Rabu, 24 Ogos 2011

Masyarakat Tamil Brahmana

Artikel diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Northern Gate


Orang Tamil Brahmin merupakan kaum Brahmana yang berbahasa Tamil. Mereka menetap di negeri-negeri India Selatan seperti Tamil Nadu, Andhra Pradesh, dan Karnataka. Mereka secara umumnya terbahagi kepada dua. Iaitu kaum Brahmana yang dikenali sebagai Iyyer yang merupakan pengikut Smartha dan Iyengar yang mengikut falsafah Sri Waisnawa.

Asal-Usul

Wujudnya bukti menunjukkan keberadaan kaum Brahmana di negeri-negeri India Selatan sejak sebelum samaya Sangam lagi. Walau bagaimanapun, dipercayai oleh umum bahawa hanya sedikit sahaja bilangan mereka. Kebanyakan Iyyer berhijrah ke bahagian lain di benua India pada zaman berikutnya.

Menurut P. T. Srinivasa Iyengar, resi Apastamba dan resi Baudhayana yang sutra-sutra atau perundangan mereka banyak diikuti oleh kaum Brahmin berbahasa Tamil di negeri berbahasa Telugu sehingga ke bahagian utara negara Tamil sehingga lah ke hari ini sejak dari sebelum zaman Sangam lagi. Dalam kurun ke-2 M, karya Pattinapalai karangan kekawin seorang Brahmana dipanggil sebagai Uruttirankannanar yang bermaksud Kannan, anakanda dewa Rudra menunjukkan rekod bahawa wujud kaum Brahmana dan upacara Weda di kerajaan Karikala. Akananūru merujuk kepada Welaparppan atau seorang Brahmana yang tak menjalankan upacara pengorbanan Weda. Selain itu, karya sastera samaya Sangam seperti Silappatikkaram, Manimegalai, dan Kuruntogai juga menyebut keberadaan orang Brahmana di negara Tamil. Pengaruh orang Brahmana dan kebudayaan Arya India lama walau bagaimanapun mula berkembang pesat hanya semasa kurun-kurun penutup samaya Sangam.

Perpindahan besar-besaran bangsa Brahmana dipercayai berlaku antara kurun ke-2 M sehingga 1600 M. Kebanyakan dari orang Brahmana berbahasa Tamil ini dipercayai berketurunan dari penghijrah-penghijrah ini. Namun, teori dan kepercayaan ini sejak akhir-akhir ini diserang oleh cendekiawan dan juga ahli antropologi yang mempersoal kesahehan teori ini kerana kekurangan bukti. Semasa samaya pertengahan, apabila Mpu Sri Ramanuja mengasaskan aliran Sri Waisnava, maka banyaklah kelompok Brahmana bergelar Iyyer yang menggunapakai buah pikiran baru dan pahaman ini. Oleh itu, Iyyer ini semua dipanggil sebagai Iyyengar.

Menurut lagenda orang Hindu, Maharesi Agastya dipercayai merupakan Brahmana pertama yang menetap di India Selatan. Beliau dipercayai membangunkan kediaman di Gunung Pothigai dekat dengan Mathurai menjadikannya sebagai orang Brahmana pertama di negara Tamil. Keturunan Walluwar dipercayai merupakan keturunan pendita pertama di negara Tamil ini.

Ada juga bukti yang cukup untuk menekankan bahawa banyak orang perseorangan yang bukan dari masyarakat Brahmana yang diberikan benang suci dan dilatih menjadi pendanda pura. Ketika dahulu, bangsa Brahmana Tamil dikelaskan lah sebagai jati tangan kiri. Sarjana Barat, Schoebel dalam bukunya Sejarah dan Asal-Usul serta Perkembangan Jati Hindu terbitan tahun 1884 menyebut bahawa orang Brahmana Tamil sebagai Mahanajam dan memasukkan mereka bersama dengan pengungsi asing lain. Orang asing ini membahagikan masyarakat Brahmana sebagai orang luar tangan kiri dan tangan kanan dalam pembahagian jati di negara Tamil.

Kumpulan Brahmana Tamil

Iyyer

Iyyer biasanya kaum Brahmana Smartha. Kebanyakan mereka mengikut falsafah Adwaita Wedanta yang diajarkan oleh Mpu Adi Sankara. Mereka ini banyak bertumpu di lembangan Kauweri dalam lingkungan Nagapattinam, Tanjore, Thiruvar, dan Tiruchipalli yang mana mereka membentuk 10% daripada penduduk di situ. Iyyer juga boleh ditemui di kota Chennai, Mathurai, Tirunelveli, dan Ambasamudram.

Iyyengar

Kelompok Iyyengar mengikut falsafah yang diajarkan oleh Mpu Sri Ramanuja. Mereka biasanya ditemui di negara Tamil kerana umumnya mereka ini penduduk asal di negara Tamil.

Pekerjaan Pesaka

Menurut sastera perundangan orang Hindu serta sastera keagamaan, kaum Brahmana diperkira untuk mengetuai kehidupan kejiwaan dan menyumbangkan kehidupan mereka ke arah pengajian dan penyebaran ajaran Weda suci serta sastera-sastera keagamaan lain selain berkhidmat di pura atau menjadi pedanda upacara di rumah-rumah orang Brahmana lain.

Walaupun begitu, ada juga bukti menunjukkan orang Brahmana Tamil ada sahaja terlibat dalam pekerjaan-pekerjaan lain sejak dari samaya Sangam lagi. Ananannuru misalnya dirujuk sebagai Welaparppan atau Brahmana yang tidak menjalankan upacara korban Weda. Silappatikkaram juga merekodkan kewujudan penglipurlara dan pemain bunyi-bunyian dalam kalangan orang Brahmana.

Prasasti dalam kerajaan empayar Chola pada kurun yang lewat sedikit merekodkan bahawa agak ramai juga orang Brahmana dari kampung di Ennayiram yang terlibat dalam perdagangan. Orang Brahmana juga terlibat dalam peperangan anjuran kerajaan Chola. Ramai lah pegawai awam yang memberi khidmat kepada pentadbiran negara Chola. Setengah orang Brahmana ini juga dilantik menjadi Senapati atau Jeneral dalam tentera.

Bahasa Tamil Brahmana

Bahasa Tamil yang mereka gunakan ada banyak meminjam perkataan bahasa Sanskrit. Bahasa Tamil Brahmana banyak digunakan oleh golongan Brahmana yang memperkenal perkataan bahasa Sanskrit yang berkaitan dengan keagamaan dan juga kegunaan harian.

Perkembangan bahasa Tamil Brahmana

Bahasa Tamil golongan Brahmana dipercayai berkembang lama lah sudah bermula dari zaman lagenda resi Agastya. Namun, langgam Tamil ini mula dikesan pada samaya empayar Wijayanagara di negara orang Telugu. Semasa zaman kegemilangan orang Brahmana sekitar kurun ke-19 M, bahasa Tamil yang digunakan oleh mereka ini sering menjadi bahasa perhubungan antara jati. Ia juga menjadi bahasa yang digunakan oleh watak-watak utama dalam wayang gambar Tamil. Kini, bahasa Tamil Brahmana mula digantikan dengan bahasa Tamil Jati selepas kebangkitan Pergerakan Pemurnian Bahasa Tamil. Wayang-wayang mula menggunakan bahasa Tamil biasa. Walau bagaimanapun bahasa Tamil Brahmana masih lagi digunakan oleh masyarakat ekspatariat dan perniagaan.

Bahasa Tamil masyarakat Brahman Iyyengar banyak mengekalkan perkataan-perkataan lama dari sastera-sastera keagamaan misalnya seperti naalaayira dhiwiya prabandham.

Perbedaan dengan bahasa Tamil Moden

Bahasa Tamil masyarakat Brahmana berbeda sedikit daripada bahasa Tamil Moden yang digunakan oleh orang-orang bukan dari masyarakat Brahmana. Bahasa Tamil Brahmana masih mengekalkan penyesuaian kecil dari bahasa Tamil Klasik atau Chen Tamizh. Perkataan dari bahasa Tamil Klasik ini sudah tidak dipakai lagi dalam kegunaan harian. Misalnya perkataan Aam digunakan oleh orang Brahmana berbahasa Tamil merujuk rumah itu sebenarnya adalah perkataan bahasa Tamil Lama. Ia berasal dari perkataan Agam. Bahasa Melayu pun ada menyerap perkataan ini. Biasanya digunakan sekali dengan perkataan asli seperti contoh rumah agam. Yang ertinya rumah besar.

Selain itu, orang Tamil Brahmana juga menyingkatkan perkataan bahasa Sanskerta dalam kegunaan harian mereka. Contohnya perkataan thūtham bererti air. Ia sebenarnya berasal dari perkataan thīrtham dari serapan perkataan bahasa Sanskerta. Selain itu, orang Brahmana Ortodoks selalu juga mencampuradukkan perkataan bahasa Sanskerta dalam percakapan bahasa Tamil mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan