Memaparkan catatan dengan label rohaniah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rohaniah. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Disember 2015

Kehidupan Selepas Kematian

Oṃ Svasti Astu


Masukan kita yang terkini adalah bercirikan alam ghaib atau alam rohaniah. Kita sering tertanya-tanya, apakah yang akan berlaku selepas kematian? Banyaklah agama dunia yang memberikan penjelasan menurut cara dan perbendaharaan kata menurut rantau terbitnya agama tersebut. 

Menurut penganut agama Abrahamic yang terkenal, kehidupan selepas kematian itu dijelaskan dengan perkataan akhirat. Yang mana konsep kerohanian mereka mengenal alam bumi, ajal manusia dan proses pengadilan sebelum kemasukan seseorang manusia itu ke syurga atau neraka. Namun, tiada pula konsep penjelmaan semula "roh" di tiga alam dunia ini seperti yang diajarkan dalam Bhagavadgita.

Bagi penganut agama Hindu dan yang sewaktu dengannya, ada pula kepercayaan kepada penjelmaan semula roh yang didasarkan kepada ajaran bhagavan Krishna. Dalam penelitian pencari-pencari kerohanian Hindu sendiri pun, terdapat beberapa kes yang dicatit dan dikaji yang menunjukkan mengenai penjelmaan semula roh dalam pelbagai jurang waktu kematian seseorang itu di alam bumi. Persoalan yang timbul, ke mana pula perginya roh itu selepass ajal tubuh sehingga dijelmakan semula ia di tiga alam? Sebenarnya berapa banyak alam yang wujud? Yayasan Kajian Sains Kerohanian (SSRF) sebenarnya ada menyediakan rencana sebagai sarana bantuan untuk penganut, manakala kita bawakan pula ke tatapan pembaca agar lebih tersebar meluas.

Sebagai perhatian, pembaca haruslah memahami dahulu konsep triguna atau tiga jaluran tenaga yang diwakili oleh sattva, raja dan tama supaya pandangan alam masyarakat Hindu boleh difahami dan diperjelas dengan mudah.

Isi Kandungan
Alam-Alam Halus di Jagat Raya

Pesanan oleh penaja laman, hargailah kehidupan anda yang kini. Jangan disia-siakan dengan perbuatan yang tidak-tidak. Kelak merana jiwamu.

Isnin, 22 April 2013

Enam Seteru Diri


Swasti Srih!

Tahukah anda apakah Sadripu bagi diri manusia itu? Sadripu itu pertamanya bererti enam musoh. Sadripu yang tersenarai itu adalah....

1. Kama, hawa nafsu
2. Loba, ketamakan
3. Krodha, kemarahan
4. Mada, membesar diri
5. Moha, keterikatan yang memerangkap
6. Matsariya, kedengkian

Kesemua enam musoh inilah yang akan mengikat rohani seseorang dalam laluan jelmaan dan kematian lalu menjadikannya tersangkut dalam alam duniawi atau kebendaan yang dikurung oleh maya. Tiga yang awal itu utamanya membawa seseorang masuk ke neraka....Ini enam perkara sangatlah ditakuti oleh kaum pertapa tidak mengira dari jati Brahmana atau pun dari dalam kalangan kaum Sharmana jika dibandingkan dengan hantu setan.

Mereka yang membebaskan dirinya daripada enam musoh ini sahajalah yang mampu mencari jalan kelepasan dan kebebasan iaitu moksa.

Selasa, 15 Januari 2013

Pengenalan Chakra


Dalam sesetengah tradisi agama Hindu dan juga kepercayaan lain, ada sebutan mengenai pranna atau kuasa kehidupan atau tenaga penting. Chakra terletak di titik-titik penting pada tubuh manusia contohnya di urat saraf jantung, sistem saluran darah dan saraf. Ada banyak jenis sastera menyebut tentang chakra. Chakra membawa maksud roda atau pun pusingan. Konsep ini ada dalam tradisi tantra dan yogi dalam ajaran agama orang Hindu dan penganut ajaran Buddha. 

Dalam pemandangan semula sejarah Tantra oleh Bhattacharya, beliau menyebut bahawa chakra boleh membawa pelbagai makna menurut sumber-sumber tulisan Sanskrit:

1. Bulatan yang digunakan dalam pelbagai makna yang membawa maksud pusingan tak pernah berakhir sakti.

2. Satu bulatan manusia. Dalam upacara ada chakra sadhana berbeza yang mana pengikutnya itu berkumpul dalam bulatan bagi menjalankan upacara. Menurut kepada Niruttaratantra, chakra dalam hal ini merujuk kepada perkumpulan dalam lima jenis. 

3. Istilah chakra digunakan bagi menandakan jantra atau pun rajah kerohanian yang dikenali sebagai trikonachakram, ashtakonachakram dan lain-lain. 

4. Pelbagai jenis urat saraf dalam tubuh.

Dalam sastera penganut Buddha, chakra digunakan bagi merujuk kepada konsep putaran kelahiran semula yang mengandungi enam tahap kelahiran sesuatu makhluk itu dijelmakan semula. Bahasa Yunani menyebut chakra sebagai kuklos.

Sementara saluran pernafasan atau nadi dari amalan yogi sudah dibincangkan dalam pustaka Upanishad, sampailah kepada abad ke-8 masehi apabila penganut Buddha dari cabang Hewajra Tantra dan Charyagiti memperkenal tahap-tahap dalam sistem chakra. 

Ciri-Ciri

Ajaran-ajaran dari para guru mempersembah bilangan chakra yang berbeza-beza. Juga, bahagian-bahagian tubuh yang berbeza dianggap sebagai chakra. David Gordon menekankan:

"Pada hakikatnya, tiada sistem piawai bagi chakra. Setiap aliran, kadang-kadang setiap guru dalam aliran itu mempunyai sistem chakra mereka tersendiri".

Ciri-ciri berikut adalah sama sahaja dalam mana-mana aliran:

- Chakra membentuk bahagian tubuh, bersama dengan saluran pernafasan atau nadi dan juga angin atau vayu.

- Terletak sepanjang saluran tengah iaitu sushumna atau avadhuti.

- Dua bahagian saluran merentasi saluran utama pada kedudukan chakra-chakra itu.

- Ia mengandungi sejumlah kelopak atau cabang roda.

- Umumnya dikaitkan dengan Bijakshara Mantra dan selalu juga dikaitkan dengan dewata-dewata dan pelbagai warna cahaya dalam alam.

Chakra dalam Tantra Hindu

David Gordon White menjejaki populariti moden sistem chakra Hindu yang tujuh itu dari tulisan Arthur Avalon berjudul Kuasa Naga, yang merupakan terjemahan dari karya lewat Satchakranirupana. Yang sebetulnya, ada beberapa model dan sistem yang terdapat dalam sastera tantra seperti tercatat dalam dokumen White. Kundalini salah satunya adalah ciri dalam sistem chakra.

Chakra dalam Tantra Buddha

Ia amat penting dalam cabang aliran Buddha Vajrayana di India dan Tibet. Ia memainkan peranan penting dalam tahap penyempurnaan amalan iaitu apabila cubaan dibuat bagi membawa angin halus dari tubuh ke saluran pertengahan, bagi menyedari cahaya nikmat yang terang dan kekosongan seterusnya mencapai pencerahan.  

Sistem chakra dalam aliran Vajrayana menyatakan bahawa avadhuti atau saluran tengah bermula pada titik mata ketiga, melengkong ke atas sehingga ke mahkota kepala dan seterusnya lurus ke bawa tubuh. Ada dua saluran sampingan iaitu rasana dan lalana yang bermula pada lubang hidung dan turun sampai ke bawah tubuh. Apana Vayu mentadbir penamat bawah pada ketiga-tiga saluran ini. Pengujung akhir dan tengah saluran ini berada di dubur. Pengujung lalana pula berada di saluran pundi kencing. Rasana pengakhirannya di saluran yang mengeluarkan air mani.

Saluran sampingan pula selari dengan saluran tengah kecuali pada kedudukan seperti di pusat, jantung, tekak dan mahkota apabila kedua-dua saluran sampingan itu bersimpul sekeliling pada saluran tengah. Pada pusat, tekak dan mahkota, terdapat satu simpulan dua lipatan disebabkan oleh kedua-dua saluran itu bersimpul sekali sekeliling pada saluran tengah. Pada chakra jantung ada simpulan enam, tiap-tiap saluran sampingan berputar padanya tiga kali. Bahagian penting pada tahap kesempurnaan amalan melibatkan peleraian simpulan dan meluruskan simpulan-simpulan.  

Dalam chakra-chakra ada pula titisan-titisan halus. Titisan putih wujud pada mahkota, titisan merah pada pusat, dan pada hati ada titisan merah dan putih yang tak boleh dihapuskan. Titisan merah putih akan meninggalkan tubuh pada waktu kematian seseorang.

Tambahan pula, chakra-chakra ada sejumlah kelopak, yang kemudian terpecah pula kepada ribuan saluran kecil yang mengalir ke setiap bahagian tubuh yang setiap satunya mengandungi satu aksara Sanskrit. Dengan menumpukan kepada chakra tertentu iaitu semasa menahan nafas, angin halus akan masuk ke saluran tengah. Chakra di mana angin tersebut masuk adalah penting bertujuan untuk berada dalam kesedaran semasa amalan tertentu. Contoh, menumpukan kepada bahagian bawah pusat penting semasa amalan tummo atau menghidupkan api dalaman. Bertapa dengan chakra jantung pula penting bagi menyedari cahaya terang. Bertapa dengan chakra tekak penting untuk mimpi yang cerah dan amalan yoga dalam mimpi. Bertapa dengan chakra mahkota pula penting untuk sinaran kesedaran, sama ada ke dunia lain atau ke jasad lain.

Kesan kepada ketidakseimbangan tenaga antara chakra adalah perasaan tak puas hati berterusan. Apabila chakra jantung meletus, orang ramai akan hilang hubungan dengan perasaan dan sentuhan, ia kemudian menghasilkan rasa tak puas hati. Ia membawa kepada pencarian di luar bagi memenuhi ketidakpuashatian. Apabila orang tinggal di luar kepala hotaknya, perasaan-perasaan menjadi yang kedua. Ia merupakan tafsiran rupa pemikiran yang diberi balik kepada orang itu. Apabila kesedaran ditumpukan pada ingatan pengalaman masa lampau dan penuturan ingatan pemikiran, tenaga mengalir ke chakra kepala pun meningkat dan tenaga ke chakra jantung pula kurang. Tanpa pemupukan perasaan hati, bentuk halus kegelisahan timbul yang menyebabkan diri kita keluar bagi mencari pengalaman.

Apabila chakra tekak diamankan, dan tenaga disebarkan merata-rata antara chakra kepala dan jantung, seseorang itu mampu untuk benar-benar berhubung dengan deria dan menyentuh perasaan sebenar.

Jumaat, 28 Disember 2012

Cakera Senjata Tajam VI


70. Kebahagiaan dan kegembiraan kita datangnya dari para Buddha. Para guru, ajaran-ajaran mereka dan mereka yang tinggal yang bersama mereka. Namun, kita masih memberi sembahan kepada para hantu dan roh-roh. Semua petunjuk kita yang terserlah dari ajaran-ajaran. Namun kita masih cuba memerangkap mereka yang memberi nasihat-nasihat ini. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

71. Kita ingin berumah dalam asrama dan biara. Namun akibat gangguan-gangguan sekeliling, kita berusaha ke pekan. Kita dengar kepada perbincangan agama yang mengajarkan amalan-amalan ariya, namun kita masih membuang masa dengan tilik nasib dengan dadu. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir! 

72. Kita meninggalkan sumpah menjadi sami, jalan yang benar bagi mencapai kebebasan. Kita lagi suka berkahwin, beranak pinak dan berumah tetap. Kita sudah pun membiarkan peluang kebahagiaan terbang ditiup angin lalu meneruskan kesengsaraan seterusnya, masalah yang teruk dan kecelakaan. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir! 

73. Menyekat amalan kita demi mencapai kebebasan, kita melencong mencari keseronokan dan perniagaan. Kita menerima tubuh dengan pemberian yang bernilai. Namun kita menggunakannya hanya semata-mata untuk masuk ke kelahiran bagaikan neraka. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

74. Tanpa mempedulikan kesan-kesan yang ajaran boleh bawa kepada kita, kita keluar untuk urusan keuntungan dan mencapai kebaikan diri sahaja. Meninggalkan segala ceramah-ceramah berhikmah guru-guru kita, kita merayau-rayau di tempat berlainan mencari keseronokan sementara. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

75. Kita menimbun segala yang menjadi kepunyaan kita, tidak mahu menggunakannya pun. Dan merampas semua makanan kita dan pakaian dari kawan-kawan. Kita letakkan di sebelah kita harta pesaka bapak kita, lalu merampas hak orang lain sesuka hati kita. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

76. Menakjubkan sekali tentang betapa kurang tabahnya kita, untuk bertapa namun kita masih berpura-pura. Seolahnya kita sudah mencapai kesaktian lalu menipu orang lain. Kita tak pernah pun bertemu dengan jalan hikmah yang dalam, namun berlari ke sana ke sini walaupun sebenarnya ia tak perlu. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

77. Seseorang itu memberi nasihat kepada kita dari kedalaman hatinya, demi kebaikan kita namun kedengaran menyakitkan di telinga kita. Dan dalam kemarahan membara kita melihatnya seperti seorang musuh. Tetapi apabila seseorang tanpa sebarang "perasaan" terhadap kita dengan muslihatnya benda yang ingin kita dengar, tanpa mempertimbangkannya dan berfikir kita menunjukkan maklumbalas. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

78. Apabila orang lain menganggap kita ini kawan tercintanya dan rapat dengannya, lalu terkait dalam keyakinan yang ketat sebagai diketahui mereka. Kita mendedahkan rahsia-rahsia mereka terutamanya kepada musuh-musuh mereka. Apabila kita mempunya kawan yang sentiasa bersama kita, kita mencari titik-titik kelemahannya supaya kita boleh menyeksanya. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

79. Kedengkian kita itu kuat dan apa sahaja yang diperkatakan, kita sering sahaja bersikap ragu-ragu tidak percaya, kita ragui tentang apa yang diperkata. Kita menyusahkan, kepala angin dan sukar untuk dilayan. Menunjukkan perangai yang buruk kepada orang lain. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!     

Sabtu, 3 September 2011

Buddha Wairocana

 Buddha Wairocana bersepuh gangsa di Kuil Pulguksa di negara Korea

Wairocana atau Mahaawairocana merupakan Buddha langit yang selalu ditafsirkan sebagai sarira tenang bagi tokoh sejarah iaitu Gautama Buddha. Ia ada diterangkan dalam Sutra Bunga Malai. Buddha Wairocana boleh juga dirujuk sebagai Buddha Dharmakaya atau Buddha Mahaasurya. Dalam aliran Buddha di Jepun, Wairocana dilihat juga sebagai jelmaan sangkalpana shunyata atau kekosongan.

Sangkalpana Pancha Jnaana Buddha dari aliran Vajrayana menjadikan Wairocana sebagai tumpuan mereka. Peneman kepada Wairocana adalah Tara Putih. Bagi setiap Dhyani Buddha, ada pula sambaddha Buddha wanita menurut tradisi Tibet. Wairocana yang ini bukan Wirocana yang muncul dalam bab kelapan Chandogya Upanishad sebagai raja kaum Asura itu.

Itihasa Kebaktian

Wairocana Buddha pertama kalinya diperkenal dalam Sutra Jaring Brahma:

Kini, aku, Wairocana Buddha sedang duduk di atas teratai. Di atas seribu bunga mengelilingi aku ada seribu Sakyamuni Buddha. Setiap bunga itu menyokong seratus juta dunia. Dalam setiap dunia ada pula Buddha Sakyamuni yang muncul. Semuanya diperduduk di bawah sebatang pokok Bodhi. Semuanya dalam masa yang sama menerima pencerahan. Semua Buddha yang tidak terkira banyaknya ini ada Wairocana dalam sarira mereka.

Wairocana ada juga disebut dalam Sutra Bunga Malai. Walau bagaimanapun, siddhanta Buddha Wairocana ini didasarkan kebanyakan ajarannya dari Sutra Mahawairocana. Ia dikenali juga sebagai Mahaawairocana Abhisambodhi Tantra. Yang paling sedikit sebutannya walaupun ada disebut terdapat dalam Sutra Wajrasekhara yang dikenali juga sebagai Sarwatathaagatattwasangraha Tantra.

Ia juga disebut sebagai nama lain bagi Buddha Sakyamuni dalam Sutra Tapa Kebenaran Sarwabumi Bodhisatwa yang tinggal di satu tempat yang dipanggil "Cahaya Selalunya Menenangkan." Wairocana merupakan ciri yang selalu ada dalam aliran Buddha orang Cina seperti Hua Yen, juga dalam aliran Jepun seperti Kegon dan Shingon. Wairocana merupakan tokoh utama dalam aliran Shingon. 

Dalam aliran Buddha Cina-Jepun, Wairocana lama kelamaan digantikan oleh Amitabha. Hal ini terjadi disebabkan oleh peningkatan populariti aliran Buddha Bumi Suci. Namun warisan Wairocana masih lagi wujud dalam aliran Buddha Shingon di kuil Todaiji di Jepun. Mereka mempunyai rupa Buddha Wairocana besar diperbuat daripada tembaga. 

Semasa tahap awal penginjilan di Jepun, para penginjil Kristian Katolik seperti Francis Xavier dialu-alukan oleh sami Buddha Shingon di sana kerana dia menggunakan istilah Dainichi bagi merujuk kepada Jesus Kristos. Dainichi merupakan nama Jepun bagi Wairocana. Selepas mengetahui makna sebenar perkataan tersebut barulah Xavier mengubah rujukan Tuhan orang Kristian kepada perkataan Latin iaitu Deusu. 

Sami Shingon, Dohan menganggap dua Buddha yang agung iaitu Amitabha dan Wairocana sebagai satu sahaja dan merupakan Dharmakaya Buddha yang sama. Keduanya merupakan penjelmaan sebenar dan asas kepada segala kejadian.

Ada beberapa pewujudan yang boleh meningkat kepada pengamal Shingon atau jalan mantra berhubung dengan apa yang diperkatakan oleh Dohan. Dr. James Stanford menggariskan bahawa adanya Amitabha sebagai Dharmakaya bagi Buddha, Wairocana, kemudian wujudnya Amitabha sebagai Wairocana yang abadinya menjelma dalam sarwajagat masa dan ruang. Akhir sekali, ada pewujudan yang paling dalam bahawa Amitabha merupakan ciri yang sebenar, jasadiah dan rohaniah. Ia merupakan jasad tak terhad pengetahuan, ia tidak dilahirkan, tidak dijelmakan, hakikat yang tiada berubat yang berehat tenang di dasar semua kejadian.

Berhala dan Rupa

Berkenaan dengan kekosongan, rupa Wairocana yang besar dan berkilauan menjadi peringatan bahawa semua kewujudan yang ada dalam ruang ini kosong saja dan tiada jati yang kekal. Rupa Wairocana di kuil Todaiji di Nara merupakan rupa yang terbesar sekali di dunia bagi Buddha Wairocana.

Rupa Wairocana dalam bentuk tugu terbesar sekali ada di Bamiyan di Afghanistan sudah diletupkan Taleban. Di Jawa ada candi Mendut yang dibina pada abad ke-9 M dekat dengan candi Borobodor di Magelang. Candi tersebut dibina oleh dinasti Sailendra untuk merumahkan berhala Buddha Dhyani Wairocana. Berhala tersebut merupakan patung batu berukir Buddha Wairocana didudukkan dengan mudra Dharmachakra. Berhala itu ada sebaris dengan Bodhisatwa Avalokiteswara dan Vajrapani. Kuil Buddha Musim Bunga di Lushan wilayah Henan dalam negara China pula mempunyai patung Buddha tertinggi sekali di dunia berketinggian126 m.