Bhaitika


Ia merupakan hari kelima dan terakhir dalam Dipavali. Ia dikira sebagai hari kedua bulan purnama atau sukla paksa dalam bulan Kartika. 

Perayaan ini serupa dengan Raksha Bandhan di peringkat kebangsaan di Republik India. Pada hari ini, kakak dan adik prempuan berdoa untuk abang-abang dan adik-adik lelaki mereka semoga panjang usia, bahagia dan suka sentiasa. Mereka mencalit tika di dahi saudara lelaki mereka dan menghargai mereka.

Rujukan

Mengikut rantau, berbeza pula rujukannya:
  • Bhaiphota di Bengal dan di Bangladesh, dikira sebagai hari pertama atau kedua Kali Puja.
  • Bhaibija atau Bhavabija di negeri-negeri India Barat seperti Gujarat, Goa, Maharashtra dan Karnataka.
  • Bhaitika di Nepal, perayaan kedua terpenting selepas Vijayadasami.
  • Yamadvitiya, selepas peristiwa pertemuan Yamadeva dengan adindanya, Yamunadevi pada hari kedua selepas muncul bulan baru.
  • Bhatru Dvitiya atau Bhatriditya.
Menurut lagenda popular lain, selepas membunuh Narakasura, Bhagavan Krisna melawat adinda baginda, Subhadra yang menyambut hangat kekandanya dengan menghidangkan manisan serta menabur bunga. Kemudian, baginda memberi tilaka di dahi kekanda kesayangannyaitu. Begitulah antara cerita asal-usul perayaan ini.

Perayaan

Pada hari ini, saudara-saudara perempuan menjemput saudara-saudara lelaki mereka untuk menikmati hidangan-hidangan istimewa. Perayaan ini sebenarnya merupakan tanda penghargaan kaum wanita terhadap saudara-saudara lelaki mereka kerana menjaga mereka. Cara tradisi, kaum wanita akan menjalankan arti dengan seikhlas mungkin untuk saudara lelaki mereka dan menyapu tika merah di dahi saudara lelaki. Saudara lelaki kemudian memberi hadiah dan duit raya untuk saudara perempuan.

Di negeri Haryana dan Maharashtra, wanita-wanita yang tiada saudara lelaki boleh memuja dewa Chandra. Kemudian, menyapu inai di tubuh gadis lain. Yang tidak boleh bertemu dengan saudara lelaki mereka, boleh menghantar doa pujaan kepada saudara lelaki menerusi dewa Chandra dengan arti. Itu sebabnya, kanak-kanak Hindu sering merujuk kepada bulan sebagai Chandamama atau mamanda Chandra

Perayaan Kerantauan

Bengal Barat

Ia dimulakan dengan kenduri besar untuk saudara-saudara lelaki serta upacara-upacara agama.

India Barat

Saudara-saudara kandung saling memberi hadiah dan memberi penghargaan sebagai tanda kasih sayang. Di Maharashtra, manisan Basundi Puri dihidangkan.

Nepal

Saudara perempuan bermohon kepada Yamaraja supaya direstui saudara lelaki mereka. Kemudian, tika tujuh warna ditempel di dahi saudara lelaki mereka.