Rabu, 8 Ogos 2012

Dewata Hindu: Karuppusami


Dewa Karuppusamy merupakan dewata yang terkenal dalam kalangan kumpulan masarakat pedalaman di Selatan India utamanya di wilayah Tamil Nadu dan kawasan-kawasan kecil di wilayah Kerala. Karuppusamy merupakan salah satu daripada 21 dewata rakyat yang dikaitkan dengan dewa Ayyannar maka dia digolongkan dalam golongan Kaval Deivam atau dewata penunggu oleh orang Tamil. 

Namanya yang Diseru

Arulmigu manthai sudalaimadaswami, otha pannai dualaimadan, massanasami, vallanattu karuppusami, pattinettampatiyan, maarnattusinnansami, santhanakaruppanasami, periyakaruppasami, sinna karuppasami, paalpaarai muthukaruppasami, mayanakaruppasami, pattakaruppasami, wondikaruppannasami, kaattukaruppar, karuppusami, aaladikaruppanasami, puliyadikaruppanasami, kaaraiyadisinnakaruppasami, karuppanarsami, vettakaruppar, kullakaruppanaar, sangili karuppan, sonaikaruppasami, munnodikaruppasami, manmalaikaruppasami, perungkaadukaruppasami, ponnuveriyankaruppasami, kottaikaruppasami, nondikarupasami, nambagakarupasami, madaikaruppasami, vayakaruppasami, sappaanikaruppar, moodupaaraikaruppannasami, kunankaruparkallal, nondisami, thoppukaruppasami, killikundukaruppasami, malayalakaruppaya, kallankallachikarupparasami, thunganepudhukaruppu, mudakkatrukaruppanaswami.

Seorang itu akan dapat mendengar lima sampai enam nama lain bagi Karuppasami dalam kalangan 21 dewata rakyat yang menjalankan peranan melindungi melalui sistem kepawangan dan kedukunan. 

Lagenda Tentang Karuppusami

Menurut kisah lisan daripada pujari atau sami aadi di Kuil Alagar di Mathurai, Tamil Nadu. Rama menghantar Sita Dewi ke dalam hutan semasa beliau sedang sarat mengandung untuk tinggal dengan Maharesi Vaalmiki di ashram nya. Semasa di ashram, Sita Dewi melahirkan anak lelaki untuk Rama ke dunia. Satu hari Sita Dewi keluar untuk beberapa tugasan dan meminta Vaalmiki menjaga anaknya yang masih dalam buaian. Resi tersebut melihat-lihat anak tersebut kemudian masuk ke tapa nya. Apabila Sita Dewi pulang, beliau mendapati maharesi sedang bertapa dan tidak mau mengganggu nya. Dia terus mengambil anak nya dan berlalu sahaja tanpa memberitahu maharesi yang dia hendak pergi. 

Maharesi lepas sedar dari tapa mendapati anak dalam buaian telah tiada. Jadi beliau meletakkan beberapa helai rumput suci yang dipanggil sebagai Dherbai dalam buaian dan membaca montram untuk merupakannya menjadi seperti seorang bayi. Selepas itu, Sita Dewi pulang dan didapati bahawa Sita Dewi sedang mendukung anaknya. Maharesi berasa bingung pula. Jadi dia meminta Sita Dewi melayan bayi rumput itu seperti anaknya sendiri.

Apabila Sita Dewi pulang menemui Rama, Rama berasa hairan kenapa ada dua orang budak lelaki sedangkan dia ingat Sita Dewi cuma melahirkan seorang sahaja anak lelaki. Untuk memeriksa mana satu anak lelaki itu adalah anaknya maka dia membuat unggun api panjang dan meminta budak-budak itu melintasi api untuk mendapatkan nya. Dia berkata bahawa siapa yang merupakan waris nya sebenar akan melintasi api tanpa dicederakan. Budak lelaki yang merupakan daun rumput itu tersangkut di tengah-tengah dan badannya terbakar lalu berubah menjadi warna gelap.

Jadi Rama tahu apa yang terjadi di hutan dan kenapa ada dua orang budak lelaki. Dia memberi berkat kepada budak lelaki terbakar itu dan budak itu diangkat menjadi kaval deivam. Rama memanggilnya sebagai Karuppanan dan kini disebut orang ramai sebagai Karuppusami. Ini sebabnya kenapa Karuppusami mempunyai tiga garisan atau thirunamam di dahinya. Para pujari atau pemuja akan menyanyikan lagu dengan liriknya memanggil dherbaiyil pirandhayane yang bermaksud terjelma dari rumput suci.

Pemujaan

Pemujaan Karuppanar merupakan pemujaan nenek moyang berdasarkan suku kaum yang sangat lama. Kebanyakan yang menjalankan pemujaan bukan pendita Brahmana dan mereka mendapat kenaikan dalam pemujaan melalui keturunan sahaja sejak turun-temurun.

Bentuk pemujaan adalah bukan menurut agama serta tidak melibatkan sebarang veda. Lagu rakyat dan kesenian tempatan seperti villupattu, karagam dan kootthu dimainkan. Pawang tempatan akan mempersembah bungaan atau vibhuti (abu suci) atau bunga suci kepada pemuja-pemuja serta memainkan peranan sebagai pawang. Banyak jenis orang dari jati yang sama memainkan peranan sebagai pawang menurut tahun. Mereka akan mengambil vradham dan mengekalkan amalan pujaan mereka semasa tempoh mengambil vradham.

Semasa perayaan, pawang-pawang akan mengalami saamiaadudhal atau kesurupan dan memberi pesanan dari dewa Karuppusami kepada orang ramai secara sama rata. Selalunya masalah yang diadukan kepada dewa Karuppusami adalah masalah kewangan, masalah keluarga, masalah masarakat serta pertikaian masyarakat setempat berkaitan dengan keagamaan dan kedewataan menurut keturunan. Orang ramai yang mendapat kurnia dari dewa Karuppusami akan memberi sembahan dan sajian kepadanya menurut apa yang telah diniatkan dalam sumpah mereka untuk memberi sembahan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan