Memaparkan catatan dengan label tamil nadu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tamil nadu. Papar semua catatan

Ahad, 9 Ogos 2015

Mahā Śiva Ratri


Mahā Śiva Ratri adalah merupakan perayaan tahunan yang dirayakan untuk memuliakan Betara Śiva. Ia adalah hari untuk memperingati peristiwa Betara Śiva bervivaha dengan dewi Parvati. Perayaan ini bermaksud, Malam Agung Betara Śiva, menurut bahasa penduduk Nusantara. Ia menandakan penyatuan antara Śiva dan Śakti.

Sabtu, 18 Oktober 2014

Selamat Menyambut Perayaan Dīpavali

Om Svasti Astu


Pejam celik, kita sudah pun melangkaui tempoh setahun. Rentetan peristiwa Makara Sankranti atau Surya melintas zodiak Capricorn pun bermula kembali. Brihaspati minggu ini, orang Hindu sekelian akan menyambut peristiwa Dipavali. Pelbagai jenis ceritera melibatkan kitab suci diperdengar kepada orang ramai. Di Singapura, Thailand dan Malaysia, tradisinya mengikut tradisi orang Tamil dan India Selatan. Ia turut disambut oleh penganut Sikh, Buddha dan Jain mengikut tatacara kitab suci dan kebudayaan masing-masing.

Dipavali, bukan saja merupakan perayaan keagamaan dan kebudayaan bagi bangsa Hindu sekelian. Sebaliknya juga, ia merupakan tempoh terbaik untuk berlatih merenung diri di samping kegiatan bersuka-ria bersama keluarga. Nyalakan cahaya kemuliaan di hati kita, bermurah hati, bersimpati dan bersikap empati dengan keluhan kesah makhluk lain. Biar ia bersinar cemerlang dan menyinari seluruh dunia.

Hari-Hari Perayaan

Perayaan ini ditandai oleh kedudukan bulan. Menurut kalendar Hindu, Amavasya atau tempoh tiada bulan merupakan titik terbaik untuk merayakan Dīpavali. Tempoh ini muncul setiap sepurnama dan di bulan Kartik (Nov-Dis). Pada hari itu, kita akan menyalakan panjut pelita atau pelita minyak tanah sebagai simbolik kegelapan disinari oleh cahaya sinaran cemerlang. Perayaan ini disambut selama lima hari untuk lima peristiwa:
(Sila klik di perkara-perkara di atas untuk melihat samacar perayaan, terima kasih)

Untuk adik-adik, jangan merempit pula dan jangan sibuk berpeleseran di merata-rata. Tolong ibubapa dan keluarga untuk persediaan menyambut perayaan serta sambutan-sambutan penting. Bacalah buku-buku agama dan dengar ceramah mengenai peristiwa perayaan supaya sambutan menjadi lebih bermakna.

Asato mā sat gamaya
Tamaso mā jyotir gamaya
Mṛtyor mā amṛtam gamaya
Om śānti śānti śāntihi

Dari ketidakbenaran menuju ke kebenaran
Dari kegelapan menuju ke kecerahan
Dari kematian menuju ke keabadian
Om semoga tenang-tenang hening-hening

Lagu: Mangala Olivisom
Album: Dīpa Rāgā
Penyanyi: Śaraña Jegathesan dan Sukaña Laxshimi
Komposer: Suresh Rogen dan Mansir Singha
Lirik: Suresh Rogen

Rujukan

Untuk bibliografi, silakan klik di sini, terima kasih. Rujuk cara mandi minyak di sini.

Jumaat, 2 Mei 2014

Magha Purnima Pujai 2014

Om Svasti Astu


Sempena Purnima Puja Wara 14 Feb 2014 yang telah berlalu.... Nanti Vesaka Purnima pula....

 

Setiap bulan di penanggalan Hindu pun ada Purnima Puja. Pengikut-pengikut baginda Betara Siva dan Betara Wisnu keturunan Hindu di rantau Kambuja Desam, Sumatera, Jawa, Bali, Malaya, Siam dan Singapura sila ambil perhatian! 

Senarai yang berikut mungkin tak sesuai untuk Pemujaan Sri Satya Narayanan (Betara Wisnu) dan puasa Purnima utamanya jika terkena Chaturdasi melepasi ganthamasa Madhyana. Jadi yang ini mesti mengikut kepada gantha bermula Purnima Tithi iaitu dijalankan sebelum masuk wara perayaan di Sri Pura Dewa Sthanam (Kovil). 

Pastikan periksa penanggalan selalu!

Senarai Purnima Wara

16     Jan     (Brighaspatti)       Paush Purnima
14     Feb    (Sukra Wara)       Magha Purnima  
16     Mac    (Aditya Wara)     Phalguna Purnima  
15     April    (Anggara Wara)  Chaitra Purnima  
14     Mei     (Budha Wara)     Vaishakha Purnima  
13     Jun      (Sukra Wara)      Jyaishta Purnima  
12     Julai     (Saura Wara)     Ashadha Purnima  
10     Ogos   (Aditya Wara)    Shravana Purnima  
09     Sep     (Anggara Wara)  Bhadrapada Purnima  
08     Okt     (Budha Wara)     Ashwin Purnima  
06     Nov    (Brighaspatti)       Kartik Purnima  
06     Dis      (Saura Wara)      Margashirsha Purnima

Selalu berkunjung ke pura pun boleh menjadikan tuan-tuan lebih peka jadi cuba juga pergi pura walaupun di rantau asing itu tradisi puranya mungkin berbeda.

Om Shanti Shanti Shanti Om!

Ahad, 17 November 2013

Tamil: Kriyā Wiśeṣaṇa

Wanaggam!

Belajar Kriyā Wiśeṣaṇa atau Winai Wuricchorgal ini sangatlah penting kerana strukturnya itu diperguna dalam perbualan seharian. Lagi kau kuasainya lagi kau cepat menguasai bahasa Tamil. Tapi pertamanya itu, kena lah tahu apakah peranan kriya wisesana ini dalam tatabahasa Tamil.

Jadinya, kriya wisenana ini merupakan bahagian pengucapan juga. Umumnya, ada perkataan yang menambahi sebarang bahagian bahasa selain daripada kata nama. Kriya wisenana ini buat menambah kepada kata kriya, kata rupa atau wisesana (termasuk angka), prayodh-prayodh, wākya, dan lain-lain lah.

Contoh
Contohnya seperti berikut.... 

Nān woru putthaghaththai silasamayam padiggiren.
Saya membaca sebuah buku kadang-kadang

Nān yenrum pugai pidikka mātten!
Saya sekali-kali tidak akan merokok! 

Nī thaniyāga irukkirāya? atau Nīngal thaniyāga irukkirīrgalā?
Awak ada berseorangan kah? 

Seperti yang dilihat kau orang dalam contoh tersebut, binaan bagi kriya wisesana bahasa Tamil itu mempunyai corak yang masuk akal juga. Letakkan kata-kata kriya wisesana di tempatnya di atas itu dan cuba lihat bagaimana ia berfungsi dengan seluruh ayat dalam bahasa Tamil itu.

Untuk yang itu, cubalah kau merujuk kepada senarai bagi kriya wisesana yang sesuai dan gantikannya di bahagian-bahagian yang dipertunjuk dalam contoh atau cubalah perbuat ayat sendiri.

Isnin, 21 Oktober 2013

Bahasa Tamil Brahmin: Kata Kerja Bantuan

Om Swastiastu!
 
Bahasa Tamil Brahmana pada satu masa, sama seperti bahasa Tamil moden, mengasingkan kata kerja bantuan bagi memberikan nilai sempurna, cerminan atau pencirian bagi kata kerja utama. Disebabkan bahasa Tamil Brahmana ini bahasa pasar, jadi ia memakai kata kerja bantuan dalam bentuk berimbuhan jadi kata kerja yang utama itu turut mempunyai ciri-ciri yang sempurna, bercerminan dan juga berciri. 

Kata kerja bantuan berupa cerminan ini tetap sahaja. Sama ada ia adalah kata kohllu (cerminan) yang dipendekkan sebagai imbuhan -ko atau widu (kala bantuan sempurna) yang dipendekkan menjadi -du.

Kata Kerja Bantuan Berciri

Poh (pergi) - Pohyigo (kau boleh pergi)
(mari) - Wāndhugho (kau boleh datang)
Yedu (ambil) - Yedhutugo (kau boleh ambil)
Wokāru (dudok) - Wokāndhugho (kau boleh dudok)
Ciri (gelak) - Cirichugo (gelak malu-malu)

Kata Kerja Bantuan Sempurna

Poh (pergi) - Pohyidu (pergi dari sini!) 
(pergi) - Wāndhudu (mari dari sini!)
Yedu (ambil) - Yeduthudu (ambil bawa balik!)
Wokāru (dudok) - Wokāndhudu (dudok saja lah jangan bangun!)
Ciri (gelak) - Cirithudu (tergelak besar)


Senang dan menarik bukan? Harap-harap masukan ini semua menjadi antara bahan wahana bantuan pembelajaran bahasa Tamil bagi penutur bahasa Melayu. Jarang nak ditemui buku bahasa Tamil yang mengajar guna bahasa Melayu di luar lingkungan mahawidyalaya pun kan? Sudah pandai bahasa Tamil ini jangan lupa ajarkan kepada yang lain. Tak payah nak malu tak payah nak segan! Simpan sorang-sorang tu kedekut sangat tau!

Isnin, 30 September 2013

Senarai Rujukan Ajaran Hindu

Berikut adalah senarai untuk materi ajaran agama Hindu dan kehinduan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia. Rujukan ini hanya untuk kegunaan penganut agama-agama Hindu sahaja. Ia bukan untuk kegunaan mereka yang bukan penganut agama Hindu. Materi akan ditambah dan disunting berdasarkan laman mana yang masih berfungsi.

Hinduisme Umum
Hinduisme di Utara India
Hinduisme di Bali

Pulau Bali adalah sebuah pulau dalam rantau Indonesia dengan majoriti penganut agama Hindu tradisi tempatan. Bahan materi adalah dalam bahasa Indonesia. Ruangan belajar bahasa Bali dan bahasa Jawa Kavi akan disediakan bagi kemudahan penganut Hindu yang bukan berbahasa Bali. 
Hinduisme di Jawa Timur

Beberapa etnik Jawa di Jawa Timur sememangnya tidak pernah meninggalkan agama Hindu. Oleh itu, terdapat beberapa halaman rujukan dibuat oleh penganut Hindu di bahagian Pulau Jawa dalam bahasa Indonesia.  
Hinduisme Tamil

Rabu, 17 Julai 2013

Dharmayatram di Pura Seri Rameswara

Om Swastiastu!

 

Yang ini adalah cadangan bagi dharmayatram penganut Hindu kerana pura raya ini merupakan salah satu daripada paawitra catur dhama di benua Hindu. Video dimuat naik oleh tuan S. Rajamanickam. Pura ini dikenali sebagai Koil Seri Ramanathaswamy, Rameswara di negara Tamil.

Bagi seseorang menyelesaikan dharmayatramnya, maka perlulah dia melalui Rameswara ini. Seusai berdharmayatram di Waranasi, maka perlulah dia turun ke Rameswaram bagi menamatkan dharmayatram. Koil ini terletak di bhumipada Ramanathapuram di negara Tamil. Rameswaram sendiri mempunyai beberapa pura yang terkenal di serata India. Sebenarnya pura ini terletak di sebuah teluk dikenali sebagai Teluk Mannar sebelum ia disambungkan ke mendopo di Tanah Besar melalui jambatan Indira Gandhi yang disiapkan pada 1988. Rameswaram terletak di penghujung landasan kereta api laluan dari kota Chennai ke kota Madurai.

Menurut caritera, Seri Rama membina jambatan Rama Setu atau dipanggil juga Jambatan Adam di sini merentasi lautan ke Sri Lanka bagi menyelamatkan Sita Dewi dari istana Maharaja Rawana. Pura ini merupakan tapak suci yang ditandakan sendiri oleh baginda Seri Rama kerana baginda Seri Rama menjalankan upacara yagna mengucapkan terima kasih kepada Betara Siwa atas bantuan yang diberikan dalam usaha mengalahkan maharaja Rawana di sini. Jadi, tapak pura ini merupakan tapak suci bagi penganut agama Hindu dari kedua aliran iaitu Waisnawa dan juga Saiwa.  

Ahad, 9 September 2012

Selamat Menyambut Krishna Janmasthami

Mukunda Krishna dalam filem Tamil berjudul Dasawataram: 10 Jelmaan Dewa Vishnu Narayan 

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Krishna Janmasthami kepada para penganut Hindu aliran Vaishnava di seluruh dunia tidak mengira sebarang jati keturunannya.

Pejaka di Udupi merupakan tempat kelahiran Sri Mathawacharya. Murti Sri Krishna Bhagawan yang diletakkan oleh beliau juga berada di Udupi. Udupi dikenali lah sebagai "bandar kuil-kuil" kerana mempunyai banyak kuil-kuil purba. Kuil-kuil purba di Udupi ini masih meneruskan perayaan mengingati kelahiran Sri Krishna secara besar-besaran sampai hari ini. Kehadiran Yang Berhormat Sri Vishwavallabha Tirtha Swamiji dari Sodhe Matham yang merupakan antara matham yang didirikan oleh Sri Mathawacharya menambahkan lagi seri majlis puja Sri Krishna.

Janmasthami tahun ini disambut dalam dua hari berbeza kerana ada penganut yang menggunakan penanggalan Adhika. Manakala yang menggunakan penanggalan Surya menyambut perayaan ini sejak kelmarin.

Rabu, 8 Ogos 2012

Dewata Hindu: Karuppusami


Dewa Karuppusamy merupakan dewata yang terkenal dalam kalangan kumpulan masarakat pedalaman di Selatan India utamanya di wilayah Tamil Nadu dan kawasan-kawasan kecil di wilayah Kerala. Karuppusamy merupakan salah satu daripada 21 dewata rakyat yang dikaitkan dengan dewa Ayyannar maka dia digolongkan dalam golongan Kaval Deivam atau dewata penunggu oleh orang Tamil. 

Namanya yang Diseru

Arulmigu manthai sudalaimadaswami, otha pannai dualaimadan, massanasami, vallanattu karuppusami, pattinettampatiyan, maarnattusinnansami, santhanakaruppanasami, periyakaruppasami, sinna karuppasami, paalpaarai muthukaruppasami, mayanakaruppasami, pattakaruppasami, wondikaruppannasami, kaattukaruppar, karuppusami, aaladikaruppanasami, puliyadikaruppanasami, kaaraiyadisinnakaruppasami, karuppanarsami, vettakaruppar, kullakaruppanaar, sangili karuppan, sonaikaruppasami, munnodikaruppasami, manmalaikaruppasami, perungkaadukaruppasami, ponnuveriyankaruppasami, kottaikaruppasami, nondikarupasami, nambagakarupasami, madaikaruppasami, vayakaruppasami, sappaanikaruppar, moodupaaraikaruppannasami, kunankaruparkallal, nondisami, thoppukaruppasami, killikundukaruppasami, malayalakaruppaya, kallankallachikarupparasami, thunganepudhukaruppu, mudakkatrukaruppanaswami.

Seorang itu akan dapat mendengar lima sampai enam nama lain bagi Karuppasami dalam kalangan 21 dewata rakyat yang menjalankan peranan melindungi melalui sistem kepawangan dan kedukunan. 

Lagenda Tentang Karuppusami

Menurut kisah lisan daripada pujari atau sami aadi di Kuil Alagar di Mathurai, Tamil Nadu. Rama menghantar Sita Dewi ke dalam hutan semasa beliau sedang sarat mengandung untuk tinggal dengan Maharesi Vaalmiki di ashram nya. Semasa di ashram, Sita Dewi melahirkan anak lelaki untuk Rama ke dunia. Satu hari Sita Dewi keluar untuk beberapa tugasan dan meminta Vaalmiki menjaga anaknya yang masih dalam buaian. Resi tersebut melihat-lihat anak tersebut kemudian masuk ke tapa nya. Apabila Sita Dewi pulang, beliau mendapati maharesi sedang bertapa dan tidak mau mengganggu nya. Dia terus mengambil anak nya dan berlalu sahaja tanpa memberitahu maharesi yang dia hendak pergi. 

Maharesi lepas sedar dari tapa mendapati anak dalam buaian telah tiada. Jadi beliau meletakkan beberapa helai rumput suci yang dipanggil sebagai Dherbai dalam buaian dan membaca montram untuk merupakannya menjadi seperti seorang bayi. Selepas itu, Sita Dewi pulang dan didapati bahawa Sita Dewi sedang mendukung anaknya. Maharesi berasa bingung pula. Jadi dia meminta Sita Dewi melayan bayi rumput itu seperti anaknya sendiri.

Apabila Sita Dewi pulang menemui Rama, Rama berasa hairan kenapa ada dua orang budak lelaki sedangkan dia ingat Sita Dewi cuma melahirkan seorang sahaja anak lelaki. Untuk memeriksa mana satu anak lelaki itu adalah anaknya maka dia membuat unggun api panjang dan meminta budak-budak itu melintasi api untuk mendapatkan nya. Dia berkata bahawa siapa yang merupakan waris nya sebenar akan melintasi api tanpa dicederakan. Budak lelaki yang merupakan daun rumput itu tersangkut di tengah-tengah dan badannya terbakar lalu berubah menjadi warna gelap.

Jadi Rama tahu apa yang terjadi di hutan dan kenapa ada dua orang budak lelaki. Dia memberi berkat kepada budak lelaki terbakar itu dan budak itu diangkat menjadi kaval deivam. Rama memanggilnya sebagai Karuppanan dan kini disebut orang ramai sebagai Karuppusami. Ini sebabnya kenapa Karuppusami mempunyai tiga garisan atau thirunamam di dahinya. Para pujari atau pemuja akan menyanyikan lagu dengan liriknya memanggil dherbaiyil pirandhayane yang bermaksud terjelma dari rumput suci.

Pemujaan

Pemujaan Karuppanar merupakan pemujaan nenek moyang berdasarkan suku kaum yang sangat lama. Kebanyakan yang menjalankan pemujaan bukan pendita Brahmana dan mereka mendapat kenaikan dalam pemujaan melalui keturunan sahaja sejak turun-temurun.

Bentuk pemujaan adalah bukan menurut agama serta tidak melibatkan sebarang veda. Lagu rakyat dan kesenian tempatan seperti villupattu, karagam dan kootthu dimainkan. Pawang tempatan akan mempersembah bungaan atau vibhuti (abu suci) atau bunga suci kepada pemuja-pemuja serta memainkan peranan sebagai pawang. Banyak jenis orang dari jati yang sama memainkan peranan sebagai pawang menurut tahun. Mereka akan mengambil vradham dan mengekalkan amalan pujaan mereka semasa tempoh mengambil vradham.

Semasa perayaan, pawang-pawang akan mengalami saamiaadudhal atau kesurupan dan memberi pesanan dari dewa Karuppusami kepada orang ramai secara sama rata. Selalunya masalah yang diadukan kepada dewa Karuppusami adalah masalah kewangan, masalah keluarga, masalah masarakat serta pertikaian masyarakat setempat berkaitan dengan keagamaan dan kedewataan menurut keturunan. Orang ramai yang mendapat kurnia dari dewa Karuppusami akan memberi sembahan dan sajian kepadanya menurut apa yang telah diniatkan dalam sumpah mereka untuk memberi sembahan.