Memaparkan catatan dengan label hindu nusantara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hindu nusantara. Papar semua catatan

Isnin, 23 September 2013

Mpu Sabda Palon

Om Swastiastu dan Swasti Srih!


Terpanggil kita meletakkan rencana berkenaan tokoh Hindu-Buddha dari Pulau Jawa ini walaupun kita di utara ini bukan keturunan Jawa. Jauh sekali berkebudayaan Hindu Jawa memandangkan ada lah beberapa orang Jawa yang celaru agamanya itu menyatakan seolahnya tokoh agamawan Hindu-Buddha kedatuan Jawa ini beragama seperti agama orang Arab sedangkan beliau ini adalah seorang yang dharma setia. Harus sedar dirinya itu, bahawa jika mahu melestarikan kebudayaan sendiri maka Hindu-Buddha, Dharma dan Tantrayana itu jembatannya kerana itulah Tanah Jawa!

Beliau ini merupakan pendita Hindu-Buddha dalam keratuan Majaphit pada ketika pemerintahan baginda Prabhu Bhrawijaya V yang terakhirnya beragama Hindu-Buddha sebelum tanggal pasak buminya diserang orang Demak. Tokoh yang ini merupakan penyusun kepada Lontar Dharmagandhul yang merupakan jenis tembang majapat dalam kesusasteraan Kejawaan Baru menurut kepada langgam bahasa Jawa Ngoko.

Tersebut cetera bahawa Mpu Sabda Palon tidak dapat menerima penggulingan baginda Prabhu sekitar 1478. Jatuh bintang Majapahit selepas diserang tentera negara Demak dengan bantuan Wali Sanga walaupun terdapat jua catitan menyatakan bahawa Sang Prabhu digulingkan oleh putera Girindrawardhana. Kemudian, tersebut dalam cetera bahawasanya Mpu Sabda Palon akan kembali lagi setelah 500 tahun tatkala kebejatan bermaharajalela dan bencana melanda Tanah Jawa bagi mengembalikan kembali Jaya Dharma dan kebudayaan Hindu Jawa. Dalam catitan Serat Dharmagandhul disebut bahawa panutan masyarakat Tanah Jawa itu adalah ajaran Buddha yang berdampingan dengan agama Hindu aliran Saiwa. Catitan lain mengenai tokoh ini ada dalam Serat Damarwulan dan Serat Belambangan.

Pada pemahaman aku ini, mungkin beliau kembali dalam bentuk semangat dalam diri bangsa Hindu di Tanah Jawa sendiri. Pengertiannya itu mendalam, pada pengertiannya boleh ditafsirkan jua sebagai pengembalian semula kejayaan Nusantara yang pada ketika tokoh ini dalam jelmanya diasuh oleh Tanah Jawa selepas lupanya mereka kepada dharma dana, pengembalian semula jati diri pada mandala pusat di selatan selepas terjajahnya mereka akibat keruntuhan akhlak mengejar kebendaan oleh orang asing seperti orang Arab, orang Cina dan juga orang Eropah. Sekitar 1978, tatkala meletusnya Gunung Sumeru ramailah sudah kembali ke ramalan Mpu Sabdapalon sejurusnya. Kelompok yang ingin menghidupkan semula ajaran dharma di Jawa serta aliran tertentu Hindu Kejawen pun ramailah menghormati beliau ini. 

Maka atas dasar sesama pengamal dharma kita meminta supaya tuan kakang pelajari dahulu dharma sedasarnya atau menerusi sang Guru maka baru beketimbangan mau merubah panutan! Tidak sedikit kita melihat tercemar peribadi anak muda turunan bekas penganut agama Hindu kerana celaru pendidikan agamanya. Tidak dapat jua kita salahkan penganut agama lain kerana jayanya merubah panutan anak muda bangsa Hindu sekelian kerana kurangnya didikan agama sedari dalam rumahnya sendiri karena mengejar laba loka yang maya ini. Maka ku ulangi harapan sekelian bangsa Hindu, mungkin serupa saja dengan pengamal dharma di Pulau Bali atau di India Raya sana bahawa cubalah berpulang ke dasar dharma. Nanti, akan tuan dapati keindahannya itu secara dalaman diri pandangan jagatnya. 

Om awighnam astuh....... 

Khamis, 25 Oktober 2012

Trimala dan Chitur Patakah


Trimala atau dalam bahasa Tamilnya Munmalanggal merujuk kepada tiga jenis perilaku manusia yang kotor. Ia terdiri daripada:

1. Kasmala, perbuatan hina dan keji.
2. Mada, berbicara dusta dan keji.
3. Mogha, pikiran, kata, perasaan curang dan angkuh.

Chitur Patakah pula merupakan empat tingkatan dosa bertepatan dengan jenis karmma yang menjadi punca kepada keruntuhan manusia iaitu patakah atau malapetaka, upapatakah, mahaapatakah dan atipatakah. Tiap-tiap bahagian kepada patakah ini ada tersenarai perbuatan apa yang menjadi punca kepadanya:

1. Patakah terdiri daripada:

  • Brunaha iaitu menggugurkan bayi dalam kandungan.
  • Purusaghna atau menyakiti orang lain.
  • Kaniyachora atau merampas gadis orang lain.
  • Agrayajaka iaitu dosa melangkah bendul.
  • Ajnatasamwatsarika bercucuk tanam tak menurut kepada kiraan masa. 
2. Upapatakah iaitu:
  • Govadha membunuh lembu.
  • Jawativadha membunuh gadis.
  • Balavadha membunuh anak.
  • Agradaha membakar rumah, menjarah dan merompak.
3. Mahapataka iaitu:
  • Brahmanavadha membunuh para Brahmin dan pendita.
  • Surapana meminum benda memabukkan.
  • Svarnastya mencuri emas orang.
  • Kanyavighna memperkosa anak gadis.
  • Guruvadha membunuh guru.
4. Atipataka antaranya:
  • Svaputribhajana memperkosa saudara perempuan sendiri.
  • Matrabhajana memperkosa ibu sendiri.
  • Linggagrahannam merosakkan, mengotorkan dan mencemar tempat suci dan lingga. 
Sumber aku petik dari Hindu Bali di Indonesia. Aku cuba cari sumber dari laman sesawang Hindu India menggunakan istilah "trimala" tidak berjumpa. Mungkin rujukannya lain pula.