Jumaat, 10 Ogos 2012

Dewata Hindu: Dewi Kali Amman

 

Kaliamman merupakan dewi yang terkenal dalam kalangan masyarakat Tamil di Malaysia dan juga di India Selatan. Nama lain bagi Nya adalah Mariamman, Muniammah, atau Shakti. Nama Nya pun sudah menunjukkan bahawa Dia dikaitkan dengan kesaktian dan kuasa. Nama Kali ini datang dari Kala yang bermaksud hitam, masa, kematian, ajal, yang empunya kematian, dan merujuk kepada Dewa Siva Mahadev

Oleh kerana Dewa Siva dikenali sebagai Kaala atau masa yang abadi, maka Kaali pula merupakan teman-Nya yang juga bermaksud masa atau ajal. Kali dianggap sebagai dewi masa dan perubahan. Walaupun kadang kala Dia digambarkan berkulit gelap dan ganas, namun jelmaan awalnya merupakan jelmaan yang menghapuskan kejahatan. Tuan-tuan boleh melihat dalam video yang disertakan mengenai Kaliamman menghapuskan penjahat dengan memancung kepala nya. Video dari filem berbahasa Telugu berjudul Ammoru dari Andhra Pradesh di India.

Banyak orang yang terlibat dalam bidang evolusi, struktur dan nasib alam jagat menurut kepercayaan Shakta Hindu dan juga kepercayaan Tantri memuja-Nya sebagai hakikat terakhir atau Brahman. Dia dipuja juga sebagai Bhavataarini yang bermaksud penebus jagat raya. Baru-baru ini juga, banyak gerakan kebaktian menggambarkan Kaliamman sebagai dewi ibu yang penyayang. 

Dewi Kali mewakili teman kepada Dewa Siva, selalunya digambarkan sebelah kaki-Nya memijak dada Dewa Siva yang terbaring. Dewi Kali juga dikaitkan dengan Dewi Durga, Bhadrakali, Dewi Sati, Dewi Rudrani, Dewi Parvati dan Dewi Chamunda. Dewi Kali juga yang terutama dalam kalangan Dasa Mahavidya iaitu sepuloh dewi-dewi Tantra yang ganas.     

Rujukan Tentang Dewi Kaliamman

Menurut Hugh Urban, walaupun kata Kali muncul dalam Atharvaveda, namun penggunaan nama ini secara kususnya adalah dalam Kathaka Grihyasutram (19.7). Kali merupakan nama satu daripada tujuh lidah Agni, iaitu Dewa Api dalam Rigveda dan disebut dalam Mundaka Upanishad (2:4) namun ia bukan merujuk kepada dewi ini. Kemunculan awal Kaliamman dalam rupa-Nya sekarang ada terdapat dalam Saupatikaparvan dalam Mahabharata (10.8.64). Dia dikenali sebagai Kaalaratri atau gelap malam dan muncul dalam mimpi bala tentera Pandava sebelum muncul dalam peperangan semasa serangan anak kepada Asvattama iaitu Drona.   

Dia juga terkenal muncul dalam Devimahatmayam yang ditulis dalam abad ke-6 sebagai salah satu sakti kepada Mahadevi yang mengalahkan Raktabijasura (benih darah). Dalam Kalika Puran ditulis abad ke-10 pula, Kali dipuja sebagai hakikat terakhir Brahman. Menurut David Kinsley, Kali pertama kalinya disebut dalam agama orang Hindu sebagai dewi yang tersendiri ketika abad ke-6 dan teks-teks ini selalunya meletakkannya sebagai pujaan dalam masyarakat Hindu yang mundur atau yang terlibat dalam peperangan. Dia digambarkan sebagai sakti kepada Dewa Siva dan dikaitkan dengan-Nya melalui pelbagai purana. Kalika Puran menggambarkan-Nya sebagi Adhiparasakhti atau Kuasa Tertinggi atau sebagai Paraprakriti bererti Yang Melampaui Alam.   

Setakat ini dahulu pengenalan kita tentang Kaliamman atau Dewi Kali Ambha. Kita akan menelusuri sedikit demi sedikit hal ini melalui tantra jika kita berkesempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan