Khamis, 16 Ogos 2012

Falsafah Panchadasi - Swami Kreshnananda

Pengenalan


Panchadasi ini ditulis oleh Swami Vidyaranya dan komentarnya oleh Swami Kreshnanada. Aku berpendapat ia sesuatu yang menarik apa lagi selepas aku mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Dr. Burn dari Shollisai Nation yang turut memaparkan benda ini dalam video muziknya.

Swami Vidyaranya pernah juga menulis Hissannyasa dan nama panggilannya dalam karya tersebut adalah Mathava. Saudaranya Saiyana. Kedua orang bersaudara ini merupakan adik beradik juga. Saiyana pernah menulis komentar berbahasa Sanskrit bagi semua veda-veda seperti Brahmana, Aranyaka, dan Upanishad. Dia tidak lagi lah dianggap sebagai manusia biasa dengan hasil penulisannya. Hasil kerjanya melebihi kemampuan pemikiran manusia biasa. Bagi yang membaca karya-karya Saiyana pasti akan merasai hal ini.   

Mathava pula sebelum menulis Sannyasa pernah menulis beberapa buku lain lagi. Kedua-dua Mathava dan Saiyana ini sebenarnya orang miskin walaupun berpelajaran tinggi. Sukar bagi kedua-dua tokoh ini hendak menyara keluarga mereka walaupun berpelajaran. Mathava pernah membuat Gayatri Purascharana beberapa kali untuk melihat Dewi supaya dibebaskan dari tekanan akibat masalah kewangan. Selepas beberapa Purushacharana, dia mendengar suara: "Kamu takkan nampak aku dalam kelahiran ini". Mathava berasa sedih lalu berhenti menjalankan Purushacharana. Dia naik ke tahap Sannyasa selepas itu dan mengembara.  

Selepas itu Dewi segera muncul depan nya. Dewi tanya: "Apa yang kamu fikirkan tentang aku?" Jawab Mathava: "Kenapa pula kamu beri aku darshan sekarang sedangkan kamu kata aku takkan nampak kamu dalam kelahiran ini?" Kata Dewi: "Sannyasa ini lah kelahiran baru kamu. Sebab itu aku muncul depan mu". Mathava kemudian berkata: "Aku tak mau apa-apa. Aku sudah mengambil janji Sannyasa jadi aku tak mau apa-apa. Pergi lah". Dewi menjawab: "Tidak! Aku tidak mau pergi! Bila aku sudah muncul maka aku mesti beri sesuatu dulu, baru pergi". Mathava menyatakan: "Tapi aku sudah tak tahu mau minta apa-apa lagi". Dewi pun berkata: "Sebab kamu tidak mau apa-apa maka kamu akan mempunyai segala nya!"    

Mathava menjadi seorang yang sangat tinggi pengetahuannya. Tidak ada benda yang Mathava tidak boleh tulis. Beliau boleh menulis tentang pelajaran seperti keindahan, adat-istiadat, kesedaran sivik, dharmmasastram, keagamaan, perubatan, tubuh badan manusia, pancaindera manusia, hal bawah sedar, falsafah, moral dan sebagainya. Setiap bidang ditulisnya, buku nya pasti merupakan rujukan terbaik. Karyanya berpiawai tinggi. Mathava atau Swami Vidyaranya merupakan orang bertanggungjawab yang menemukan empayar Vijayanagaram di India Selatan dalam abad ke-15 M. Beliau bertindak sebagai montri kepada raja-raja awal empayar Vijayanagaram iaitu Hakka dan Bukka. Beliau yang mengangkat raja-raja ini dan menjadi pembimbing kerohanian mereka.  

Salah satu hasil karya Mathava adalah Panchadasi. Ia merupakan karya agung kepada falsafah Vedanta dan amalan kerohanian. Ia mempunyai 15 bab semuanya sebab itu ia disebut Panchadasi. Buku itu sebenarnya tak bernama jadi ia dipanggil menurut bilangan bab nya. 15 bab ini pula digulungkan dalam tiga bahagian iaitu enam bahagian awal, enam bahagian di tengah dan enam bahagian penamat.

Lima bab awal Panchadasi bercakap mengenai kewujudan atau sat dalam bahasa Sanskrit. Bahagian kedua bercakap tentang orchit atau kesedaran. Bahagian akhir bercakap tentang ananda atau kerahmatan. Ia merupakan penerangan mengenai sat-orchit-ananda yang merupakan Sifat Mutlak.     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan