Jumaat, 28 Januari 2011

Keluarga

Ni ada sikit istilah kekeluargaan dalam bahasa Sanskrit. Dia adalah istilah nak rujuk kat ahli keluarga kita.

Dalam bahasa Sanskrit, keluarga dipanggil sebagai kuluvargah. Dalam kuluvargah yang lengkap, ada pitaa (bapak). Ada jugak maataa (mak). Ada putrah (anak laki-laki) dan jugak putrii (anak pompuan). Bagi rujuk saudara laki-laki, bahasa Sanskrit guna perkataan bhraataa. Saudara perempuan dipanggil sebagai svasaa.

Macam mana nak kata saya seorang saudara lelaki? Bahasa Sanskrit kata, aham bhraataah asmii. Makna dia aku ialah seorang saudara lelaki.

Kalu nak kata hang ialah seorang bapak? Bahasa Senskrit kata, tvam pitah asi. Nak kata dia seorang ibu? Bahasa Senskrit kata eshah maataah asti.

Nampak beza dak kat perkataan-perkataan asmi, asi, ngan asti? Ketiga-tiga tu sebenaqnya perkataan yang sama tapi dengan bunyi ujung yang lain-lain. Perkataan tu semua adalah kata kerja. Kata akar dia as-. Maksud bahasa Melayu dia, jadi. Bahasa Melayu moden lani ada dua jenis kata rujukan kat kata nama kan, macam ialah dan adalah? Ni fongsi dia macam tu lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan