आहुः सत्यं हि परमं धर्मं धर्मविदो जनाः ... Mereka yang berpengetahuan dharma itu menyatakan bahawa Kebenaran itulah dharma tertinggi - Ramayana, Kaikeyi 2.14.13
Memaparkan catatan dengan label veda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label veda. Papar semua catatan
Khamis, 20 November 2014
Ilmu Hitam dan Sihir
Dunia Roh dan Ilmu Hitam
Mengenai Ilmu Hitam
Simptom Terkena Ilmu Hitam
Simptom-Simptom Tambahan Gangguan
Mengubati Diri Sendiri
Rumah Dibayangi oleh Roh Jahat
Oleh: Mony Siṃha
Sumber: Hikmat Veda-Veda; Śarīr Lakṣaṇa Vijñāna (5000 tahun lampau)
Sila diketik judul-judulnya untuk membaca, terima kasih.
Label:
agama hindu,
ilmu hitam,
mistik,
vamacara,
vamamarga,
veda
Sabtu, 2 Mac 2013
Pengajian Chatur Veda
Paramacharya Kanchi
Perkara mengenai negara India sejak 100 tahun yang lalu atau pun berkenaan dengan veda-veda yang dibawa ke pengetahuan orang ramai di negara seluruh dunia, di tanah veda-veda ini adalah dari karya-karya ilmiah Orientalis Barat.
Walaupun pengetahuan yang dibawa menerusi pengkajian mereka itu merupakan sesuatu yang kita hargai, namun di India ini seperti yang kita sedia maklum, tujuan utama veda adalah untuk dihafal dan dibacakan dengan betul, dengan bunyi yang betul atau adhyayana. Hal ini tidak dapat dilakukan oleh penerbitan-penerbitan tersebut. Veda-veda dicetak keluar dan disimpan di perpustakaan tanpa dibaca dan dipelajari pembacaannya akhirnya hanya akan menjadi bahan pameran seperti di muzium sahaja walhal turunan masa hadapan yang jika membacanya akan beroleh sesuatu yang berguna dan bermanfaat kerana isi kandungannya itu.
Veda-veda sebenarnya mempunyai tujuan yang pelbagai. Ia mestilah dipelajari dan disimpan dalam hati fikiran manusia, difhami dengan menyebut manteranya dengan betul melalui pembelajaran dengar dari guru. Mantera veda itu lah nanti yang akan menjadi panduan dalam kehidupan harian kita, dalam karma anushtaana, dalam tapa semadhi, dalam iswara aardhana dan lain-lain. Jika di India, veda mengekalkan kepentingan asalnya sampai ke hari ini, ia adalah disebabkan oleh seloka-selokanya yang diulang-ulang oleh guru dan siksha, kemurnian bunyi dan tekanan suaranya yang dikekalkan dalam proses pembelajaran.
Dengan hanya mengamalkan suruhan-suruhan veda sahaja maka kita akan memperolehi rahmat Tuhan, sama ada untuk kebajikan diri kita atau untuk seluruh dunia. Makanya, dengan hanya memelihara veda dengan cetakan-cetakan sahaja tidak lah mampu memberi kita manfaat sebagai yang diperlukan. Hakikatnya juga, veda-veda diwangsit bukanlah bertujuan untuk dituliskan atau dibaca. Veda adhyayana menekankan siksha yang mendengar dari mulut guru untuk mengulang sebutan ajarannya. Itulah sebabnya dalam karya klasik Tamil purba, kitab veda dirujuk sebagai ezhutakkilavi atau kitab tak bertulis. Veda paataakaas yang belajar dari kitab-kitab dimasukkan dalam kalangan enam kelompok cendekiawan rendah. Lima kelompok veda patakaas adalah yang membacakan kitab veda dengan menurut tekanan bunyian berlagu, yang membaca cepat, yang membaca sambil menggeleng kepala dan yang membaca dengan suara yang tidak enak didengar disebut dalam seloka ini.... Geetee seeghree sirahkampee tatha likhita paatakah anarthajnah alpakanthscha shadete paatakaadhamaah....
Pengajian veda-veda telah dihadkan hari ini kepada kelompok purohitam yang sebenarnya tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya pun dalam masyarakat. Kebanyakan purohitam pun hanya belajar pada kulitnya sahaja dan tidak peduli langsung pun dengan makna-makna bacaan mantera veda. Pada memandang hal ini, adalah ditakuti bahawa adhyayana veda akan terhapus, kalau bukan sekarang mungkin di masa depan!!! Bagi mengelakkan keadaan sebegitu, satu amanah swasta dibentuk dengan memberikan ganjaran tanah sebagai dana bakti kepada sesiapa yang mempelajari veda menurut tradisi dan adat istiadat.
Kira-kira enam tahun lepas, statistik ada menunjukkan bahawa sesiapa yang menyempurnakan adhyayana veda dalam setiap saakha (cabang) akan dikurniai hadiah. Dana berbentuk elaun ada diberikan kepada siksha bagi setiap saakha yang berminat untuk belajar veda bhaashiya di bawah seorang guru terlatih. Separuh peperiksaan tahunan diadakan juga memberikan ujian dari veda, veda bhaashiya dan sambhaawanaa kepada calon yang terpilih.
Ramai orang kesal lah kerana terpaksa menjalani pelbagai upacara yang tersebut dalam sastram tanpa memahami makna-makna mantera yang digunapakai. Ambil sahaja upacara perkahwinan sebagai contoh. Masalah kemudian hari terjadi dalam perkahwinan mereka adalah disebabkan oleh kejahilan mereka terhadap erti mantera yang dibacakan pedanda. Mereka cuma disuruh mengulang bacaan mantera. Jikalau erti mantera diterangkan oleh orang yang mahir kepada mereka, maka mereka akan mampu menjalani upacara dalam hidup mereka dengan kefahaman yang lebih baik dan penuh bakti. Hal yang sama sepatutnya juga digunapakai dalam upacara upanayana dan samskara lain. Veda adhyayana tanpa memahami ertinya maka laksananya memelihara tubuh yang tidak berjiwa.
Mantera dari veda-veda yang diucapkan dengan pengetahuan tentang artinya akan membawa kepada papapariharam atau penghapusan dosa, arishtasaanti atau pencairan kejahatan dan meletakkan jalan ke arah Brahmasaakshaathkaara atau menyedari Tuhan. Veda-veda ini adalah akar kepada pertumbuhan agama Hindu. Semua amalan dalam perayaan dan upacara bagaikan dedaun dan buahan dari pohonan yang menerima zat-zatnya dari akar veda. Walaupun akar itu terbenam dalam lumpur, bahagian dalaman akar itu segar dan bersih seperti juga buahan dan bungaan yang di atas.
Tiada gunanya berasa megah dan terhutang apabila veda-veda mula dicetak, ditulis dan diterbit oleh sarjana Barat. Bagi kita, adhyayana veda dan pengamalannya dalam samskara harian terlebih penting daripada itu. Untuk tujuan itu, maka perlunya penganut agama Brahmana memahami sambil belajar erti-erti mantera serta membacakaannya dengan cara yang diajarkan.
Selasa, 27 November 2012
Laksmi Kubera Homam
Homam ini diijalankan untuk kemewahan hidup, pertumbuhan kewangan, perkahwinan dan kejayaan. Ia juga menolak halangan dalam perniagaan sekiranya anda adalah seorang saudagar. Semua makhluk yang terjelma di dunia menikmati kebahagian menurut kepada karmma mereka.
Dewi Laksmi dan Kuberan merupakan kepala bagi upacara homam ini. Dewi Laksmi merupakan penjasadan kepada kekayaan, kemakmuran dan kemewahan. Dewa Kuberan juga akan merahmati pengikutnya yang bakti dengan keselesaan hidup dan kemewahan. Homam ini adalah untuk mendapatkan pertumbuhan dalam kebendaan dan kemakmuran berkaitan dengan kehidupan. Hari yang baik bagi menjalankan homam ini adalah hari Jumaat Sukra Hora. Ia boleh juga dijalankan pada Chiturthi, Panchami, Chiturdashi atau Purnima Tithi.
Manfaat homam ini adalah ia melepaskan anda daripada hutang. Menambahkan dan melancarkan perjalanan kewangan anda. Homam ini bermanfaat kepada para saudagar atau peniaga dan kepada orang perseorangan yang berminat menambahbaik kehidupan kebendaan mereka.
Mantranya berbunyi: "Om shriim kuberaaya namahak"...
Bahan Pemujaan
1. Cabang ranting pokok Pipal.
2. Cabang ranting pokok Mara Puteh.
3. Cabang ranting pokok Hosher.
4. Nasi puteh.
5. Ponggal atau nasi dimasak dengan susu meruap.
6. Nasi gula.
7. Susu.
8. Purnahari iaitu sabut kelapa dan barang wangian seperti bunga.
9. Lalang air terjun.
10. Kapur barus.
11. Bertih.
12. Rumput Kirati.
13. Minyak sapi.
14. Bunga teratai puteh satu merah satu.
Sebelum memulakan homam puja, kena lah menyembah kepada dewa Vigneswaran dahulu. Ia bertujuan supaya puja anda tidak mengalami sebarang masalah. Sebut satu-satu nama orang yang ingin puja dijalankan atas nama mereka. Nama mereka itu dipahat dengan tulisan Pallawa di atas kertas tembaga. Tujuannya adalah mewakili orang-orang yang ingin menjalankan puja itu dalam menerima berkat dewata. Jadi berkat homam juga akan sampai kepada mereka.
Brahmana akan menjalankan homam kepada dewa Vigneswaran. Kunyit bercampur air akan disembahkan. Nama-nama akan dipersembah kepada dewata untuk tujuan berkat. Puja dijalankan kepada dewa Kuberan pula. Api akan dipusingkan di hadapan dewa Kuberan. Pedanda akan membuat saweru mudram untuk meminta tenaga dari dewa Kuberan selepas menuang bunga dengan tangan bagi menjalankan upacara.
Puja homam pun dimulakan dengan bunyian loceng bagi menghalau setan. Ia juga memberi amaran kepada orang lain bahawa puja sedang dijalankan di situ dan tumpuan diperlukan bagi pemujaan jadi orang ramai akan membantu pemujaan dijalankan dengan lancar. Bunga dipersembah dan ada matra-matra berlainan dibacakan bagi homam yang berbeza. Rempah-rempah dan rumput dipersembah kepada dewa Agni atau api. Bauan dari asap yang keluar dari bahan rempah dibakar membantu kesihatan orang sekeliling.
Langgan:
Catatan (Atom)


