Dalam video muzik dan tajuk video ini tokoh yang diceritakan itu adalah dewi Amman. Lagu ini judulnya Bhu Logam. Pelontar suaranya itu Wiramanidasan dan Saktidasan serta karyanya oleh Siwa dan Kathir. Album gita bakti untuk dewi ini berjudul "Rhythm of Fire Walking" atau pun "Rentak Randuk Api". Harap teman-teman yang menemani aku di alam maya ini terhibur dan belajar sesuatu.
आहुः सत्यं हि परमं धर्मं धर्मविदो जनाः ... Mereka yang berpengetahuan dharma itu menyatakan bahawa Kebenaran itulah dharma tertinggi - Ramayana, Kaikeyi 2.14.13
Memaparkan catatan dengan label malaysian tamils. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malaysian tamils. Papar semua catatan
Rabu, 17 April 2013
Bhu Lokam
Label:
amman,
dewata hindu,
dewi,
malaysian tamils,
music video,
saiwa,
sakti,
tamil
Jumaat, 10 Ogos 2012
Dewata Hindu: Dewi Kali Amman
Kaliamman merupakan dewi yang terkenal dalam kalangan masyarakat Tamil di Malaysia dan juga di India Selatan. Nama lain bagi Nya adalah Mariamman, Muniammah, atau Shakti. Nama Nya pun sudah menunjukkan bahawa Dia dikaitkan dengan kesaktian dan kuasa. Nama Kali ini datang dari Kala yang bermaksud hitam, masa, kematian, ajal, yang empunya kematian, dan merujuk kepada Dewa Siva Mahadev.
Oleh kerana Dewa Siva dikenali sebagai Kaala atau masa yang abadi, maka Kaali pula merupakan teman-Nya yang juga bermaksud masa atau ajal. Kali dianggap sebagai dewi masa dan perubahan. Walaupun kadang kala Dia digambarkan berkulit gelap dan ganas, namun jelmaan awalnya merupakan jelmaan yang menghapuskan kejahatan. Tuan-tuan boleh melihat dalam video yang disertakan mengenai Kaliamman menghapuskan penjahat dengan memancung kepala nya. Video dari filem berbahasa Telugu berjudul Ammoru dari Andhra Pradesh di India.
Banyak orang yang terlibat dalam bidang evolusi, struktur dan nasib alam jagat menurut kepercayaan Shakta Hindu dan juga kepercayaan Tantri memuja-Nya sebagai hakikat terakhir atau Brahman. Dia dipuja juga sebagai Bhavataarini yang bermaksud penebus jagat raya. Baru-baru ini juga, banyak gerakan kebaktian menggambarkan Kaliamman sebagai dewi ibu yang penyayang.
Dewi Kali mewakili teman kepada Dewa Siva, selalunya digambarkan sebelah kaki-Nya memijak dada Dewa Siva yang terbaring. Dewi Kali juga dikaitkan dengan Dewi Durga, Bhadrakali, Dewi Sati, Dewi Rudrani, Dewi Parvati dan Dewi Chamunda. Dewi Kali juga yang terutama dalam kalangan Dasa Mahavidya iaitu sepuloh dewi-dewi Tantra yang ganas.
Rujukan Tentang Dewi Kaliamman
Menurut Hugh Urban, walaupun kata Kali muncul dalam Atharvaveda, namun penggunaan nama ini secara kususnya adalah dalam Kathaka Grihyasutram (19.7). Kali merupakan nama satu daripada tujuh lidah Agni, iaitu Dewa Api dalam Rigveda dan disebut dalam Mundaka Upanishad (2:4) namun ia bukan merujuk kepada dewi ini. Kemunculan awal Kaliamman dalam rupa-Nya sekarang ada terdapat dalam Saupatikaparvan dalam Mahabharata (10.8.64). Dia dikenali sebagai Kaalaratri atau gelap malam dan muncul dalam mimpi bala tentera Pandava sebelum muncul dalam peperangan semasa serangan anak kepada Asvattama iaitu Drona.
Dia juga terkenal muncul dalam Devimahatmayam yang ditulis dalam abad ke-6 sebagai salah satu sakti kepada Mahadevi yang mengalahkan Raktabijasura (benih darah). Dalam Kalika Puran ditulis abad ke-10 pula, Kali dipuja sebagai hakikat terakhir Brahman. Menurut David Kinsley, Kali pertama kalinya disebut dalam agama orang Hindu sebagai dewi yang tersendiri ketika abad ke-6 dan teks-teks ini selalunya meletakkannya sebagai pujaan dalam masyarakat Hindu yang mundur atau yang terlibat dalam peperangan. Dia digambarkan sebagai sakti kepada Dewa Siva dan dikaitkan dengan-Nya melalui pelbagai purana. Kalika Puran menggambarkan-Nya sebagi Adhiparasakhti atau Kuasa Tertinggi atau sebagai Paraprakriti bererti Yang Melampaui Alam.
Setakat ini dahulu pengenalan kita tentang Kaliamman atau Dewi Kali Ambha. Kita akan menelusuri sedikit demi sedikit hal ini melalui tantra jika kita berkesempatan.
Label:
agama hindu,
dewa dewi,
durga devi,
kaliamman,
kesaktian,
malaysian tamils,
pengajian kehinduan,
shakti,
tantra,
tantri,
thurga
Rabu, 8 Ogos 2012
Naduvan: Perantara Kematian
Namoshkar!!!
Lagu ini ditulis dan digubah serta dipersembahkan oleh Dr. Burn dengan Michael Rao, Samuel J Dass untuk Sitar dan MC DV bagi gitar. Ia merupakan nyanyian ditujukan kepada dewa Siva yang disembah sebagai Paramatma oleh penganut agama Hindu aliran Saiva. Ia adalah tentang kebergantungan terhadap keduniaan dan apa yang akan menimpa mereka apabila mereka mati. Jelas sekali nampak elemen kegelapan dalam lagu ini kerana ada tema kematian dan penyelamatan. Tak seperti idea gothik di Barat, dalam video ini nampak peranan Pencipta dan Perantara antara kematian dengan kehidupan selepas mati.
Yang ini cuma diterjemah dari blog peneliti video berjudul Naduvan Fever: Ash Said What? Kerana peneliti video ini seorang kenalan kepada Dr. Burn dan beliau mempunyai idea yang sempoi jugak dengan menghubungi Dr. Burn untuk ditemubual. Ikuti temubual mengenai video Naduvan:
Credits due to Dr. Burn who's the owner of the video and Ugly Duckling Production
Aku baru mendengar dan menonton video muzik berbahasa Tamil walaupun ia dah lama dilancarkan. Sungguh pun aku tidak reti berbahasa Tamil mahupun memahaminya namun aku berasa terpanggil untuk membuat post mengenai apa yang aku dengar. Walaupun ia hanya sebuah lagu tetapi ia menarik sekali untuk dikongsikan dan dicatat masuk sebagai kenangan.
Naduvan merupakan perkataan bahasa Tamil yang mula dikenali pendengar muzik internet berbahasa Tamil sejak bulan 12 Jun 2012. Lagu ini dilepaskan dalam sebuah landasan album berjudul Pranavam: Album Ketuhanan. Ia merupakan salah satu lagu yang dinyanyikan oleh beberapa orang penyanyi tempatan rakyat Malaysia yang berbahasa Tamil. Ketika dilancarkan, lagu ini menerima banyak maklumbalas yang membina serta dikritik oleh peminat muzik bahasa Tamil. Video untuk lagu ini dihasilkan oleh Dr. Burn dengan kerjasama Ugly Duckling Studios. Boleh ditonton di saluran Youtube. Ia turut mendapat perhatian IndiaGlitz.
Lagu ini ditulis dan digubah serta dipersembahkan oleh Dr. Burn dengan Michael Rao, Samuel J Dass untuk Sitar dan MC DV bagi gitar. Ia merupakan nyanyian ditujukan kepada dewa Siva yang disembah sebagai Paramatma oleh penganut agama Hindu aliran Saiva. Ia adalah tentang kebergantungan terhadap keduniaan dan apa yang akan menimpa mereka apabila mereka mati. Jelas sekali nampak elemen kegelapan dalam lagu ini kerana ada tema kematian dan penyelamatan. Tak seperti idea gothik di Barat, dalam video ini nampak peranan Pencipta dan Perantara antara kematian dengan kehidupan selepas mati.
Ia memang mempunyai genre keagamaan tapi tak didatangkan dengan cara berkhutbah jadi ia menarik perhatian orang tak percaya Tuhan jugak. Lirik lagu memang menggunakan bahasa Tamil yang berjiwa baru dan tak sama dengan yang di India sana sebab ia dihasilkan oleh rakyat Malaysia. Ia sebenarnya berbicara mengenai falsafah Siva Siddhanta. Sebutan Dr. Burn dalam bahasa Tamil pun jelas.
Sinopsis Lagu
Muzik video ini mengisahkan kisah kehidupan seorang budak lelaki yang dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Budak tersebut membesar dengan membenci Tuhan. Dia tenggelam dalam alam kegelapan dalam masyarakat yang busuk seperti samseng dan dadadh. Kemudian dia dipukul oleh sekumpulan samseng. Ketika sedang nazak, dia dilawati oleh seorang berjubah hitam yang mewakili Sang Pencipta. Dia menerima Sang Pencipta sebagai penyelamatnya dan dia dibebaskan dari dendam dengan diberikan anugerah kematian.
Dalam video ini ada beberapa titik yang tinggi seperti babak Dr. Burn ditanam hidup-hidup yang merupakan satu percubaan berani. Ia merupakan suatu hal yang secara teknikal dan fizikal nya mencabar. Pelakon yang memainkan watak jongos dalam video ini ialah Encik Ganeson Manogaran dan watak dewa Siva dimainkan oleh Ravi Shanker dari Pusat Kesenian Asthana. Kedua-dua mereka ini melakonkan watak dengan baik sekali. Rudra Tandavam yang ditarikan oleh Ravi Shanker juga nampak cantik tapi menurut peneliti video setengahnya nampak kurang menyengat. Video diarahkan oleh pengarah JK Wicky, bakat muda yang boleh tahan juga.
Yang ini cuma diterjemah dari blog peneliti video berjudul Naduvan Fever: Ash Said What? Kerana peneliti video ini seorang kenalan kepada Dr. Burn dan beliau mempunyai idea yang sempoi jugak dengan menghubungi Dr. Burn untuk ditemubual. Ikuti temubual mengenai video Naduvan:
Ash: Apa maksud Naduvan ni dan kenapa ia dipilih sebagai tajuk khusus untuk lagu ni?
Dr. Burn: Sebenarnya perkataan Naduvan bermaksud dewa kematian, Eman atau Kalan (ajal). Yang semaksud itu didapati dari kamus Bahasa Tamil. Dalam masyarakat kini, kerajaan pusat pun disebut juga sebagai naduvan arasangam bermaksud Pemimpin Tertinggi yang boleh menghantar keputusan dan membuat keputusan bagi negara. Jadi makna lain bagi Naduvan adalah juga adalah orang tengah antara kematian dan kehidupan lepas kematian. Jadi saya mentafsirkannya sebagai Sang Pencipta. Kenapa saya pilih istilah ini, sebab ia disebutkan dalam lagu ini dan juga oleh Sitar dipanggil sebagai Kaduveli Sitar. Satu ayat dalam lirik lagu ini diterjemahkan secara longgarnya bermaksud: "Apabila wanita cantik dan keperawanan diragut lelaki lain, saudaranya marah dan mengungut hendak membunuhnya. Apabila dia (wanita) mati dan tiada apa pun tinggal hanya abu sahaja, adakah lelaki yang sama akan menerima abu tersebut?"
Boleh secara ringkas terangkan apa itu Saiva dan apa sejarahnya?
Saiva ini merupakan aliran yang diamalkan oleh kebanyakan orang India Selatan terutamanya masyarakat yang berbahasa Tamil. Sejak 5000 tahun lampau, ia sudah dispekulasikan berada di tamadun Mohenjo Daro dan Harappa semasa era tamadun Indus. Jumpaan carigali lambang mempunyai tiga tanduk dipanggil sebagai Pasupati mewakili Munmalanggal iaitu Karma, Maya dan Ego yang selari dengan teori ini.
Dalam video ini, kami ada menunjukkan tiga orang lelaki berpakaian serba putih yang mewakili tiga benda. Semua tiga benda ini menyeksa jiwa yang terkurung dalam tubuh, walaupun kematian menghampiri. Jadi untuk diselamatkan Sang Pencipta, seorang itu harus melepaskan segala ikatan keduniaan dan mengakhiri kesakitannya. Ini yang kami cuba paparkan dalam video.
Bagaimana muzik video dihasilkan dan cerita sikit pengalaman anda?
Ia dihasilkan di Pantai Kelanang dekat Banting, Selangor. Tempat ini terkenal dalam kalangan penganut agama Hindu di Malaysia dan mereka akan datang ke sini untuk menebarkan abu mayat. Jadi kami rasa tempat ini sesuai untuk diambil jadi tempat lakonan video. Video dirakamkan dengan empat jenis kamera digital berbeza. Utamanya dengan sekuensi gerakan lembap diambil dengan menggunakan kamera NEX FS 100 yang tak pernah digunakan langsung sebelum ni oleh pengeluaran Tamil lain-lain sebelum ni.
Keterangan Lanjut Perlambangan Video
Disebut dalam kitab-kitab agama bahawa Mahabhuta mempengaruhi kehidupan dan kematian manusia. Ada lima unsur iaitu bumi, air, api angin dan ruangan yang diwakili oleh Mahabhuta. Video ini disunting sepenuhnya dan orang ramai tak sedar kewujudan bhuta-bhuta ini. Tali sitar mengalir bagaikan sungai Ganga dari tangan Samuel J. Dass. Angin bertiup bayu dan taufan bertiup kencang memanggil dewata dilambangkan oleh suara Michael Rao. Bumi mengalahkan dosa yang mengelilinginya manakala Ganeson menelan segala ketidakadilan di sekelilingnya. Ruangan menggerakkan bintang-bintang dan planet diwakili Dr. Burn. Dewa Siva datang dalam gejolak api menghapuskan adharma. Setiap manusia itu tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Namun, sebaik sahaja dia mencapai kesedaran, maka kejahatan pun akan menjauhinya.
Label:
brahmanism,
dewa kematian,
dewa siva,
hindu,
malaysian tamils,
mrityudata,
music video,
nama shivaya,
shaiva,
sivasiddhanta,
tamil
Langgan:
Catatan (Atom)
