Hari ini kita cuba membicarakan tentang ritual upacara dalam agama Hindu dan tradisi ini adalah tradisi para Brahmana (Brahmin). Ia merupakan satu ritual yang penting dalam agama Hindu.
Ia merupakan penyucian bagi laki-laki yang dipercayai menyembuhkan kesakitan pada tubuh dan pemikiran. Ia biasa dijalankan sebelum sebarang upacara Brahmin dimulakan misalnya sebelum upacara Sandhyavandanam.
Ayurveda menyebutkan tiga ciri-ciri yang mentadbir kesihatan umum bagi tubuh badan seseorang:
1. Vaatta
2. Pitta
3. Kapha
Achmanam menyucikan tubuh dan mengekalkan keseimbangan tiga unsur-unsur ini.
Masa-Masa Perlu Achamanam
Ia mesti dilaksanakan sebelum sebarang upacara besar-besar menurut agama Hindu. Kebanyakan perbuatan harian dipercayai mencemarkan kesucian seseorang menurut tradisi Hindu, maka achamanam dijalankan bagi membetulkan keadaan. Antara masanya ialah:
1. Segera selepas bangun pagi
2. Selepas membuang air besar atau air kecil dan lain-lain yang terlibat dengan najis
3. Selepas memberus gigi
4. Sebelum dan selepas mandi
5. Selepas memakai baju
6. Sebelum dan selepas makan
7. Sebelum dan selepas menerima pemberian dana
8. Selepas bersin, mengalir air mata atau darah
9. Ketika bersentuhan dengan benda-benda seperti darah, air mani, rambut manusia, lembu, api, kucing, tikus, sampah dan lain-lain.
10. Selepas berhubungan jenis dengan wanita.
Perlaksanaan Achamanam
Ada banyak cara melaksanakannya menurut kepada kepercayaan yang mana satu dan menurut konteks sesiapa yang melaksanakannya. Cara biasa dipakai adalah menurut cara smarthi dan shruti. Yang kemudian selalu dilaksanakan orang menurut pula kepada cara purana yang biasanya diamalkan oleh penganut aliran Vaishnava dan juga selalu juga diamalkan penganut aliran Saiva dan juga lain-lain.
Achamanam Shruti dan Smartha
Yang teringkas sekali antara semua achamanam adalah menelan (bukan menghirup) air sebanyak tiga kali dari Brahmagrantha (dasar ibu jari kanan) sambil membaca montra-montra memuji dewata. Air kemudian akan dituang ke dalam tangan kanan. Seseorang itu akan membaca montra dan tidak bersuara menelan air dari dasar ibu jari tangan kanan.
Achamanam shruti selalunya ada tiga montra iaitu:
1. Achyutaya Namaha
Dengan Nama Yang Tak Terbilang
2. Anantaya Namaha
Dengan Nama Yang Tak Tercapai
3. Govindaya Namaha
Dengan Nama Dewa Govinda
Achamanam bentuk smartha selalu nya akan dibacakan bahagian Gayatrimontram sambil menelan air:
1. Tat savitur varennyam
2. Bhargo devasya dhimahi
3. Dhiyo yo nah prachodayat
Bentuk-bentuk achamanam ini dilaksanakan secara berterusan dalam ritual-ritual Hindu yang utama. Contohnya sepertid alam perwiwahan atau semasa upanayan.
Achamanam Bentuk Purana
Sebagai bahagian dari Sandhyavandanam, setengah achmanam digantikan dengan achmana purana yang lebih panjang yang disambung selepas achmanam shruti. Yang pertamanya, shruti dilaksanakan, dan selepas itu disambung dengan penyucian chakra melalui sentuhan jejari tertentu di bahagian tangan kanan ke bahagian-bahagian tertentu di muka dan tubuh bersama dengan montra-montra. Bahagian tersebut dengan montranya semasa menyentuh adalah:
Keshavaya namaha: ibu jari menyentuh pipi kanan
Narayanaya namaha: ibu jari sentuh pipi kiri
Madhyavaya namaha: jari manis sentuh mata kanan
Govindaya namaha: jari manis mata kiri
Vishnave namaha: jari telunjuk sentuh kiri hidung
Madhusudhanaya namaha: jari telunjuk sentuh kanan hidung
Trivikramaya namaha: jari bongsu sentuh telinga kanan
Vamanaya namaha: jari bongsu sentuh telinga kiri
Shridharaya namaha: jari tengah sentuh bahu kanan
Hrishikeshaya namaha: jari tengah sentuh bahu kiri
Padmanabhaya namaha: empat jari iaitu tangan dengan ibu jari dilipat ke dalam letak di pusat
Damodaraya namaha: empat jari dengan ibu jari lipat dalam sentuh kepala
Sankarshanaya namaha, Vasudevaya namaha, Pradyumnaya namaha, Anirudhaya namaha, Pusuhothamaya namaha, Adhokshajaya namaha, Narasimha namaha, Achyutaya namaha, Janardanaya namaha, Upendranaya namaha, Hariye namaha, Shri Krishna namaha.
Achmanam ini boleh dilaksanakan sama ada diikuti dengan upacara selepasnya atau pun tidak ada upacara selepasnya. Ia adalah sah sama seperti achmanam yang asas-asas.
Bila Dilarang Achmanam?
Pantang achmanam dilaksanakan sebaik sahaja mengambil prasadham atau selepas menelan tirtham. Prasadham dan tirtham kedua-duanya sendiri melambangkan perbuatan menyucikan tubuh seseorang dan achmanam boleh menghina kesucian kedua-dua perkara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan