Memaparkan catatan dengan label shaiva. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shaiva. Papar semua catatan

Selasa, 12 Ogos 2014

Siva Siddhanta: Susunan Matham Gerakan


Yang terpenting sekali di seluruh India itu adalah:
  • Amardaka, di kota suci, Ujjain.
  • Mattamayura, di ibu kota Chalukya dekat negeri Karnataka.
  • Madhumateya, di India Tengah.
Dari susunan sebaran tiga pergerakan ini muncul pula rantingan kecil-kecil. Cuba periksa juga sampradaya yoga Nandinatha yang turut berkaitan. Penyebar-penyebar aliran ini pernah berpengaruh besar dengan perlindungan raja-raja Hindu. Mereka turut menyebarkannya ke negara-negara jiran dan melebar sampai ke Bali di Indonesia.

Dari kelompok Mattamayura pula, wujud beberapa mathom-mathom aliran ini di negeri-negeri berikut:
  • Maharashtra.
  • Karnataka.
  • Andhra Pradesh.
  • Kerala.

Isnin, 23 Jun 2014

Jalan Tantra: Vajrayana


Tatacara Vajrayana sangat bergantung kepada pelbagai teknik yang timbul dari agama-agama tantra, paribahasa dan lelontar. Tantra itu dinirvacanakan sebagai kesedaran dalaman yang berfungsi untuk menghalang kemunculan-kemunculan biasa dan konsepsi serta untuk menyempurnakan empat kesucian seorang yang dicerahi:
  • Persekitaran.
  • Tubuh.
  • Kenikmatan.
  • Perbuatan amalan.
(Mahamudra Tantra; Amrutha Permata Hati Agung m.s 19; Tharpa Publications)

Yoga dan Penunggu

Ciri terpenting sekali dalam jalan tantra itu adalah, "kepenggunaan kesan sebagai Jalan". Ertinya itu, berbanding dengan meletakkan pencerahan sepenuhnya itu sebagai satu matlamat untuk tempoh masa depan yang panjang, seseorang itu mengenalpasti diri dengan trivajra yang tidak terpisah iaitu:
  • Tubuh dicerahi.
  • Pengucapan dicerahi.
  • Pemikiran dicerahi.
Pengamal menumpukan tumpuan terhadap penunggu yoga semasa semadhi serta mengenalpasti diri dengan rupa yang timbil kesan dari kecerahan iaitu Yidam atau Ishtadevata.

Perlambangan

Dalam usaha mencapai penjatian diri dengan Ishtadevata itu, banyak perlambangan, sadhana dan pembayang diperguna. Tatacara ini permulaannya mungkin kelihatan seperti mengarut, namun, ia cuma boleh dijalankan dengan asas-asas yang diperolehi menerusi pemahaman drishti Buddha dan pematuhan tradisi yang ketat.

(Tapak-Tapak Tantri dan Jalan: Cara Masuk, Perjalanan dan Penyempurnaan Jalan Vajrayana; m.s 65; Tharpa Publications)

Rahasia

Rahsia sering menjadi batu penanda simpang ajaran Buddha tatacara Tantra, untuk mengelakkan kecederaan dan orang lain kerana tidak mengguna panduan guru-guru. Penjelasan penuh mengenai perlambangan tantri dan psikologi amalan itu dilarang kepada mereka yang tidak menerima diksha. Larangan ini demi mengelakkan salah faham serta kelompongan amalan kepada mereka yang belum menerima diksha.
"Tantra itu terbatas cuma untuk mereka yang belas kasihnya itu agung dan tidak mampu bertahan untuk membuang masa demi mencapai Pencerahan, kerana mereka ingin menjadi tenaga besar untuk membantu dan menggembirakan orang lain dengan segera".
Sadhana

Mengikut tatacaranya seperti:

1. Kepentingan perhubungan guru-shiksha, contohnya menerusi shaktipat atau diksha. Menerusi perkara ini, shiksha memperoleh kebenaran dari guru parampara untuk mengamalkan tantra tertentu.

2. Pemindahan mulut ke mulut menerusi guru tantra. Pengajaran ini diberi secara rahsia dan perseorangan oleh guru ke siksha. Keadaan ini disebabkan oleh guru memerlukan shiksha itu mencapai tahap kematangan tertentu sebelum diberi buah pengajaran. Jika tidak, dibimbangi timbul kesan buruk. Pengajaran begini menggambarkan aspek tertentu minda dan juga cara mencapainya. Ia membantu shiksha menyedari bahawa sadhana tertentu itu sebenarnya berbahaya bagi kesihatan jika tidak mengikut garis persediaan yang betul. Contohnya seperti keadaan minda semasa sedang nazak. Seorang yogi itu "mati" dalam pertapaannya dan kemudian hidup kembali, jadi dia merasai semua tahap minda.

3. Penggunaan upacara dan lambang tertentu berakar-umbi dari prapancavijnana dan kepercayaan tertentu:
  • Pengulangan japa mantra dan dharani.
  • Penggunaan pelbagai jeins yoga seperti Adhisāra, termasuk Pranayama, Yantra dan Mudra.
  • Penggunaan meluas kosa kata bantuan penglihatan seperti peta prapancha mandala yang menunjukkan jalan menuju ke pencerahan rohani. Bija mantra Tibet dan Ranjana pun diperguna.
  • Penggunaan alatan seperti vajra dan ghanta, damaru dan pelbagai lagi bahan perlambangan dan bunyian.
4. Ganachakra, kenduri dengan mengambil daging dan air tuak.

Yoga Devata

Ini sangat asas dalam amalan ini. Ia melibatkan sadhaka itu sedang membayangkan dirinya itu sebagai Buddha bersemadhi atau Ishtadevata sadhana itu.

Tujuan

Tujuan yoga ini adalah untuk menyedarkan bahawa devata dan sadhaka itu sebenarnya dalam zat yang sama, ketidakduaan. Ishtadevata itu umumnya muncul dalam mandala dan sadhaka itu melihat dirinya serta persekitarannya itu sebagai Ishtadevata dan mandala bagi yoga mereka.

Cara penglihatan ini menenggelamkan kepercayaan yang sudah bersarang di minda yang melihat hakikat dan jiwa itu sebagai legap dan memang begitu. Sadhaka seterusnya boleh menyucikan pencemaran-pencemaran rohaniah disebut sebagai klesha dan mengamalkan bodhicitta bersama.
"Yoga devata memperguna kaedah yang sangat maju dalam cetusan imaginasi, visualisasi dan photisme untuk menjatikan diri dengan rupa diviya dan ciri-ciri devata tertentu sebagai kesatuan kaedah atau cara mahir dan kebijaksanaan. Seperti kata-kata Dalai Lama, 'Ringksnya, tubuh seorang yang cerah jiwanya itu dicapai menerusi semadhi pada ciri tersebut'".
Gambaran Penglihatan

Perwakilan devata, seperti murthi, thangka atau mandala itu sering diperguna untuk membantu dalam gambaran penglihatan dalam Tahap Turunan dan Tahap Penyempurnaan bagi Tantra Anuttarayoga. Mandala-mandala itu merupakan wakil perlambangan bagi ruang suci, binaan suci dalam rumah serta mengandungi zat-zat tidak tercakup Ishtadevata. Dalam buku, Loka Buddhisme di Tibet, Dalai Lama menjelaskan bahawa mandala itu, "Ia merupakan tempat kediaman samawi, kediaman murni devata".

Ishtadevata

Aliran Vajrayāna di Tibet dan sebelah Asia Timur mengikut tradisi Nālandā dari India yang diperkembang di Tibet dan China... Terdapat 15 aliran sādhanā tantrika, yang dihubungkan oleh Ishtadevata tertentu....
  1. Śūraṅgama
  2. Sitātapatrā
  3. Nīlakaṇṭha
  4. Tārā
  5. Mahākāla
  6. Hayagrīva
  7. Amitābha
  8. Amitāyus
  9. Bhaiṣajyaguru
  10. Akṣobhya
  11. Guhyasamāja
  12. Vajrayoginī
  13. Vajravarāhi
  14. Heruka
  15. Cakrasaṃvara
  16. Yamāntaka
  17. Vajrabhairava
  18. Kālacakra
  19. Hevajra
  20. Chod
  21. Vajrapāṇi.
Semua ini turut mempunyai bentuk teks Tibet dan teks Cina serta teks-teks Sanskerta lama.... 

Mandala

Mandala diperguna untuk membantu sadhaka untu menyedar tapak dalam diri:
Sadhana luar dan dalam membentuk keseluruhan yang satu, dan kesatuan ini berada dalam bentuk ungkapan saratnya yang membentuk mandala, ruang tertutup suci itu mengandungi segi-segi terkandung dan bulatan yang dilukis di tanah membentuk lapangan kukuh kejadian yang pencari kecerahan itu ingini untuk dirinya. Peleraian upacara tantra itu bergantung kepada mandala; mandala ini bukan berbentuk legap, tetapi dicetuskan secara mental atau rohani semasa bertapa.
(Konsep Sahaja dalam agama-agama Tantri Hindu-Buddha)

Pariṇāmanā

Pemindahan pahala amalan merupakan bahagian yang piawai dalam sādhanā Vajrayana. Pengertian sastera konsep ini adalah perubahan yang membawa kepada perkembangan sempurna. Pahala sadhaka turut tersebar ke makhluk berhati nurani lain di sekeliling.

Ia merupakan salah satu aspek Amalan Tujuh Lapis Tertinggi atau सप्तविधा अनुत्तरपूजा Saptavidhā Anuttarapūjā.

(Gäng, Peter dan Wetzel, Sylvia (penyunting) (2004). Versi Pelbagai Bahasa untuk Sabdavali Buddha. Akademi Buddha Berlin, Brandenburg).

Rabu, 8 Ogos 2012

Naduvan: Perantara Kematian

Namoshkar!!!


Credits due to Dr. Burn who's the owner of the video and Ugly Duckling Production

Aku baru mendengar dan menonton video muzik berbahasa Tamil walaupun ia dah lama dilancarkan. Sungguh pun aku tidak reti berbahasa Tamil mahupun memahaminya namun aku berasa terpanggil untuk membuat post mengenai apa yang aku dengar. Walaupun ia hanya sebuah lagu tetapi ia menarik sekali untuk dikongsikan dan dicatat masuk sebagai kenangan.

Naduvan merupakan perkataan bahasa Tamil yang mula dikenali pendengar muzik internet berbahasa Tamil sejak bulan 12 Jun 2012. Lagu ini dilepaskan dalam sebuah landasan album berjudul Pranavam: Album Ketuhanan. Ia merupakan salah satu lagu yang dinyanyikan oleh beberapa orang penyanyi tempatan rakyat Malaysia yang berbahasa Tamil. Ketika dilancarkan, lagu ini menerima banyak maklumbalas yang membina serta dikritik oleh peminat muzik bahasa Tamil. Video untuk lagu ini dihasilkan oleh Dr. Burn dengan kerjasama Ugly Duckling Studios. Boleh ditonton di saluran Youtube. Ia turut mendapat perhatian IndiaGlitz.  

Lagu ini ditulis dan digubah serta dipersembahkan oleh Dr. Burn dengan Michael Rao, Samuel J Dass untuk Sitar dan MC DV bagi gitar. Ia merupakan nyanyian ditujukan kepada dewa Siva yang disembah sebagai Paramatma oleh penganut agama Hindu aliran Saiva. Ia adalah tentang kebergantungan terhadap keduniaan dan apa yang akan menimpa mereka apabila mereka mati. Jelas sekali nampak elemen kegelapan dalam lagu ini kerana ada tema kematian dan penyelamatan. Tak seperti idea gothik di Barat, dalam video ini nampak peranan Pencipta dan Perantara antara kematian dengan kehidupan selepas mati. 

Ia memang mempunyai genre keagamaan tapi tak didatangkan dengan cara berkhutbah jadi ia menarik perhatian orang tak percaya Tuhan jugak. Lirik lagu memang menggunakan bahasa Tamil yang berjiwa baru dan tak sama dengan yang di India sana sebab ia dihasilkan oleh rakyat Malaysia. Ia sebenarnya berbicara mengenai falsafah Siva Siddhanta. Sebutan Dr. Burn dalam bahasa Tamil pun jelas. 

Sinopsis Lagu

Muzik video ini mengisahkan kisah kehidupan seorang budak lelaki yang dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Budak tersebut membesar dengan membenci Tuhan. Dia tenggelam dalam alam kegelapan dalam masyarakat yang busuk seperti samseng dan dadadh. Kemudian dia dipukul oleh sekumpulan samseng. Ketika sedang nazak, dia dilawati oleh seorang berjubah hitam yang mewakili Sang Pencipta. Dia menerima Sang Pencipta sebagai penyelamatnya dan dia dibebaskan dari dendam dengan diberikan anugerah kematian.

Dalam video ini ada beberapa titik yang tinggi seperti babak Dr. Burn ditanam hidup-hidup yang merupakan satu percubaan berani. Ia merupakan suatu hal yang secara teknikal dan fizikal nya mencabar. Pelakon yang memainkan watak jongos dalam video ini ialah Encik Ganeson Manogaran dan watak dewa Siva dimainkan oleh Ravi Shanker dari Pusat Kesenian Asthana. Kedua-dua mereka ini melakonkan watak dengan baik sekali. Rudra Tandavam yang ditarikan oleh Ravi Shanker juga nampak cantik tapi menurut peneliti video setengahnya nampak kurang menyengat. Video diarahkan oleh pengarah JK Wicky, bakat muda yang boleh tahan juga. 

Yang ini cuma diterjemah dari blog peneliti video berjudul Naduvan Fever: Ash Said What? Kerana peneliti video ini seorang kenalan kepada Dr. Burn dan beliau mempunyai idea yang sempoi jugak dengan menghubungi Dr. Burn untuk ditemubual. Ikuti temubual mengenai video Naduvan:

Ash: Apa maksud Naduvan ni dan kenapa ia dipilih sebagai tajuk khusus untuk lagu ni?

Dr. Burn: Sebenarnya perkataan Naduvan bermaksud dewa kematian, Eman atau Kalan (ajal). Yang semaksud itu didapati dari kamus Bahasa Tamil. Dalam masyarakat kini, kerajaan pusat pun disebut juga sebagai naduvan arasangam bermaksud Pemimpin Tertinggi yang boleh menghantar keputusan dan membuat keputusan bagi negara. Jadi makna lain bagi Naduvan adalah juga adalah orang tengah antara kematian dan kehidupan lepas kematian. Jadi saya mentafsirkannya sebagai Sang Pencipta. Kenapa saya pilih istilah ini, sebab ia disebutkan dalam lagu ini dan juga oleh Sitar dipanggil sebagai Kaduveli Sitar. Satu ayat dalam lirik lagu ini diterjemahkan secara longgarnya bermaksud: "Apabila wanita cantik dan keperawanan diragut lelaki lain, saudaranya marah dan mengungut hendak membunuhnya. Apabila dia (wanita) mati dan tiada apa pun tinggal hanya abu sahaja, adakah lelaki yang sama akan menerima abu tersebut?" 

Boleh secara ringkas terangkan apa itu Saiva dan apa sejarahnya?

Saiva ini merupakan aliran yang diamalkan oleh kebanyakan orang India Selatan terutamanya masyarakat yang berbahasa Tamil. Sejak 5000 tahun lampau, ia sudah dispekulasikan berada di tamadun Mohenjo Daro dan Harappa semasa era tamadun Indus. Jumpaan carigali lambang mempunyai tiga tanduk dipanggil sebagai Pasupati mewakili Munmalanggal iaitu Karma, Maya dan Ego yang selari dengan teori ini. 

Dalam video ini, kami ada menunjukkan tiga orang lelaki berpakaian serba putih yang mewakili tiga benda. Semua tiga benda ini menyeksa jiwa yang terkurung dalam tubuh, walaupun kematian menghampiri. Jadi untuk diselamatkan Sang Pencipta, seorang itu harus melepaskan segala ikatan keduniaan dan mengakhiri kesakitannya. Ini yang kami cuba paparkan dalam video. 

Bagaimana muzik video dihasilkan dan cerita sikit pengalaman anda?

Ia dihasilkan di Pantai Kelanang dekat Banting, Selangor. Tempat ini terkenal dalam kalangan penganut agama Hindu di Malaysia dan mereka akan datang ke sini untuk menebarkan abu mayat. Jadi kami rasa tempat ini sesuai untuk diambil jadi tempat lakonan video. Video dirakamkan dengan empat jenis kamera digital berbeza. Utamanya dengan sekuensi gerakan lembap diambil dengan menggunakan kamera NEX FS 100 yang tak pernah digunakan langsung sebelum ni oleh pengeluaran Tamil lain-lain sebelum ni.

Keterangan Lanjut Perlambangan Video

Disebut dalam kitab-kitab agama bahawa Mahabhuta mempengaruhi kehidupan dan kematian manusia. Ada lima unsur iaitu bumi, air, api angin dan ruangan yang diwakili oleh Mahabhuta. Video ini disunting sepenuhnya dan orang ramai tak sedar kewujudan bhuta-bhuta ini. Tali sitar mengalir bagaikan sungai Ganga dari tangan Samuel J. Dass. Angin bertiup bayu dan taufan bertiup kencang memanggil dewata dilambangkan oleh suara Michael Rao. Bumi mengalahkan dosa yang mengelilinginya manakala Ganeson menelan segala ketidakadilan di sekelilingnya. Ruangan menggerakkan bintang-bintang dan planet diwakili Dr. Burn. Dewa Siva datang dalam gejolak api  menghapuskan adharma. Setiap manusia itu tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Namun, sebaik sahaja dia mencapai kesedaran, maka kejahatan pun akan menjauhinya.