Rabu, 12 Februari 2014

Maha Mrityun Jaya Mantra

Om Svastiastu


  

Terbitan

Mantra ini ditemui oleh Maharesi Markandeya. Ia adalah mantra rahsia yang ketika diwahyukan cuma seorang saja yang mengetahuinya. Suatu ketika sang Chandra mengalami kesusahan disumpah raja Daksha. Maharesi Markandeya menyerahkan mantra ini kepada dewi Sati, puteri raja Daksha untuk sang Chandra. Ini permulaan mantra ini tersebar. Cetera lain pula, mantra ini menjadi bija mantra ketika ia diwahyukan kepada Resi Kahola menerusi pemberian yang diturunkan Betara Siva kepada resi Sukracharya. Resi itu mengajari pula Resi Dadicha akan mantra ini. Resi Dadicha mengajari raja Kshuva. Ia dicatit dalam Siva Purana. 

Nama lainnya Rudra mantra, merujuk kepada ciri garang  Betara Siva; Trayambagam mantra, merujuk tiga mata Betara Siva; Mritasanjivani mantra kerana ia pernah menjadi bahagian amalan "pemulihan nyawa" yang diajar kepada resi Sukracharya selepas selesai tempoh tapasya yang berat. Devata penunggu mantra ini adalah Betara Siva dalam rupa Rudra. Dalam veda boleh dicari dalam: 
  • Rigveda 7.59.12.
  • Yajurveda 3.60.
  • Atharva Veda 14.1.17

Bacaan

ॐ त्र्यम्बकं यजामहे सुगन्धिं पुष्टिवर्धनम् । उर्वारुकमिव बन्धनान् मृत्योर्मुक्षीय मा ∫ मृतात् ॥

Tantra

ॐ ह्रौं जूं सः। ॐ भूर्भुवः स्वः । ॐ त्र्यम्बकं यजामहे सुगन्धिं पुष्टिवर्धनम् । उर्वारुकमिव बन्धनान् मृत्योर्मुक्षीय मा ∫ मृतात् । ॐ स्वः भुवः भूर् । ॐ सः जूं ह्रौं ॐ ॥

Kepentingan
  • Memijak kematian.
  • Melindungi dari segala ancaman.
  • Memudahkan proses melepaskan nyawa semasa nazak.
  • Mencerahkan jiwa dengan menyeru devata penunggu.
  • Memurnikan karma jiwa pada tahap mendalam.
  • Berguna bagi kesihatan jiwa, emosi, tubuh.
  • Bertindak sebagai mokshamantra bgi kepanjangan usia dan keabadian.
Menurut kepada setengah purana, mantra ini dipakai oleh banyak resi termasuklah Dewi Sati semasa Chandra Deva disumpah oleh Prajapati Daksha. Bacaan mantra ini membalikkan kesan buruk sumpahan Prajapati Daksha yang membunuhnya perlahan-lahan. Betara Siva mengambil Chandra Deva lalu meletakkannya di kepalanya.

Mantra ini menyeru Betara Siva menghalang kematian sebelum sampai ajal. Ia dibaca jua semasa memakai Vibhuti ke seluruh tubuh dan diguna dalam Japa serta Homam bagi mencapai kesan diingini. Saktinya melindungi dan memberi petunjuk kepada pembacanya kepada kesedaran dalam serta ke fitrah lebih teratur. Ulangan dengan japa meningkatkan lagi tumpuan untuk masuk ke kesedaran. Sedang Gayatri Mantra itu untuk penyucian dan petunjuk rohani, Mahamrityunjaya Mantra pula bagi kesuburan penyembuhan dan pemupukan rohani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan