusa. Menghadap ke utara atau timur. Kemudian buat achamanam iaitu cicip air di tapak tangan. Proses achamanam ini bagus dijelaskan dengan letak ibu jari tangan kanan atas di tengah jari tengah. Jadi tapak tangan akan menjadi bentuk seperti cawan kecil. Guna tangan kiri tuang sedikit air dalam tapak tangan kanan dan cicip sikit air lepas itu baca achamana mantram. Ulang sampai tiga kali. Baca mantra sekali lepas cicip itu:
- Cicipan pertama, "Om Narayana Namah!"
- Cicipan kedua, "Om Wasudewa Namah!"
- Cicipan ketiga, "Om Wisnawai Namah!"
Selepas menjalankan achamanam, basuh tangan itu gunakan air bersih dan sapu sikit dengan kain bersih. Semua pemuja kenalah memakai tilaka atau chandalo seperti dijelaskan dalam Shikshapatri (S. 41-46). Semasa memakai tilaka cendana atau gopicendana, bacalah:
- Sapu pada dahi, "Om Waasudewa Namah!"
- Pada dada, "Om Sankarsanaya Namah!"
- Pada tangan kanan, "Om Pradhyumanaya Namah!"
- Pada tangan kiri, "Om Aniruddhaya Namah!"
Kemudian, jemput baginda Sang Hiyam Widdhi dengan membaca mantra berikut...
Baca mantra ini, jemputlah Sang Hiyam Widdhi dalam rupa bergambar untuk puja tuan. Kemudian baca berapa kali Sri Kresna Astakshaar mantra yang ditetapkan. Kemudian dnegan bilangan ditetapkan baca Swaminarayanan Mahamantram. Jika suka dna mampu, buatlah tapa mala. Iaitu membaca mahamantra dengan aksmala semasa berdiri. Penting dibaca dengan aksmala, dan mesti selalu disimpan dalam beluam aksmala. Semasa membaca, hati-hati dengan jari telunjuk dan juga jari-jari tak berkenaan jangan pandai-pandai sentuh manik aksmala. Selepas membaca tapa mala beberapa kali ditetapkan, bolehlah buat pusingan (ertinya itu mengelilingi Nya dalam pemujaan) lima kali."Uttish to tishtha he Nath! Swaminarayana Prabho; Dharmasuno Dayasindhu, swesham shreya param kuru. Uttish to tishtha Gowinda! Uttishta Garuda Dhwaja; Uttishta Kamalakanta trailkoyai mangalam kuru. Agachha bhagawan dewa, swa sthanat Permeshara; aham puja kariyashmi; sada twam sanmukho bhawa".
Kemudian semahkan dandwat atau sujud enam kali seperti dijelaskan dalam Sri Wachnammritam. Baca Shikshapatri dengan kehadiran baginda, Sang Hiyam Sri Hari. mesti ada ayat-ayat tertentu yang dibaca setiap hari. Disebut dalam Shikshapatri dan juga dalam Wachnammritam, kalau tak baca Shikshapatri hari itu maka mesti puasa! Kalau tak reti membaca maka cukup dipuja atau ditabik Shikshapatri. Selepas baca Shikshapatri, mintalah Sang Hiyam Widdhi mengampunkan salah silap dalam pemujaan baca mantra:
Kemudian, baca mantra terakhir mengucapkan selamat pulang kepada Sang Hiyam Widdhi ke loka-Nya. Mantra Akshardhaam:"Aparadh sahastrani kriyante ahornisha mayaa; Dasoy miti mammatwa kashamshwa Purshottama".
Puja pun sudah selesai dan bolehlah bungkus elok-elok mana yang patut dalam kain yang istimewa untuk upacara. Pastika bersih dan hanya untuk tujuan simpan barang puja. Letak di tempat selamat. Hari itu boleh baca macam-macam bacaan semahiyang seperti patha dan strotra dan juga karangan sastra sampradayam tuan. Kalau mungkin, cuba pergi ke pura dan semahkan juga kepatuhan kepada dewata dan juga kepada pemuja lain di pura."Swasthanam gaccha Dewesha, puja madaya mamkim; Ishta kama prasidhyartham punarag manaya cha".
Barangan pemujaan semua pastikan sangat-sangat bersih! Gambar pemujaan Sri Hari dan lain-lain pastikan dibersihkan jangan berdebu! Untuk pantang bagi wanita dan juga pada peristiwa Sutaka, lain masa saja kalau aku rajin, hehe....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan