Memaparkan catatan dengan label dewi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dewi. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Mac 2014

Abirami Andhadhi Bhakti Sangitam

Om Svastiastu!

 

Prakata

Abirami Andhadhi ini dinyanyikan sepenuhnya oleh Dr. Sirgazhi Govindarajan dengan gambar-gambar indah dewi Abhirami. Ia dimuatnaik oleh Dolphin AR. Ramanathan. Koresponden Sekolah Dolphin di Mathurai bagi kebajikan pengikut dewi pada 2 Jul 2013. Dinasihatkan pendengar membeli cakera padat asalnya dari SareGama Records yang memiliki hak penerbitan. Bagi pihak En. AR. Ramanathan, kita meminta jasa bakti supaya beliau dibenarkan memuat naik video ini dengan tujuan kebaktian serta sevaka untuk penganut Hindu lain. Ia tidak dimuat naik bagi tujuan komersil. Sebaliknya untuk mendidik samudaya lokam mengenai kebudayaan India Selatan yang purba menerusi bahasa Tamil Kavi oleh Abhirami Bhattar. Semoga  dewi melimpahi karunia bagi penganut baginda, keluarga Dr. Sirgazhi, penerbit SareGama, dan encik Dolphin AR. Ramanathan yang memuat naik.- Google Translate .......

Sabtu, 8 Februari 2014

Mantra Dewi

Om Svasti Astu!

 

Kumpulan mantra dewi sakti...

Ahad, 13 Oktober 2013

Saudari-Saudari Mambalam: Mahesasura Mardini

Om Swastiastu!

Semoga tuan-tuan dan puan-puan sekelian suka hati senang hatinya menikmati bacaan stotram untuk Dewi... Boleh dibaca bersama-sama juga.

 

1. Mahesasura Mardini
2. Astalaksmi Stotram
3. Sri Ambha Pancaratnam
4. Sri Laksmi Kawacam
5. Sri Stuthi
6. Sri Thulasi Stotram

!Om.. Shanti... Shanti... Om!

Jumaat, 30 Ogos 2013

Laksmi Puja

Om Swastiastu


Pemujaan Sang Hiyang Haji Laksmi atau Dewi Sri ini merupakan upacara yang dilaksanakan semasa Hari Raya Dipawali. Menurut tradisi, orang ramai akan menyalakan panjutan pelita di luar rumah mereka semasa hari Dipawali dengan harapan moga Sang Hiyang Dewi Sri turun memberkati mereka sekeluarga.

Dewi Sri Laksmi dipujalah oleh mereka yang ingin mendapatkan tuah dalam perjalanan mendapatkan kemewahan atau mengekalkan kemewahan kemakmuran mereka. Dipercayai bahawa Dewi Sri akan pergi ke rumah yang bersih dan rumah mereka yang rajin bekerja. Baginda Dewi Sri tidak inginlah pergi ke tempat yang kotor, tak bersih dan orangnya pemalas. 

Dalam falsafah Sri Waisnawa pula, Dewi Sri ini dihormatilah sebagai "Eswari sarwa bhutanam" yang ertinya itu Dewi Agung dan bukan sekadar sebagai dewi pembawa tuah kemewahan. Ini adalah perbedaan yang penting antara falsafah Sri Waisnawa dengan falsafah kebendaan lain. 


Ketika Bertuah

Hari ketiga Hari Raya Dipawali merupakan hari penting dalam pemujaan Dewi Sri dan ia seluruhnya ditujukan hanya kepada Dewi Sri. Pada hari matahari masuk ke gelungan kedua dan melepasi bintang Tularasi (Libra) yang diwakili oleh timbangan.

Makanya, lambang timbangan ini dipercayai menjadi lambang kepada buku kira-kira dan penutupan kira-kira. Walaupun hari itu jatuh pada malam gelap amawasya, namun ia masih dianggap sebagai ketika bertuah. Bunyian-bunyian yang menyenangkan hati dari genta, serunai dan gendang memenuhi pura pada pemujaan menyeru Dewi Sri dalam upacara perlambangan hati bermandi cahaya suci. Diceterakan bahawa Sang Dewi turun dari kahiyangan ke bumi dengan tangga-tangga bercahaya menyinari bumi sambil diiringi dengan bacaan mantra weda. 

Cahaya halus weda pengetahuan menyinari kemanusiaan dan pencerahan diri ini nanti ditonjolkan menerusi panjutan pelita yang dipasang dengan bermacam-macam cara oleh penganut agama orang Hindu. Kalau di Asia Tenggara, dipasanglah panjut pelita, pelita minyak tanah dalam rupa yang kita lihat seperti biasanya di Hari Raya. Kalau di India, dengan pelita minyak India itu lah. Sinaran cahaya lampu itu menyinari istana-istana orang kaya dan begitu jua lah gubuk-gubuk orang miskin. Dipercayai, Dewi Sri berjalan menerusi padang-padang menghijau dan berhenti-henti sebentar menerusi jalan-jalan bagi memandikan karunianya kepada manusia supaya mereka bertuah dengan kemewahan dan kemakmuran.   

Puja Dewi Sri ini merupakan peristiwa utama di Utara dan Barat India. Ia penting sekali bagi memastikan rumah penganut bersih dan murni pada Hari Raya. Dewi Sri sukalah dengan kebersihan, dan baginda melawat rumah yang paling bersih dulu. Makanya, penyapu pun ditabik pada hari ini dengan semahan debu kunyit dan kumkum. Pelita dipasang pada petang hari menyambut Sang Haji Dewi. Ia dipercayai menerangi laluan Dewi Sri yang memang sudah gemerlapan sinarannya.   

Pemujaan Dewi Sri mengandungi pemujaan gabungan lima dewata semuanya. Sang Ganesa dipuja pada mula setiap upacara sebagai tindakan membuka tuah apabila baginda nanti berperanan menjadi Sri Wiganeswara. Dewi Sri dipuja dalam tiga rupa baginda iaitu Mahalaksmi bagi mewakili wang dan tuah kemewahan, Mahasaraswati mewakili pustaka weda dan pembelajaran serta Mahakali. Kuberan yang menjadi bendahari bagi Sang Hiyang Dewata sekelian dipuja jua dalam pemujaan Dewi Sri Laksmi walaupun baginda ini dari kelompok asura.    

Sabtu, 24 Ogos 2013

Dewata Hindu: Dewi Pratiyangira

Om Swastiastu


 

Dewi ini berkaitan dengan Sakti. Sakti adalah konsep agama orang Hindu yang menyentuh tentang tenaga dalam jagat raya yang merupa wanita. Baginda dewi Pratiyangira ini digambarkan bermuka singa dan bertubuh manusia. Gabungan singa dan manusia ini mewakili pertimbangan kebaikan dan kejahatan. Nama lain dewi ini adalah Sri Atharwana Bhadrakali yang dikenalpasti dalam Atharwaweda sebagai rupa jelmaan Kali.

Itihasa

Seperti tercatat dalam Markandeya Purana. Pada permulaan Satya Yuga, begawan Narasimha iaitu jelmaan Betara Wisnu membunuh raja Hiranyakasipu dengan mencarik-carikkan tubuhnya dan meminum darahnya. Sebab dendam yang ada dalam tubuh raja Hiranyakasipu dan juga kesan darah manusia itu, begawan Narasimha menjadi mabuk darah dan tak berhenti-henti minum darah. Bagi menenangkan baginda, Betara Siwa dengan kesaktian kasih sayang turun sebagai begawan Sarabeswara berupa burung dan manusia.

Tatkala dilihatnya begawan Sarabeswara, begawan Narasimha pun mencetuskan Ganda Berunda iaitu burung berkepala dua yang berlawanan dengan begawan Sarabeswara. Disebabkan itu, begawan Sarabeswara menjadi murka lah lalu berubah menjadi Bhairawa dan mencetuskan dewi Pratiyangira dari mata ketiga baginda. Dewi itu memakan burung itu, murka amatlah dewi itu sehinggakan dewata kayangan lain pun tak pernah nampak sesiapa pun semurka dewi itu. Dewata kayangan sekelian memujinya kerana berjaya menenangkan begawan Narasimha dengan duduk di ribaannya. 

Setengah orang pula percaya pada samaya purwa apabila dua resi bernama Pratiyangira dan Angiras bertapa semadi lalu ditemui seorang dewi menerusi mula mantram yang tak bernama. Dewi itu memberi penghormatan kepada mereka dengan dipanggil dewi itu sempena nama mereka maka melekatlah nama Pratiyangira kepada panggilan dewi itu.    

Nama lain lagi bagi dewi ini adalah Narasimhika yang merujuk rupa baginda seperti singa tapi bertubuh manusia. Dipercayai baginda dewi mengibas-ngibaskan rambutnya sehingga terseret-seret bintang di jagat raya. Dewi ini dipercayai sangatlah sakti pada menawarkan pengaruh yang dijana oleh santet. Dalam pemujaan Sri Cakram, baginda dewi melindungi pemuja baginda daripada masalah dan menolong mereka menuju kepada jalan kerohanian. Baginda dewi selalunya dilambangkan sebagai karunia dalam aksara "ksham".

Dalam Sastera

Baginda dewi ada tersebut dalam Ramayana. Tatkala Indrajit menjalankan Nikumbala Yagam atau upacara suci memuja baginda dewi Pratiyangira manakala Seri Rama dan tentera sekelian berperang di Langka Dwipa. Sang Hanuman lantas turun menghentikan upacara yang dijalankan Indrajit itu kerana diketahui bahawa Indrajit akan mendapat karunia halimunan jika upacara diselesaikan.  

Dalam Sri Lalita Sahasranama pula, judul Mahabhairawa Pujitha dikenalpasti merujuk kepada dewi ini. Baginda juga digelar Bhairawapatni atau isteri Bhairawa. Lain-lain nama rujukan baginda adalah Daksa Yagna Winasini iaitu dewi pemusnah korban Daksa.

Pura Dewi

Ada tiga pura yang ditujukan bagi dewi ini di India. Biasanya pura mengandungi arca dewi Pratiyangira dan di pura lain ada Sri Maha Prathiyangira Sannidhi.

Pura Raya dewi ada di Ayyawadi dekat Kumbakonam. Itu adalah tempat Indrajit melaksanakan pemujaan Nikumbala Yagam dan keluarga yang kini menjaga pura itu telah pun berbuat demikian sejak 5000 tahun lampau sejak sebermulanya Kali Yuga. Di situ, arca dewi Pratiyangira diapit dengan dewi Laksmi dan Saraswati. Homam sahaja yang akan dipersembahkan kepada dewi ini.

Gita Bakti: Jaya Jaya Dewi

Om Swastiastu!

 

Jaya jaya dewi. Jaya dewi. Durga dewi saranam. Jaya jaya dewi. Jaya jaya dewi. Durga dewi saranam.

Durgai ammanai thuditthaal endrum. Thunbam paranthodum. Dharmam kaakkum thaayum awalai. Dharisanam kanndaal pothum. 

Durgai ammanai thudhitthaal endrum. Thunbam paranthodum dharmam kaakkum thaayum awalai. Dharisanam kandaal pothum. Karma winaigalum odum. Sarwa mangalam koodum. 

Jaya jaya dewi. Jaya dewi. Durga dewi saranam. Jaya jaya dewi. Jaya jaya dewi. Durga dewi saranam.

Porkarangal padhinettum. Nammai suttri warum pagai wirattum. Nettriyilae kunguma pottum. Wettri paathaiyai kaattum. Aayiram kanggal wudaiyawalae. Aadhi sakti awal periyawalae. Aayiram naamangal konndawalae. Thaai pol nammai kappawalae. 

Jaya jaya dewi. Jaya dewi. Durga dewi saranam. Jaya jaya dewi. Jaya jaya dewi. Durga dewi saranam.

Sangu chakkaram. Willum ambum. Minnum waalum. Wael wundan soolamum. Thanga kaigalil thaangi nirppaal amma. Thanga kaigalil thaangi nirppaal. Singatthin mael awal wetiruppaal. Thingalai mudi mael soodi nidraal. Mangala waazhwum thanthiduwaal. Mangayarkarasiyum awalae. Angayarkanniyum awalae. 

Jaya jaya dewi. Jaya dewi. Durga dewi saranam. Jaya jaya dewi. Jaya jaya dewi. Durga dewi saranam.

Kanaga Durga dewi saranam. Kanaga Durga dewi saranam. Kanaga Durga dewi saranam.

Sabtu, 15 Jun 2013

Mek Nang Kuak

Swasti Srih!


Dalam bahasa Siam serta bahasa orang di daratan ini seperti penganut ajaran Buddha keturunan Melayu, sebutan nang ini membawa erti cik puan manakala gelaran mek itu membawa erti ibu atau emak. Nang Kuak atau Mek Nang Kuak ini merujuk kepada semangat yang murah hati dan membawa tuah dalam rupa kewangan kepada sesuatu keluarga. Semangat atau dewi ini merupakan pelindung kepada para saudagar dan juga peniaga. Di Pulau Pinang di kedai-kedai orang Hindu keturunan Tamil pun ada digantung kain yantra dewi ini.    

Kain yantra ini merupakan kebudayaan Brahmana lama yang turut diamalkan di rantau Siam dan juga di India. Kadang-kadang ia boleh juga dititikkan pada logam seperti kepingan tembaga dan dipasak pada pintu kedai utamanya di bahagian kepala kedai. Kadang-kadang juga dalam bentuk murti kecil dalam rupa sedang melambai. Kadang-kadang dipakai gulungan mantranya yang dimasukkan dalam bekas penangkal di leher atau diikat pada tangan menurut tradisi parampara Tantrayana kerana pedagang-pedagang waisya dan kesatria selalu mengembara pada samaya purwa. Jadi mereka terpaksa menjual barangan untuk menguruskan hidup secara berniaga atau berdagang. Penangkal yang dipakai itu memudahkan mereka untuk dibawa ke mana-mana dalam pada menjalankan upacara.  


Gambaran

Mek Nang Kwak ini digambarkan cantik sekali memakai pakaian warna merah dan kebanyakan masanya juga memakai persalinan warna lain. Memakai hiasan kepala dan juga duduk bersimpuh ayu dengan tangan kanan dilambaikan bagi memanggil pelanggan tetapi tapak tangan menghala ke tanah. Tangan kiri pula terletak di sisi satu lagi atau memegang bungkusan emas penuh pada ribaannya. Gambaran murti terkini datang dari lambang Mek Po Sop atau Dewi Seri (semangat padi). Bedanya itu, murti beliau tidak mempunyai guni padi di bahu kanan. Gambaran dewi selalunya disesuaikan dengan gambaran dewi Laksmi namun terbitan sebenarnya boleh jadi tempatan dan lebih purana lagi. 

Kimwadanti

Walaupun Mek Nang Kwak ini lebih terkenal sebagai penglipurlara tempatan berbanding sebagai tokoh kahiyangan, namun ada juga kimwadanti Buddha yang berselirat dengan ketokohannya.

Cetera Pertama

Kimwadanti pertama menggambarkan bahawa Mek Nang Kwak ini sebagai Nang Subhawati. Kira-kira 2500 tahun lampau, sebelum atau ketika kemunculan ajaran Buddha yang tersebar merata itu di kota Michikasandhanakara di negeri Swati dalam benua Hindu. Ada sepasang suami isteri, Sujita Brahma dan Sumanta yang mempunyai puteri bernama Subhawati. Keluarga ini merupakan keluarga pedagang yang menjual sedikit barangan di pasar. Keuntungan mereka pun cukup-cukup sahaja untuk menampung kehidupan keluarga yang kecil itu. Suatu hari, mereka berbincanglah mengenai harapan dan impian mereka pada masa depan. Mereka berkeputusan untuk mengembangkan perniagaan dan membuat lebih banyak untung supaya di hari tua mereka ada lah sesuatu yang boleh menjadi jaminan. Kemudian mereka cuba membeli pedati dalam usaha ingin berjualan di merata-rata kota dan kampung. Mereka turut membeli barangan lain di tempat lain dan menjualnya di kota mereka selepas pulang. Kadang-kala, Subhawati pun ikut bersama dan membantu berjualan. Suatu hari, si gadis ayu Subhawati yang leka membantu ibu bapa menjual barangan di kota yang jauh dari kota mereka maka terdengarlah dia ceramah agama Phra Kumara Kasabha Thera. Subhawati tertarik dengan ceramah agama tersebut dan hatinya tersentuh. Lalu, beliau menyatakan permohonan untuk berlindung dengan Trairattana. Tatkala dilihat Phra Kumara Kasabha, maka beliau menumupkan segala siddhi dan juga tumpuan semadi kerana beliau itu seorang arahat. Beliau memberi karunia semahan supaya Subhawati sentiasa bertuah dalam perniagaan serta berbahagia dengan keluarganya. 

Cetera Kedua

Nang Kuak dikatakan tinggal di tingkat kewujudan tertinggi. Nang Kwak ini merupakan kumari kepada Empu Tuan Bukau Hijau. Empu Tuan merupakan kepala di lapangan alam Chatu Maharachika atau sorga yang terendah yang alamnya adalah alam asura idiami oleh gergasi dan pretam. 

Nama lainnya adalah Phra Panasapati yang menunggu hutan dan kawasan-kawasan ditumbuhi tumbuhan liar. Ketika itu, ada seekor asura dikenali sebagai To Kok Khanak atau To Anurak. Dia ini adalah rakan kepada Empu Tuan Bukau Hijau. Dia pernah diserang oleh Seri Rama dan dibuang ke semak duri hitam. Semak duri hitam itu membelah dadanya dan membawanya melalui ruangan untuk ditancapkan di Phra Sumen. Seri Rama turut menyumpahnya dengan menyatakan, "Sampai masanya keturunan engkau sendiri yang menjalin persalinan bhikkhu ciwara dari kuntuman teratai untuk semahan kepada Phra Seri Arya Maitriya maka sumpah ini biar membebani engkau!".  

Selepas itu, Nang Prakshant, anakanda kepada Tuan Kok Khanag terpaksa berbuat bakti bagi bapanya, berhari-hari menjalinkan persalinan ciwara dari kuntuman teratai supaya boleh disemahkan kepada Phra Arya Sri Maitriya yang akan turun sebelum dicerahi pada masa akan datang bermula ketika itu. Bapa beliau yang tersangkut di Phra Sumen itu menyebabkannya terpaksa membantu membebaskannya. Menjalin ciwara bukanlah benda mudah, maka Nang Prakshant tak ada masa berniaga. Rakan bapanya, Empu Tuan Bukau Hijau yang terdengar perkara itu terasa kasihan dan dihantarnya kumarinya, Nang Kuak menjadi peneman kepada Nang Prakshant. Sebab Nang Kuak ini berpahala, maka ramai pedagang dan juga orang-orang mulia sekitar memenuhi rumah Nang Prakshant memberi karunia emas, perak dan wang kepadanya. Sebab itu, Nang Prakshant menjadi kaya walaupun bapanya disumpah Seri Rama.

Mantra Kata

Pertama

Om maha siddhi chok aad wud om. Borom phu chau khau kiew. Mi lug sau kun diau. Hai cher wa nang kuak. Chai hen chai rak. Ying hen ying rak. Pra siddhi hai kei ku. kun rochak tua nah. Om puak po kha pa ku teung muang main. Ku dai ua wen pantanan. Ku kha sarapadkan. Ko dai kam rai kleow klong. Ku chak tong tong ko dai tiem hap. Piang wan ni pen roi. Sam happ ma ruan. Sam deun pen setthi. Sami pen po ka sampau. Phra reur chau. Phra siddhi hai kae lug khun dieu swaha!

Om maha siddhi mujur jaya tuah hendaknya. Tuan Empu Bukau Hijau. Anakanda perempuannya itu seorang. Diberi nama Nang Kuak. Lelaki melihatnya jatuh cinta. Wanita melihatnya berasa sayang. Phra Siddhi, bagilah untuk aku. Biar orang kenal aku. Om pedagang membawa aku pergi sampai ke negeri kahiyangan. Beroleh aku cincin Pantanan. Ku jual segala macam mak nenek benda. Ku jual emas dapat sepikul penuh. Hari ini saja jadi seratus. Tiga pikul dapatlah rumah sebiji. Tiga bulan jadilah aku ceti. Suami aku jadi pedagang jual jong Cina. Bhikkhu atau pun tuan-tuan. Phra Siddhi, bagi untuk anak ini seorang berjaya, swaha!      

Kedua

Om la luoi maha la luoi. Du sani ma dhanam bhogam! Om dewi maha kaya. Moga aku ini menjadi kaya dengan kekayaan tiada kurang-kurang! Om la luoi maha la luoi. Om maha siddhi chok swaha!

Selasa, 21 Mei 2013

Dewata Hindu: Dewi Seri Renuka Yellamma


Dewi Renuka atau dewi Yellamma dikenali juga sebagai dewi Ekwira aray Yellai Amma. Baginda dipuja oleh mereka yang terkena celaka. Baginda dewi juga menjadi dewi penunggu di negeri-negeri Andhra Pradesh, Karnataka dan Tamil Nadu.

Pemuja banginda memuja baginda sebagai Jagadamba atau Ibu Jagat. Kimwadanti menyatakan bahawa dewi Renuka ini merupakan jelmaan dewi Kali yang satu tangan Nya melambangkan kematian sikap mementingkan diri dan satu tangan lagi adalah tangan yang membelai anak-anak dengan penuh kasih sayang. Baginda dewi juga dipua di Maharastra sebagai dewi Ekwira dan menjadi kuladewata bagi orang Koli.

Dewi Renuka dipuja kebanyakannya di kawasan India Selatan. Nama baginda seperti Mahankali, Yogamma, Somalamma, Gundamma, Pochamma, Mysamma, Jagadambika, Holiyamma, Renuka Mata, Yellamma, Mariamma, Renuka Dewi dan Yellai Amman. 

Sebutan dewi Renuka ini dicatatkan dalam Mahabharata, sastera Hariwangsa dan juga dalam Bhagawata Purana.

Kehidupan Awal

Ayahanda baginda dewi, Raja Renuka menjalankan yagna bagi mendapatkan keamanan dan kemewahan. Baginda lalu dikaruniai dengan anakanda perempuan, tercetus dari api yagna. Dewi Renuka ini cerdik dan cerdas sekali anaknya. Baginda disayangi oleh ayahanda dan bonda.

Tatkala baginda berusia lapan nya tahun, Maharesi Agastiya yang merupakan guru kepada Raja Renuka menasihatinya supaya mengahwinkan puterinya itu kepada Brahmana Jamadagni apabila sudah matang. Brahmana Jamadagni ini anakanda kepada Muni Ruchika dan dewi Satyawati. Beliau dikaruniai dengan karunia dewata kerana menjalankan pengorbanan yang tinggi tahapnya.

Pasangan dewi Renuka dan Brahmana Jamadgani tinggal di pergunungan Ramsrung, dekat dengan kawasan Sawadatti di daerah Belgaum samaya kini. Dewi Renuka membantu Brahmana Jamadgani dengan segala tugasan keupacaraan dan pemujaan. Lama kelamaan baginda dewi menjadi rapat dengan Brahmana Jamadgani. 

Dewi Renuka akan bangun awal pagi mandi bersuci di sungai Malaprabha bagi menyempurnakan tumpuan dan kebaktian. Kebaktian baginda itu amatlah tinggi sehinggakan baginda mampu mencetuskan kendi dari pasir bagi menampung air. Setiap hari kendi segar dihasilkan oleh baginda. 

Baginda mengisi air dalam kendi di tebing sungai lalu mengambil seekor ular berdekatan dan dijadikannya pelapik kendi untuk diletakkan di atas kepalanya. Air akan dibawa kepada suami baginda bagi menjalankan upacara korban pemujaan. Kuil dewi Renuka bertempat di Zamania di Ghazipur dikenali ramai merupakan tempat baginda dewi dikaruniai dengan anak-anak.  

Kehidupan Kemudian

Dewi Renuka melahirkan lima putera iaitu Wasu, Wiswa Wasu, Brihudyanu, Brutwakanwa, dan Ramabhadra. Ramabhadra ini merupakan paling muda sekali dan dicintai teramat, mendapat karunia Betara Siwa dan Dewi Parwati lantas dikenali sebagai Parasurama. 

Satu hari, baginda dewi Renuka ke sungai lantas ternampak semangat Gandarwa bermain-main di situ. Pasangan semangat itu sedang bercanda di atas air tanpa menyedari ada yang memerhatikan. Untuk seketika, dewi Renuka hilang tumpuan dan kebaktian kerana asyik memerhatikan semangat-semangat itu dan membayangkan dirinya pun bercanda ria dengan suami tercinta di sungai. Baginda juga berharap baginda dan suami bergembira beberapa ketika, kerana mereka pun tinggal dekat dengan tempat yang cantik itu. Selepas beberapa ketika, baginda tersedar dari lamunan dan dikeji dirinya sendiri kerana cuai.

Baginda bersegera mandi, kerana masa yang bernilai sudah hilang dan baginda cuba mencetuskan kendi. Tetapi gagal pula kerana baginda hilang tumpuan. Baginda cuba menangkap ular tetapi ular menghilang. Kecewa, maka baginda pulang ke asrama dengan malunya. Brahmana Jamadgani melihat baginda dewi pulang dengan tangan kosong menjadi murka lalu menghalaunya! 

Selepas dikutuk suami baginda, baginda pun pergi ke timur dan duduk di dalam hutan bertapa semadi. Dalam tapanya baginda bertemu dengan santa Ekanath dan Yoginath. Baginda memohon mereka meminta belas kasihan kepada suami baginda. Mereka menenangkan baginda dewi dulu, lalu menasehatinya serta mengarahkannya supaya mengikut arahan mereka. Mereka mengarahkan baginda dewi menyucikan diri dengan mandi di tasek berdekatan dan memuja Siwalingam yang diberikan mereka kepadanya. Kemudian, haruslah baginda pergi ke pekan berdekatan dan meminta sedikit beras dari rumah atau menjalankan upacara Yoga Bedodu. Selepas mengumpulkan beras lalu dibahagikan beras bagi dirinya dan para santa dan dimasak separuhnya, ditambah gula kabung dan terus dimasak penuh baktinya. Tersebut bahawa jika upacara ini dijalankan berturut-turut tiga hari lamanya, maka baginda dewi akan boleh melawat suami baginda pada hari keempatnya.     

Mengetahu kemurkaan sang suami, para santa memberi amaran bahawa suami dewi itu mungkin masih belum berpuas hati dengan baginda. Mungkin baginda akan mengalami kesusahan yang mendalam dalam beberapa tiksnah hidupnya. Kata mereka lagi, "Selepas itu, kamu akan selamanya dihormati dan dikaruniai dengan suami mu. Kamu akan dipuja orang ramai daari itu". Selepas merestuinya, mereka pun menghilang. Dewi Renuka mengikut arahan mereka dan memujala Siwalingam penuh bakti cermatnya. Hari keempatnya, baginda cuba melawat sang suami.  

Hukuman dan Hidup Semula

Brahmana Jamadgani masih marah lagi dengan dewi Renuka lalu mengarahkan anakanda beliau menghukum si ibu. Satu demi satu disuruhnya, tapi semua menolak. Brahmana Jamadgani murka lalu membakar mereka satu demi satu menjadi abu dengan pandangan mata beliau sahaja. Parasurama tidak berada di situ ketika kekanda baginda semua dibakar. Beliau cuma nampak ibundanya itu menangisi longgokan abu apabila tiba di asrama mereka. Brahmana Jamadgani yang masih murka menceterakan segalanya dan mengarahkan Parasurama menyembelih ibundanya. Parasurama harus cepat berpikir. Diketahui bahawa kemurkaan bapanya itu tinggi tahapnya dan kesaktiannya, maka Parasurama pun mengikut arahan ayahandanya dengan mengapak leher ibundanya tercinta itu.

Oleh sebab kepatuhannya, maka Parasurama dikarunia dengan pahala. Beliau meminta supaya ibundanya dan kekandanya semua dihidupkan kembali. Mengejutkan juga, semangat dewi Renuka berkembang dan bergerak ke merata-rata rantau. Dewi Renuka pun hidup seperti sediakala. Kesaktian baginda itu menjadi ilham kepada anakanda baginda dan semua mereka memuja ibunda mereka dengan penuh bakti kaseh. 

Dewi Renuka lwn. Dewi Yellamma

Dalam banyak tradisi, kedua-dua nama ini dikatakan merujuk satu tokoh dewi juga. Namun, ada juga tradisi lisan yang membezakan keduanya. Menurut cetera ini, dewi Renuka lari kepada masyarakat jati rendahan apabila Parasurama datang hendak mengapak lehernya. Ditemui Parasurama si ibu, lalu dipenggalnya bersama dengan wanita jati rendahan yang cuba melindungi sang dewi. Bila dihidupkan kembali, Parasurama telah tersalah letak kepala wanita jati rendahan itu di tubuh ibunya, dan sebaliknya. Dewi Renuka berkepala wanita jati rendah diterima sebagai isteri Brahmana Jamadgani, namun yang satu lagi dipuja oleh kelompok jati rendahan sebagai dewi Yellamma, ibu jagat. Matangi, Renuka dan Yellamma semuanya pun merujuk kepada Seri Dewi.

Kuil dan Tempat Berkaitan

Setiap tahun, ada perhimpunan seramai 200,000 pemuja dewi di Kuil Yellamma Gudi di Saundatti. Yang lain terkenal seperti Kuil Renuka Yellamma di Bidrahalli, Gadag, Karnataka, India. Ramai pemuja dari rantau merata-rata datang ke kuil dalam bulan Kartika bagi merayakan dewi Renuka-Yellamma. Dipercayai, selepas perkahwinan dengan Brahmana Jamadgani, dewi Renuka tinggal di Bidrahalli. Dewi Renuka rajinlah bangun pagi dan bersuci di sungai Tungabhadra. Upacaranya semua dijalankan sekitar sungai itu. 

Kuil yang lain pula Kuil Renukambe di atas bukit Chandragutti, Soraba Taluk di Shimoga. Kuil ini menjadi contoh kesenian purwa dari samaya Kadamba. Kuil di Mahur, Maharastra pula merupakan tapak kelahiran dewi, disebut dalam Gita Dewi bab terakhir Dewi Bhagawatam, "Matripura di gunung Sahyadri, di sini tinggal dewi Renuka..." Kuil di Nalgonda di negeri Andhra Pradesh juga terkenal. Wara Anggra merupakan hari bertuah dewi.

Tasek Renuka di Pusat Perlindungan Renuka di Himachal Pradesh juga dinamakan sempena nama dewi. Menurut kimwadanti juga, raja Sahasra Arjuna atau Kertawirarya Arjuna mahukan lembu Kamdhenu dari Brahmana Jamadgani dan dewi Renuka. Jadi, baginda membunuh Brahmana Jamadgani dan dewi Renuka mencebur bersama sang suami dalam api di Mahurgadha, Maharastra.

Di Tamil Nadu, Kuil Renugambal Amman terletak di Padawedu, daerah Thiruwannamalai merupakan salah satu Sthala Sakti terpenting bagi Dewi. Kuil Sakti lain seperti Kuil Renuka Parameswari terletak di Tiruchampalli dekat Sembanarkoil di daerah Nagapattinam di Tamil Nadu. 

Di Sri Langka, dewi Renuka merupakan dewi kecil yang mewakili pemusnahan dan kematian akibat bencana. Ada masa juga dewi Renuka menjadi wakil kepada cetusan dan juga kejelasan.

Selasa, 23 April 2013

Kaakum Kamakshi Amman


Wayang yang dialihbahasa ke bahasa Tamil ini agak menarik perhatian.... Ia mengenai dewi Kamatchi Amman yang melindungi anak bakti Nya yang teringin mendapat darsanam. Hendak menontonnya silalah tekan di tajuk ini: Amma Kaakkum Kamakchi.... Wayang ini mengajarkan juga jangan berhati busuk dengan orang. Harap maaf juga tiada sarikata bahasa Melayu atau bahasa Inggeris pun. Aku sangat berharap juga aku faseh berbahasa Tamil walaupun aku cuma paham sedikit sahaja, huhuhu.....

Rabu, 17 April 2013

Bhu Lokam


 

Dalam video muzik dan tajuk video ini tokoh yang diceritakan itu adalah dewi Amman. Lagu ini judulnya Bhu Logam. Pelontar suaranya itu Wiramanidasan dan Saktidasan serta karyanya oleh Siwa dan Kathir. Album gita bakti untuk dewi ini berjudul "Rhythm of Fire Walking" atau pun "Rentak Randuk Api". Harap teman-teman yang menemani aku di alam maya ini terhibur dan belajar sesuatu.

Khamis, 11 April 2013

Aingiri Nandini Mahesa Sura Mardini



Tahukah rakan-rakan siapakah Mahesa Sura ini? Mahesa Sura ini adalah sejenis asura menurut kepada pengelasan jenis ciptaan di jagat raya. Asura ertinya bukan sura atau kuasa kehidupan yang bukan sura. Mereka ini berlawanan dengan para dewata tapi kita tak boleh katakan yang mereka ini sentiasa di pihak jahat. 

Mahesa Sura ini anakanda kepada raja Rambha yang memerintah golongan asura. Baginda raja Rambha jatuh cinta dengan puteri Shyamala yang disumpah menjadi kerbau. Hasil penyatuan keduanya ini maka terjelma lah Mahesa Sura. Beliau ini boleh berubah-ubah rupa menjadi mahesa (kerbau) atau pun menjadi manusia.

Kim Wadanti

Dewata dan asura seringlah berperang sesama sendiri. Dalam salah satu peperangan, raja Rambha terbunuh oleh Betara Indera. Mahesa Sura terdengar bahawa ayahanda beliau terbunuh semasa membesar. Jadi, beliau mengumpulkan pengikut setia menjadi tenteranya dan membuat kacau dalam sorga loka. Sorga loka berjaya ditawan, Betara Indera dikalahkan dan para dewa disepak keluar dari sorga loka. Maka, dendam Mahesa Sura pun sempurna. 

Dewata membentuk gupta sabha (pertemuan tertutup) bagi mencari jalan bagaimana mengalahkan asura yang perkasa itu. Kerana Mahesa Sura tidak dapat dikalahkan oleh jantina lelaki, maka dewata mencetuskan seteru dalam bentuk dewi Durga yang merupakan satu bentuk kepada dewi Sakti dan dewi Parwati. Baginda dewi menggabungkan kesaktian para dewa dalam rupa yang cantik. Selepas itu, baginda dewi pergi mencari asura dengan menunggang wahananya, seekor harimau yang kadang-kadang digambarkan sebagai singa juga.

Mahesa Sura sebaik sahaja mendengar perkara itu, menghantar tenteranya untuk menawan dewi Durga. Dewi Durga membunuh asura semua dan mencabar Mahesa Sura supaya berlawan satu lawan satu. Selepas sembilan hari berperang dengan Mahesa Sura, dewi Durga berjaya juga mengalahkan Mahesa Sura. Baginda dewi meminum madu yang menambahkan kesaktian baginda. Mahesa Sura dibunuh oleh baginda dewi pada malam kesepuloh bulan mengambang. Makanya, baginda dewi dipanggillah sebagai Mahesa Sura Mardini iaitu yang menyembelih asura kerbau.

Cetera Lanjutan

Di negeri Kerala di India Selatan, ada cetera lanjutan pula selepas kematian Mahesa Sura. Mahesi, sang puteri kerbau memegang singgahsana kerajaan asura dan meneruskan perang dengan dewata. Mahesi merupakan wanita berkepala kerbau. Dewa Ayyappa yang dalam perjalanan di dalam hutan untuk mengambil susu harimau betina membunuh Mahesi. Jadi, dewa Ayyappa pula dikenali sebagai Mahesi Mardaka. 

Dalam beberapa peperangan lain pula, baginda dewi Durga menjelma menjadi dewi Kali. Dewi Kali melawan Rakta Bija iaitu jelmaan raja Rambha. Rakta Bija menerima karunia bahawa darahnya yang menitis-nitis itu akan mencetuskan Rakta Bija yang lain. Ketika itulah, dewi Kali menjelirkan lidahnya dalam swarupa dan menjilat semua titisan darah asura tersebut sebelum ia jatuh ke bumi.

Peristiwa ini dirayakan dalam jenis pujaan kepada dewi Durga misalnya di Behar, Bengal, Odisa (Kalingga), Assam dan sebagai Nawa Ratri di bahagian lain di benua India. Ia merayakan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan. Cetera ini ada dalam Dewi Mahatmaya dalam Markandeya Purana.  

Pandangan Darsana

Menurut kepada kimwadanti berdarsana, Mahesa Sura bukanlah jahat seperti yang digambarkan. Beliau ini sebenarnya adalah antara anak bakti terkenal yang memuja kesaktian dewi Durga. Dewi merupakan ibu kepada semua. Baginda adalah kuasa yang memandu jagat raya menurut Kalika Purana. Apabila baginda melihat ciptaan para dewa mula menjadi rosak disebabkan oleh kekuasaan tak berpenghujung, maka baginda menyeru anak bakti terbaik baginda dan memberinya kuasa untuk mengalahkan para dewa.

Dewi ingin mengajar para dewa pengajaran dan mengembalikan mereka dari kejatuhan. Jadi, baginda dewi meminta Mahesa Sura supaya memuja baginda dalam rupa seteru dengan ganjaran beliau akan mendapat karunia punyam dari beribu-ribu kehidupan baktinya itu. Mahesa Sura pun mengambil jelmaan asura. Beliau menjadi berkuasa kerana kuasa dewi. Namun, karunia kebal dengan lelaki dari segala bangsa itu adalah punyam dari Sang Brahma. Para dewa kemudian menyedari bahawa Mahesa Sura kebal dengan mereka. Kesaktian mereka kalah dengan beliau kerana beliau memegang kesaktian dewi Durga. Beribu-ribu tahun para dewa terpencar-pencar ke sana ke mari dan beribu-ribu tahun juga diambil oleh mereka untuk memehamai bahawa mereka tidak bererti sama sekali tanpa kesaktian yang diwakili dewi Sakti.

Jadi mereka berguptasabha dan mengumpulkan saki baki kesaktian yang masih ada. Dari situ muncul rupa dewi Durga. Artinya di sini, Adiya Sakti Dewa menyeru baginda dewi. Para dewa memuja dewi Durga dan baginda memberi janji akan mengembalikan sorga loka kepada mereka. Apabila Mahesa Sura memahami bahawa beliau tidak akan dapat jaya di atas dewi. Tetapi, beliau masih memelihara dharma asura dan berperang dengan baginda dewi sekuat tenaganya. Penghujungnya, Mahesa Sura mengambil rupa dan lelaki kacak berotot kekar namun, beliau ditangkap dewi dengan ikatan pasa atau tali sakti dan ditikam jantungnya dengan trisulo.

Seebelum mati, Mahesa Sura memuja dewi Durga dan dewi memberikan punyam yang Mahesa Sura akan tetap dipuja pula dengan baginda dewi Durga sehingga penghujung masa jagat raya berada. Jadi, apabila anda melihat dewi Durga dipuja dalam rupanya, anda akan nampak juga Mahesa Sura berada di bawah kaki dewi dengan rupa ditikam oleh trisulo baginda dewi di dada.     

Isnin, 8 April 2013

Dewi Adi Para Sakti dan Tujuh Jelmaan


Sastra paramparanusara mengenai pemujaan Devi berjudul Dewi Mahatmaya menceterakan bagaimana Sakti itu muncul dari setiap deva bagi membantu Devi Adi Parasakti menapik asura-asura. Setiap sakti itu mempunyai rupa, busananya serta wahana dari dewata tertentu... Devi-devi ini menjadi pelayan kepada Devi Adi Parasakti serta menjalankan pentadbiran-Nya. Tujuh devi ini dikenali sebagai Sapta Matrika atau Tujuh Devi Ibunda.

1. Devi Brahmi

Mewakili sakti Sang Brahma. Matanya besar, tubuhnya keemasan dengan empat tangan. Baginda dewi memegang kamandalam yang mengandungi thirtham suci dan japa. Selain itu baginda dewi memegang bendera gambar angsa. Angsa merupakan wahana baginda. Lambang lain baginda ada dalam kata-kata ini: "Abahayam, varata karam". Artinya, "Ku lindungi mu jangan takut, Ku anugerahi mu kehendak mu".
 
2. Devi Chamundi

Trinetra tiga mata-Nya dan baginda dewi ini adalah satu ciri daripada kesaktian ibu pertiwi. Lapan tangan. Antara yang dipegang-Nya itu trisulo, sangkakala, gada, pasam palaga atau perisai, anak panah, chakra, dan tali. Wahana baginda dewi adalah kerbau. Kaki kiri baginda berada di atas kepala asura yang memohon ampun daripada-Nya.

3. Devi Maheswari

Mata baginda tiga dan baginda ini lambang kesaktian Betara Siva Sangkara. Dua mata seperti biasa letaknya, manakala satu lagi di dahi. Tubuhnya berwarna putih dengan empat tangan. Rambut-Nya diikat dan disanggul di atas bagaikan mahkota. Di leher baginda ada ular tedung.Di tangan baginda ada uduka atau gendang kecil, japa dan mudra "Abhayam, varatha karam". Senjata baginda itu, trisulo dengan panji lambang lembu. Wahana baginda seekor lembu.

4. Devi Indirani

Baginda devi ini adalah jelmaan kesaktian Betara Indera. Busana baginda indah sekali, baginda bertangan empat. Panji yang dipegang baginda devi itu ada lambang kendi. Baginda juga memegang vajra autum iaitu kilat menyambar. Mudra baginda "Abhayam, varatha karam". Wahana baginda seekor gajah.   

5. Devi Kumari

Baginda devi ini melambangkan sakti Deva Skandha. Warna tubuh baginda seperti warna kumkum atau debu merah. Bertangan empat, baginda memakai mahkota bertatahkan permata. Baginda memegang angusum vel atau lembing pendek. Panji baginda berlambang merak kahiyangan. Baginda bermudra "Abhayam, varatha karam". Wahana baginda seekor merak kahiyangan.  

6. Devi Visanavi

Baginda devi ini mewakili sakti Sri Vishnu Narayana. Mata baginda bak teratai, warna tubuh baginda biru gelap tangan baginda empat. Mudra baginda, "Abhayam, varatha karam". Wahana baginda seekor burung helang.  

7. Devi Varaghi

Devi Varahi merupakan cetusan kesaktian Sang Yama. Tubuh baginda warnanya hitam, berbusana sutera hitam serta perhiasan diri berwarna hitam semuanya. Baginda bertangan empat. Dua tangan atasnya memegang batu penumbuk lesung dan satu lagi memegang pembajak. Tangan bawahnya bermudra, "Abhayam, varatha karam". Baginda duduk di atas pitham atau dipan. Kaki kiri baginda terjulur ke bawah dan diletakkan di atas satu lagi bangku.  

Ahad, 7 April 2013

Kepercayaan Gerakan Om Sakti


Tiada sebarang tatacara kepercayaan yang disarankan untuk anak bakti melalui pergerakan ini. Ambha tidaklah mahu sesiapa pun meninggalkan kepercayaan mereka yang ada sekarang jika ia memenuhi keperluan diri mereka. Walau bagaimanapun, jika seseorang itu mencari bantuan dalam perjalanan kerohaniannya, maka bolehlah dia mencubanya dengan menemui rakan-rakan dari gerakan Om Sakti bagi membantu.

Gerakan Om Sakti ini berasal dari India Selatan, kebanyakan anak baktinya adalah penganut agama Hindu dan masih mengekalkan kebanyakan kepercayaan Hindu. Walau bagaimanapun, ia tidaklah begitu ketat seperti tradisi kaum Brahmana. Contohnya, sesiapa pun tanpa mengira jatiniyam atau agama boleh memasuki pawitrastana koil bagai menjalankan pemujaan. Semua orang layak menerima anugerah Dewi Adi Parasakti. Oleh kerana, seseorang itu harus mencari jalannya sendiri menuju kepada-Nya, maka tiada sebarang pedanda atau pun sastram yang menyatakan bagaimana seseorang itu harus menjalani kehidupannya. Jika seseorang itu hidup secara sepatutnya, maka dia akan dekatlah kepada-Nya. Jika tidak, maka dia akan menjauh daripada Nya. Semua orang pun mengetahui bagaimana untuk membuat keputusan dan menerima kesannya akibat pilihannya sendiri. Bagi membantu orang ramai, Dewi Adi Parasakti menyampaikan kata-kata Nya menerusi Adi Galar.  

Kata-Kata Hikmat Dewi

Artinya itu, "kata-kata daripada Yang Maha Kuasa". Kata-kata hikmat dari Ambha membolehkan anak bakti sekelian mengatasi segala masalah dan meneruskan perjalanan menuju ke arah kerohanian. Anak bakti akan menerima secara peribadi pesanan-pesanan dari Annai atau Dewi. Ia bukanlah sejenis perundangan hidup sebaliknya sejenis saranan dan maklumat bagi membantu anak bakti mencari jalan keluar dari masalah dan menjalani kehidupan harian. Sesetengah kata-kata Dewi sudah diterjemahkan ke bahasa lain pun dan dikumpulkan kepada beberapa kelas.  

Pergerakan Om Sakti


Kemanusiaan kini berada pada satu tahap dalam itihasa yang mana dunia ini semakin mengecil dan kebudayaan kita serta agama pelbagai bertelingkah sesama sendiri. Hal ini mungkin akan menjadi punca kepada kemusnahan segala yang telah kita capai dalam lokamaya ini sepanjang tempoh yang singkat ini.

Kepelbagaian ini sebenarnya adalah khazanah berharga dalam dunia kita dan seharusnya kita terima sebagai anugerah. Jika orang ramai menyedari bahawa kita berkongsi "Diri" yang sama dan bahawasanya Dia itu membenarkan kita berada dalam kepelbagaian ini maka boleh lah kita melalui jalan kita sendiri bagi mencari-Nya, selanjutnya menerima perbezaan kita di samping mengekalkan keamanan.

Gerakan Om Sakti ini dikenali juga sebagai Pergerakan Adi Parasakti. Tujuan pergerakan ini adalah untuk menyebarkan pesanan Adi Parasakti ke seluruh dunia dan bersewah terhadap kemanusiaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Guru kepada gerakan Adi Parasakti adalah Ambha atau Sang Ibu, yang menjadi cahaya petunjuk dan kuasa kerohanian di sebalik pergerakan ini. Dia lah yang mengajarkan bentuk tertinggi puja itu adalah dalam bentuk kebaktian kepada kemanusiaan dan semuanya akan bersewah dalam agama perseorangan tanpa pertelingkahan. Makanya, cogan kata pergerakan ini adalah "Satu Ibu, Satu Dunia". Pergerakan menjalankan kegiatan pendidikan dan kebajikan melalui Amanah Adi Parasakti dan menggalakkan para anak bakti supaya bergiat cergas dalam membantu masyarakat mereka. 

Mula Mantram

Om Saktiyei! Para Saktiyei!
Om Saktiyei! Adi Parasaktiyei!
Om Saktiyei! Maruwor Arasiyei!
Om Saktiyei! Om Winayaga!
Om Saktiyei! Om Kamakchiyei!
Om Saktiyei! Om Bangaru Kamakchiyei!
Ommmm Sakti!

Tidak cukup dengan hanya melibatkan diri dalam kerohanian sahaja, para anak bakti seharusnya bekerja keras dalam kesatuan dan ketenangan di samping melupakan segala kedengkian! Dunia ini akan berubah terus menjadi lebih baik sekiranya semua orang hidup begini

Sabtu, 6 April 2013

Dewi Sati


Dewi Sati dikenali juga sebagai Dhakshayani. Dewi Sati merupakan dewi dalam kepercayaan Hindu yang mewakili kaliyanam dan dirgahayu. Dalam lagenda masyarakat Hindu, dewi Sati Parwati memainkan peranan dalam membawa Betara Siwa keluar dari pertapaan menyertai cetusan dalam lokamaya. Tindakan dewi Sati yang dituruti oleh wanita-wanita Kesatria Hindu menceburkan dirinya ke dalam pembakaran mayat suami sebagai jalan menyatakan kesetiaan dan cinta bakti. Dewi Sati membakar dirinya disebabkan mempertahan maruah suaminya, Betara Siwa. 

Dantakatha

Dewi Sati mengambil jelmaan manusia menurut perintah Sang Brahma. Dewi Sati terjelma sebagai anakanda kepada Daksha Prajapatti dengan isteri baginda, Prasuti. Daksha Prajapatti adalah anakanda kepada Sang Brahma. Baginda itu raja yang agung dan mempunyai kekuasaan tersendiri. Sebagai anakanda Daksha Prajapatti, dewi Sati dikenali lah juga sebagai Dakshayani. Arti nama Sati itu adalah kebenaran. Menurut kepada keadaan ini, dewi Sati ini adalah cucunda kepada Sang Brahma melalui Daksha Prajapatti. Baginda juga cucunda Sang Brahma melalui Prasuti, anakanda kepada Manu kerana Manu itu juga anakanda Sang Brahma.   

Perwiwahan Sati

Dalam perintah Sang Brahma itu, dewi dikehendaki mengambil rupa manusia dan harus menyukakan Betara Siwa dengan kebaktian merendah diri dan mengahwini baginda. Sudah semestinya, dewi Sati membesar dengan mendengar cetera-cetera mengenai Betara Siwa dan menjadi seorang yang bakti amat terhadap Betara Siwa. Dewi Sati atau Gauri tidak mau lah berwiwaha dengan orang lain walaupun dijodohkan ayahandanya. Segala suruhan Prajapatti Daksha terhadapnya itu sia-sia sahaja. Sebaliknya, baginda cuma mahukan Betara Siwa, Maheswara yang mengaruniakan segala yang ada di lokamaya ini.

Bagi mendapatkan perhatian Betara Siwa, puteri kepada Prajapatti Daksha pun meninggalkan kemewahan istana dan masuk ke hutan bertapa. Menujukan kebaktian dan memuja Betara Siwa. Bersangatanlah tapa yang dijalankannya secara beransur-ansur sehingga akhirnya baginda meninggalkan makan minum. Sehari sehelai daun biluwa yang dimamahnya, sehingga tiadalah apa lagi diambilnya walaupun untuk lapik perut. Nigraha begini menyebabkan dewi Sati dikenali sebagai Aparna. Artinya meninggalkan terus dedaunan sebagai makanan. Pujaan baginda dewi Sati memberikan hasil apabila Betara Siwa bersetuju mengambil dewi Sati sebagai isteri. Dewi Sati yang berbahagia berpulanglah ke istana menunggu bakal suaminya, malangnya baginda ayahanda langsung tidak suka dengan hal tersebut. Perwiwahan tetap berlangsung dengan Gauri (dewi Sati) mengikut Betara Siwa pulang ke pergunungan Kailasa. Dalam dantakatha ini, Prajapati Daksha digambarkan sebagai raja yang sombong, tidak bergaul baik dengan anak menantu baginda yang meninggalkan maya serta menghalau puteri baginda keluar dari istana.     

Keangkuhan Prajapati Daksha

Suatu ketika, Prajapati Daksha menjalankan mahayagna dengan menjemput semua dewata menghadirinya. Yang tidak dijemput cuma dewi Sati dan menantunya, Betara Siwa. Dewi Sati pula ingin melawati kedua orang tuanya, saudara-mara dan teman sepermainan ketika kecilnya jadi baginda cuba untuk memunasabahkan pemulauan mereka. Baginda bersangka baik bahawa mungkin ayahanda baginda tidak menghantar jemputan resmi kepada mereka hanya kerana mereka itu keluarga, maka tidak perlu beresmi segala. Lagipun baginda dewi tidak memerlukan jemputan pun untuk melawati ibunda baginda dan tetap akan pergi melawatinya. Betara Siwa menghalangnya pergi namun baginda dewi tetap bertekad mahu pergi. Oleh itu, baginda menghantar butagana baginda menjaga dewi Sati serta mengarahkan baginda dewi jangan mencetuskan sebarang kejadian tidak diingini.

Membakar Diri

Baginda dewi Sati diterima dengan dingin sahaja oleh ayahanda baginda. Kemudian terjadilah pertikaman lidah mengenai ciri kebaikan Betara Siwa. Setiap pala berlalu menjadikan dewi Sati lebih jelas bahawa ayahanda baginda itu tidak mampu langsung menghargai ciri-ciri terbaik yang terdapat suami baginda. Kesedaran ini kemudian datang kepada dewi Sati bahawa semua kejian itu cuma ditujukan kepada Betara Siwa hanya kerana baginda berwiwaha dengan baginda dewi. Baginda dewi menyedari bahawa baginda menjadi punca suami baginda dicaci-caci! Baginda dewi menjadi tersinggung teramat kepada ayahanda baginda dan menyampah dengan pemikiran baginda itu.

Baginda dewi pun menjalankan puja supaya pada jelmaan akan datang, biarlah baginda dilahirkan dari ayahanda yang dihormati oleh baginda. Dewi Sati menyeru api Agni dengan sakti Yoga yang diterima baginda semasa tapa wratam yang bersangatan lantas membakar diri baginda sendiri dengannya.

Kemurkaan Betara Siwa

Betara Siwa menyedari bencana ini, lantas kemurkaan baginda tidaklah tertahan lagi! Baginda menyayangi dewi Sati melebihi segalanya pun. Lantas, baginda mencetuskan Wirabhadra dan Bhadrakali. Kedua-dua makhluk yang ganas ini mencetuskan kekacauan dan bencana di tempat kejadian. Semua yang berada di tempat kejadian rebah dalam masa semalam sahaja. Baginda Prajapati Daksha sendiri dipancung mati. 

Menurut setengah tradisi, dipercayai baginda Betara Siwa yang murka itu menjalankan tandawa yang menakutkan dengan mengusung tubuh dewi Sati di bahu baginda. Semasa tarian tandawa, tubuh dewi Sati jatuh berkecai-kecai di pelbagai tempat di bumi. Menurut tradisi lain lagi, tubuh dewi Sati diusung di bahu Betara Siwa dan dibawa berlari mengelilingi loka sambil ditangisi baginda Betara Siwa. Dewa-dewa kahiyangan menyeru Dewa Wisnu Narayana bagi mengembalikan Betara Siwa kepada keadaan tenang. Dewa Wisnu melemparkan cakra baginda, Sudarshana Chakra lantas mengoyakkan tubuh dewi Sati yang tiada nyawa itu sehingga Betara Siwa tenang.      

Kedua-dua tradisi cetera ini menyatakan tubuh dewi Sati dikoyak 51 ceraian lalu jatuh merata-rata di bumi. Kesemua 51 tempat itu menjadi Sakti Pita atau tempat suci. Setengahnya menjadi tempat thirtayatram kerana ditunggu oleh dewi menurut aliran Sakti. Yang lain-lain tempat suci pun ada juga hasil daripada Bindudhama atau titisan darah dari tubuh dewi Sati.

Selepas malam yang menakutkan itu, Betara Siwa mengampunkan semua dan menghidupkan semula segala yang disembelih lalu dikaruniakan lagi asirwada. Prajapati Daksha pun dihidupkan semula dan dikembalikan ke takhta. Tapi kepala baginda yang dipenggal itu digantikan dengan kepala kambing. Selepas insaf, baginda Prajapati Daksha menjadi anak bakti kepada Betara Siwa sebelum kemangkatan sebenar baginda.

Susulan

Dewi Sati dijelmakan semula sebagai dewi Parwati, anakanda raja Himawata di pergunungan dan isteri baginda Dewi Mena. Kali ini, ayahanda baginda dewi adalah seorang yang dihormati baginda. Baginda raja Himawata menghormati Betara Siwa. Seperti biasa, dewi Parwati tetap setia dengan Betara Siwa lalu menjadikan baginda Betara Siwa suaminya. Dantakatha ini muncul dengan lengkap sekali dalam sastera Tantrayana, dalam purana, dan dalam Kumarasambhawam karya Kalidasa. Kumarasambhawam merupakan epik yang menceterakan perihal penjelmaan dewa Kartikeya atau dewa Murugan.

Selasa, 26 Mac 2013

Dewi Mahasakti Mariamma

         
 

Wayang gambar keagamaan ini menceritakan mengenai dewi Mahasakti Mariamma yang muncul di pelbagai tempat dan zaman di India Selatan.

Selasa, 27 November 2012

Laksmi Kubera Homam


Homam ini diijalankan untuk kemewahan hidup, pertumbuhan kewangan, perkahwinan dan kejayaan. Ia juga menolak halangan dalam perniagaan sekiranya anda adalah seorang saudagar. Semua makhluk yang terjelma di dunia menikmati kebahagian menurut kepada karmma mereka.

Dewi Laksmi dan Kuberan merupakan kepala bagi upacara homam ini. Dewi Laksmi merupakan penjasadan kepada kekayaan, kemakmuran dan kemewahan. Dewa Kuberan juga akan merahmati pengikutnya yang bakti dengan keselesaan hidup dan kemewahan. Homam ini adalah untuk mendapatkan pertumbuhan dalam kebendaan dan kemakmuran berkaitan dengan kehidupan. Hari yang baik bagi menjalankan homam ini adalah hari Jumaat Sukra Hora. Ia boleh juga dijalankan pada Chiturthi, Panchami, Chiturdashi atau Purnima Tithi.

Manfaat homam ini adalah ia melepaskan anda daripada hutang. Menambahkan dan melancarkan perjalanan kewangan anda. Homam ini bermanfaat kepada para saudagar atau peniaga dan kepada orang perseorangan yang berminat menambahbaik kehidupan kebendaan mereka. 

Mantranya berbunyi: "Om shriim kuberaaya namahak"...

Bahan Pemujaan

1. Cabang ranting pokok Pipal.
2. Cabang ranting pokok Mara Puteh.
3. Cabang ranting pokok Hosher.
4. Nasi puteh.
5. Ponggal atau nasi dimasak dengan susu meruap.
6. Nasi gula.
7. Susu.
8. Purnahari iaitu sabut kelapa dan barang wangian seperti bunga.
9. Lalang air terjun.
10. Kapur barus.
11. Bertih.
12. Rumput Kirati.
13. Minyak sapi.
14. Bunga teratai puteh satu merah satu.

Sebelum memulakan homam puja, kena lah menyembah kepada dewa Vigneswaran dahulu. Ia bertujuan supaya puja anda tidak mengalami sebarang masalah. Sebut satu-satu nama orang yang ingin puja dijalankan atas nama mereka. Nama mereka itu dipahat dengan tulisan Pallawa di atas kertas tembaga. Tujuannya adalah mewakili orang-orang yang ingin menjalankan puja itu dalam menerima berkat dewata. Jadi berkat homam juga akan sampai kepada mereka. 

Brahmana akan menjalankan homam kepada dewa Vigneswaran. Kunyit bercampur air akan disembahkan. Nama-nama akan dipersembah kepada dewata untuk tujuan berkat. Puja dijalankan kepada dewa Kuberan pula. Api akan dipusingkan di hadapan dewa Kuberan. Pedanda akan membuat saweru mudram untuk meminta tenaga dari dewa Kuberan selepas menuang bunga dengan tangan bagi menjalankan upacara.

Puja homam pun dimulakan dengan bunyian loceng bagi menghalau setan. Ia juga memberi amaran kepada orang lain bahawa puja sedang dijalankan di situ dan tumpuan diperlukan bagi pemujaan jadi orang ramai akan membantu pemujaan dijalankan dengan lancar. Bunga dipersembah dan ada matra-matra berlainan dibacakan bagi homam yang berbeza. Rempah-rempah dan rumput dipersembah kepada dewa Agni atau api. Bauan dari asap yang keluar dari bahan rempah dibakar membantu kesihatan orang sekeliling.     

Ahad, 13 Mei 2012

Dewi Mari Amma

Bhajan yang ditujukan oleh penyanyi kepada dewi Sakti iaitu Kali Amma. Ia dinyanyikan dalam bahasa Tamil iaitu bahasa orang India Selatan. Nama lain dewi in dalah dewi Durga. Di Malaysia, dewi ini mempunyai ramai penganutnya sama juga seperti di negara India dan di mana-mana. Dewi ini menghapuskan kejahatan dan merupakan jelmaan dari peneman kepada dewa Siva Maheswara.


Dewi ini juga mengubati penyakit misalnya seperti penyakit cacar. Dalam filem-filem di negara India wilayah selatan misalnya seperti filem Ammoru ada memaparkan kisah dewi ini memberi jasa kepada penduduk setempat dan mengajarkan perubatan kepada penduduk supaya menggunakan daun semambu untuk mengubati penyakit tersebut.

Di pulau Jawa di negara Indonesia, dewi ini juga pernah mempunyai tempat dalam kalangan penganut Hindu Kejawen beraliran Siva-Tantra.