Soma Loka

Somaloka adalah alam atau dunia di mana baginda dewa Soma memerintah. Alam ini bebas dari kedukaan dan berahi. Alam ini adalah alam di mana jiwa-jiwa yang selalu memberikan dana pergi, namun mereka tidak pernah menerima dana. Jiwa-jiwa ini semasa hayatnya di Bhuloka hanya memberi sahaja segala kepunyaan mereka kepada sesiapa yang layak menerima, namun mereka enggan mengambil dari orang lain. Jiwa-jiwa di alam ini, semasa hayatnya enggan bercakap buruk mengenai orang lain, enggan mengumpat dan enggan mengeji orang lain. Mereka juga suka melayani tetamu. Ibu kota bagi alam ini adalah di Somapūra. 
Rujukan:
  • Roshen Dalal, Hinduism: An Alphabetical Guide (online