Selasa, 9 Ogos 2011

Satyaloka

Satyaloka ni merupakan kediaman Brahma. Kedudukannya adalah 120,000,000 yojana di atas Tapoloka. Jarak dari matahari ke Satyaloka adalah sejauh 233,800,000 yojana atau 1,870,400,000 batu.

Vaikunthagraha bermula 26,200,000 yojana atau 209,600,000 batu di atas Satyaloka. Dalam Padma Purana ada disebutkan bahawa atas empat penjuru langit rohaniah ada empat kediaman tiada batasan yang berlainan dihuni oleh Vasudeva, Samkarshan, Pradyumna, dan Aniruddha. Makanya di langit keduniaan juga ada empat kediaman ini ditempatkan di empat penjuru. Ruang lingkup Vaikuntha yang dilitupi air rohaniah dihuni oleh Vasudeva dikenali sebagai Devavatipur.

Atas Satyaloka ada Vishnuloka dihuni oleh Sankarshan. Di tengah Lautan Susu ada pula pulau yang dipanggil sebagai Swetadwipa dihuni oleh Aniruddha yang berbaring di atas katil Ananta. - Caitanyacaritamirta, Adilila bab 5 tulisan tangan.

Kiraan hari Brahma adalah 12 jam itu dikira dalam masa manusia 4 bilion 320 milion tahun. Malamnya pun dikira sama juga (Srimad Bhagavatam 12:8:2-5).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan