Khamis, 16 Ogos 2012

Budaya Hindu: Bharatanatyam


Bharatanatyam merupakan salah satu daripada tarian tradisional dari benua India. Ia berasal dari kuil besar di India Purba. Gambaran terawal mengenainya boleh dikesan sejak zaman kesusasteraan Sangam. Ia muncul sekitar abad ke-2 dan ke-1 SM di kuil-kuil Dewa Siva di India Selatan. Ia diinspirasikan dari arca-arca di kuil purba Shitambaram.

Pada zaman purba, ia dipersembah sebagai dasiattam oleh devadasi kuil. Banyak arca purba di kuil hindu berada dalam kedudukan karana tarian bharatanatyam. Ia menunjukkan tarian apsara di langit yang menarikan bharatanatyam.  Dalam kebanyakan masa, dewata Hindu merupakan tetamu adhiraja di kuil-kuil dan dewasthanam maka mereka akan dipersembah dengan enam belas keraian yang antaranya melibatkan bunyian dan tarian yang menyenangkan indera. Banyak kuil Hindu masih mengekalkan hal ini. Begitu juga dengan pemerintah Hindu.

Dalam Kaliyugam, pusat kebanyakan kesenian Hindu merupakan dalam bentuk kebaktian. Oleh itu, bharatanatyam dalam bentuk tarian dan bunyian karnataka merupakan hasil dari pertumbuhan gerakan kebaktian. Bharatanatyam merupakan sejenis bunyian dalam bentuk yang boleh dilihat mata kasar, satu upacara dan satu tindakan penyembahan kepada dewata. Tarian dan bunyian tidak lah terpisah sebaliknya bersatu. Tarian dikonsepsikan melalui sangitam atau perkataan atau suku kata bagi raga (melodi). 

Bharatanatyam ada tiga unsur iaitu:

1. Nritta atau pergerakan berirama
2. Natya atau aspek-aspek penceritaan bentuk seperti drama
3. Nritya iaitu gabungan antara nritta dan natya

Bharatanatyam dipercayai merupakan pembaharuan kepada tarian bentuk kathir. Kathir merupakan sejenis kesenian purba diamalkan oleh penari-penari kuil. Tarian ini menandakan pelbagai perubahan yang berlaku dalam abad ke-19 sampai ke-20 untuk tarian kathir yang lebih purba.

Wawasan asas kepada Bharatanatyam ini lebih kepada tarian "api". Ia merupakan jelmaan unsur api yang tersembungi dalam tubuh manusia. Ia merupakan satu daripada lima gaya utama yang mewakili semua lima unsur alam jagat. Yang lain-lain adalah Odissi mewakili unsur air. Mohiniattam mewakili unsur udara. Kuchipudi mewakili unsur bumi dan Kathakali mewakili unsur langit. Pergerakan asli penari Bharatanatyam menyerupai pergerakan api yang berliuk-lentuk. Bharatanatyam yang semasa jarang diamalkan sebagay Natya Yoga atau Yoga Tarian. Yoga Tarian ini merupakan tradisi suci untuk perubatan yang diamalkan oleh beberapa aliran ortodoks Hindu.

Bharatanatyam sebagai tarian perseorangan mempunyai dua aspek iaitu Lasha yang bermaksud garisan dan pergerakan kewanitaan lemah lembut dan Anantha Thandavom yang mewakili aspek kelelakian mewakili Dewa Siva. Hal ini hampir serupa dengan unsur Yin dan Yang dalam kebudayaan Cina.

Bharatanatyam selalunya dipersembahkan selama dua jam. Ia akan memasukkan enam atau lebih bahagian dalam tarian iaitu:

1. Allarippu

Persembahan Tala ditandakan oleh suku kata ringkas yang dilontarkan penari. Ia adalah jenis montram yang digunakan untuk memanggil dewata untuk memberkati persembahan.

2. Kautuvam

Tarian kuil purba dipersembahkan pada permulaan bacaan tarian, mengandungi suku kata berirama dinyanyikan untuk para jathi.

3. Ganapativandanam

Pemujaan untuk pembukaan kepada dewa Vigneswaran supaya menghapuskan halangan. Boleh juga lihat Pushpanjali.

4. Jatiswaram

Tarian abstrak diikuti oleh rentak gendang. Penari akan memaparkan pergerakan kaki dan pergerakan di tubuh badan.

5. Shabdam

Tarian diikuti oleh puisi atau lagu dengan tema cinta atau ketuhanan.

6. Varnam

Tumpuan utama kepada persembahan. Ia merupakan bahagian paling panjang dalam tarian dengan diikuti pergerakan rumit dan sukar. Kedudukan tangan dan tubuh akan menceriterakan suatu cetera misalnya mengenai percintaan dan rasa rindu kepada kekasih.

7. Padam

Bahagian lirik bagi tarian apabila penari akan bercakap tentang unsur seperti cinta, kasih sayang terhadap Tuhan, cinta ibu kepada anak atau cinta pasangan kekasih yang terpisah tapi kemudiannya bersatu. Percakapan penari adalah dalam bentuk pergerakan.

8. Stuti

Pujaan memuji dewata mengandungi perlian dan dramatik. Boleh lihat dalam koothu stotram.

9. Javali

Unsur ini masih baru lagi dalam bharatanatyam. Ia adalah jenis gubahan abhinaya terdiri dari cahaya yang menyenangkan. Seperti padam-padam yang mempunyai tema tersirat, tema Javali adalah Sringara Rasa yang memaparkan Nayaka Nayaki Bhava.

10. Thillana

Bahagian terakhir dalam tarian iaitu tarian murni dengan bunyian memaparkan kebijaksanaan digambarkan pada gerakan kaki yang rumit dan menerangkan lagi pergerakan penari.

11. Angikam

Lagu kebaktian ditujukan kepada Dewa Siva. Boleh juga dipersembahkan dengan pergerakan byapti yang lemah gemalai.

Selain dari unsur-unsur dalam tarian ini, ada juga unsur lain seperti slokam, swarajathi, kritthi dan lain-lain. Persembahan akan ditutup dengan bacaan montram dari sastera keagamaan sebagai memberkati majlis tarian. Sesetengah gaya termasuklah Tharanganrittham dan Suddhanrittham yang agak maju. Apabila penari sudah menguasai unsur-unsur ini semuanya, maka mereka lulus untuk persembahan ulung mereka dipanggil sebagai Arangettram. Selamat menikmati tarian Ganesh Stuthi ditarikan oleh penari Tamil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan