Sabtu, 2 November 2013

Anagarika

Swasti Srih!


Dalam ajaran Buddha aliran Therawada, seorang anagarika ini adalah seorang yang sudah menyerahkan segala pemilikan loka mayanya dan tanggungjawabnya itu bagi menjalani sepenuhnya ajaran Buddha.

Tahap ini merupakan satu tahap yang pertengahan antara seorang bhikkhu dengan seorang upasaka. Seorang anagarika akan mengangkat wratam Astanga Arya Marha bagi seluruh tempoh anagarika nya. Kemungkinannya sepenuh hidupnya. Biasanya anagarika ini berpakaian warna puteh atau memakai jubah warna puteh mengikut kepada tradisi mana yang diikutinya. Setengah tradisi ada upacara resmi bagi perlantikan masuk ke tahap anagarika, sementara yang lain itu cuma mengangkat wratam sahaja menjalani Astanga Arya Marga dengan niat yang khusus.

Dalam latar kebiaraan, memang diperlukan pembantu dalam kalangan orang biasa bagi menolong bhikkhu atau pun bhikkhuni. Peraturan kebiaraan menghalang bhikkhu dan bhikkhuni daripada banyak tugasan yang mungkin diperlukan seperti penggunaan wang, memandu, memasak, menggali lubang bagi menanam pokok, jadi pembantu pula bagi menghubungkan sela-sela ini.

Anagarika ini berbeda dengan upasaka hanya pada komitmen mereka terhadap pengamalan ajaran Buddha, kepada pegangan jalan tengah dan juga disiplin kebiaraan. Beda yang menjolok itu adalah pada tingkahlaku, rupa dan juga pakaian. Dalam setengah keadaan, mereka ini merupakan penghuni tetap biara di tempat mereka diangkat masuk ke tahap anagarika.

Anagarika selalunya berniat hendak menjadi bhikkhu atau bhikkhuni juga pada tahap terakhirnya, tapi bukan selalu juga mereka keluar menjadi upasaka semula. Dalam setengah biara, tahap anagarika ini selalunya ditetapkan selama setahun sebelum dibenarkan mengangkat wratam menjadi seorang bhikkhu. 

Beda anagarika antara Astanga Arya Marga dengan 10 ajaran bagi bhikkhu itu adalah peraturan tak dibenarkan memegang wang. Justeru itu, kenaikan anagarika ini selalunya berjalan dalam kalangan bhikkhu-bhikkhu yang berdiam dalam hutan yang melantik pembantu dalam kalangan upasaka disebabkan tak dibenarkan memegang wang serta peraturan lain yang diikuti dengan ketat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan