Candali ini merupakan sejenis yoga, yang ditemui dalam Enam Yoga Naropa, Lamdre, Kalacakram dan Anuyoga yang terdapat dalam aliran Wajrayana di Tanah Tibet. Candali ini terbit dari tradisi Wajrayana Hindu termasuklah dari arahan Mahasiddha Kresnacarya dan Hewajra Tantra. Tujuan yoga ini adalah bagi mengawal proses dalam tubuh semasa di tahap penyempurnaan Yoga Tantra Tertinggi atau Anuttarayoga Tantra atau Anuyoga.
Pengamalan
Saluran-saluran tidak wujud seperti dibayangkan semasa amalan Wajrayana Tantra. Contohnya, kalau membayangkan mengenai dewata segala, tubuh manusia itu dibayangkan kosong, terbentuk dari cahaya sahaja dan tak ada anggota dalaman tubuh. Lagi, rupakara berlainan mempunyai cara bayangan yang berbeda-beda. Pada sebenarnya, "nadi tengah" atau awadhuti itu merupakan seluruh rupakara jantong atau lebih tepat lagi aorta injap kiri jantung. Dua bahagian saluran itu merupakan rupakara roma atau rasanā, susunan tulang belakang dan rupakara lalanā atau urat saraf. Cakra-cakra di tubuh itu berada di gumpalan-gumpalan arteri, saluran darah dan urat saraf.
Selepas sudah biasa dalam adhisāra, barulah ada pengamalan candali. Dalam pengamalan candali ini, bayangan pada pengujung terendah tiga saluran itu dasarnya diperguna buat menumpukan kesedaran tubuh di kawasan bawah pusat. Tahan nyawa, mulabandha, dan uddiyana bandha memaksa wayu dan ojah ke dalam rupakara arteri. Kadar degupan jantung menjadi lemah, karma wayu tertahan dan darah ternyah oksigen kembali menyerap oksigen sebelum masuk semula ke dalam aliran darah. Keadaan ini menyebabkan usia panjang dengan semulajadi.
Ojah sendiri mempunyai dua bilek di tubuh iaitu jantung dan otak. Jadi, ada bayangan terbakar dan menitis. Apabila wayu bergerak sedikit sangat, itu dianggap sebagai minda bawah sedar. Keadaan ini terjadi kerana minda susah hendak dihubungkan dengan wayu atau angin. Atau dianggap sama dengan angin-angin. Sutrayana tidak mempunyai kaedah yang setara bagi mengurangkan gerakan wayu ke tahap tertentu.
Candali dan Kundalini
Miranda Shaw menjelaskan bahawa, "Kundalini Yoga mempersembah pelbagai jenis cara bagi meningkatkan tenaga jiwa-raga dicetuskan menerusi tubuh... Kebanyakan orang cuma membenar tenaga itu bergelora dalam periuk pemikiran yang berkecamuk dan emosi atau membubarkan tenaga itu dalam pencarian keseronokan palsu, tapi seorang yogi atau yogini itu pula secara sedar meningkatkannya dan kemudian menumpukannya kepada tujuan tertentu. Tenaga ini menjana haba sebaik saja ia meningkat dan menjadi api dalaman atau haba dalaman yang mampu membakar tatal-tatal kejahilan dan kebergantungan kepada sikap ego".
Banyak juga Tantri yang bukan penganut ajaran Buddha dari tradisi Saiwa-Sakti yang umumnya digulungkan sebagai Hindu oleh orang non-Hindu bercakap mengenai Kundalini yang digambarkan sebagai tenaga berlingkar pada dasar tulang belakang di cakra pertama, Muladhara Cakram.
Pandangan Sarwa
Kurt Keutzer (2002) membincangkan Kundalini Yoga, Wajrayana, Natha Sampradayam, Mahasiddha dan Milarepa:
Alexandra David-Neel (David-Neel, 1971), Lama Anagarika Gowinda (Gowinda, 1988) dan ahli antropologi Dr. John Crook menjadi saksi kepada amalan ini. Dr Arya (2006) dalam perbincangan angin-angin atau relung dalam bahasa Tibetnya menyatakan bahawa: "Pengamal relung atau yogi ini memperguna warna-warna tertentu pada pakaian mereka bagi meningkatkan lagi kesaktian Candali".
Dr. Arya (2006) menyatakan:
Pada 1982, kajian kesan psikologi Candali Yoga telah diperbuat oleh Benson dan rakan-rakan, yang mempelajari para Yogi Indo-Tibet di Himalaya dan India. Ia dijalankan di Hulu Dharamsala di India dengan tiga ajar-ajar sebagai subjek kajian. Mereka bertiga itu menunjukkan kemampuan meningkatkan haba di jari mereka dan juga ibu jari kak sebanyak 8.3 °C. Pada 2002, eksperimen dijalankan menerusi laporan Harvard Gazette, dijalankan di Normandy, Perancis ke atas dua orang ajar-ajar Buddha yang memakai pengesan turut menunjukkan perubahan dalam penghasilan haba dan metabolisme. Tahun 2013 pula, kajian oleh Kozhevnikov dan rakan-rakan menunjukkan peningkatan pada dasar haba tubuh pada pakar pertapaan dari Timur Tibet dan dari Barat yang bukan pertapa pun.

Kundalini Yoga dalam Natha Sampradayam dan Wajrayana di Tibet kedua-duanya terbit dari Mahasiddha yang giat di India sekitar kurun ke-8 M sampai ke-12 M. Amalan Kundalini Yoga membentuk dasar ajaran-ajaran bagi semua Mahasiddha ini dan sangat-sangat kuat mempengaruhi amalan penganut ajaran Buddha di Tibet dan juga amalan Kundalini Yoga moden. Kundalini Yoga ini disebut juga sebagai Candali Yoga oleh Mahasiddha itu semua sedang di Tibet dipanggil ia, Tummornal Bhyor. Candali Yoga merupakan amalan utama bagi yogin terkenal Tibet, Milarepa.
Alexandra David-Neel (David-Neel, 1971), Lama Anagarika Gowinda (Gowinda, 1988) dan ahli antropologi Dr. John Crook menjadi saksi kepada amalan ini. Dr Arya (2006) dalam perbincangan angin-angin atau relung dalam bahasa Tibetnya menyatakan bahawa: "Pengamal relung atau yogi ini memperguna warna-warna tertentu pada pakaian mereka bagi meningkatkan lagi kesaktian Candali".
Dr. Arya (2006) menyatakan:
Haba jiwa atau Drod terhasil menerusi partikel-partikel angkasa dan haba itu terjelma dari pecahan ciri angin. Yang ini merupakan ciri asas yang disokongnya dan memberi kuasa kepada kesedaran, seperti kuasa api yang boleh melancarkan roket ke angkasa. Kuasa ini digelar sebagai medrod atau api penghadaman dalam perubatan dan Candali dalam yoga tantra. Haba atau api itu memelihara jiwa dan melindungi tubuh serta minda. Api jiwa meningkatkan kebijaksanaan, membakar minda jahil dari pemikiran otak dan memberi kesedaran dan kebebasan dari kegelapan dan ketidaksedaran. Sebab itulah, Yoga menggambarkan Candali sebagai api marak yang tercetus dari bawah pusat, menerobosi cakra satu demi dan naik ke cakra mahkota di kepala. Candali membakar panah yang diwiwahakan dengan pasangan bidadari lantas membawa kesukaan dalam kehidupan berubah menurut samsara. Anak yang terjelma itu nanti adalah kesedaran dari taman Si Wajrayogini.Penyiasatan Saintifik
Pada 1982, kajian kesan psikologi Candali Yoga telah diperbuat oleh Benson dan rakan-rakan, yang mempelajari para Yogi Indo-Tibet di Himalaya dan India. Ia dijalankan di Hulu Dharamsala di India dengan tiga ajar-ajar sebagai subjek kajian. Mereka bertiga itu menunjukkan kemampuan meningkatkan haba di jari mereka dan juga ibu jari kak sebanyak 8.3 °C. Pada 2002, eksperimen dijalankan menerusi laporan Harvard Gazette, dijalankan di Normandy, Perancis ke atas dua orang ajar-ajar Buddha yang memakai pengesan turut menunjukkan perubahan dalam penghasilan haba dan metabolisme. Tahun 2013 pula, kajian oleh Kozhevnikov dan rakan-rakan menunjukkan peningkatan pada dasar haba tubuh pada pakar pertapaan dari Timur Tibet dan dari Barat yang bukan pertapa pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan