Memaparkan catatan dengan label vajrayana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vajrayana. Papar semua catatan

Isnin, 23 Jun 2014

Jalan Tantra: Vajrayana


Tatacara Vajrayana sangat bergantung kepada pelbagai teknik yang timbul dari agama-agama tantra, paribahasa dan lelontar. Tantra itu dinirvacanakan sebagai kesedaran dalaman yang berfungsi untuk menghalang kemunculan-kemunculan biasa dan konsepsi serta untuk menyempurnakan empat kesucian seorang yang dicerahi:
  • Persekitaran.
  • Tubuh.
  • Kenikmatan.
  • Perbuatan amalan.
(Mahamudra Tantra; Amrutha Permata Hati Agung m.s 19; Tharpa Publications)

Yoga dan Penunggu

Ciri terpenting sekali dalam jalan tantra itu adalah, "kepenggunaan kesan sebagai Jalan". Ertinya itu, berbanding dengan meletakkan pencerahan sepenuhnya itu sebagai satu matlamat untuk tempoh masa depan yang panjang, seseorang itu mengenalpasti diri dengan trivajra yang tidak terpisah iaitu:
  • Tubuh dicerahi.
  • Pengucapan dicerahi.
  • Pemikiran dicerahi.
Pengamal menumpukan tumpuan terhadap penunggu yoga semasa semadhi serta mengenalpasti diri dengan rupa yang timbil kesan dari kecerahan iaitu Yidam atau Ishtadevata.

Perlambangan

Dalam usaha mencapai penjatian diri dengan Ishtadevata itu, banyak perlambangan, sadhana dan pembayang diperguna. Tatacara ini permulaannya mungkin kelihatan seperti mengarut, namun, ia cuma boleh dijalankan dengan asas-asas yang diperolehi menerusi pemahaman drishti Buddha dan pematuhan tradisi yang ketat.

(Tapak-Tapak Tantri dan Jalan: Cara Masuk, Perjalanan dan Penyempurnaan Jalan Vajrayana; m.s 65; Tharpa Publications)

Rahasia

Rahsia sering menjadi batu penanda simpang ajaran Buddha tatacara Tantra, untuk mengelakkan kecederaan dan orang lain kerana tidak mengguna panduan guru-guru. Penjelasan penuh mengenai perlambangan tantri dan psikologi amalan itu dilarang kepada mereka yang tidak menerima diksha. Larangan ini demi mengelakkan salah faham serta kelompongan amalan kepada mereka yang belum menerima diksha.
"Tantra itu terbatas cuma untuk mereka yang belas kasihnya itu agung dan tidak mampu bertahan untuk membuang masa demi mencapai Pencerahan, kerana mereka ingin menjadi tenaga besar untuk membantu dan menggembirakan orang lain dengan segera".
Sadhana

Mengikut tatacaranya seperti:

1. Kepentingan perhubungan guru-shiksha, contohnya menerusi shaktipat atau diksha. Menerusi perkara ini, shiksha memperoleh kebenaran dari guru parampara untuk mengamalkan tantra tertentu.

2. Pemindahan mulut ke mulut menerusi guru tantra. Pengajaran ini diberi secara rahsia dan perseorangan oleh guru ke siksha. Keadaan ini disebabkan oleh guru memerlukan shiksha itu mencapai tahap kematangan tertentu sebelum diberi buah pengajaran. Jika tidak, dibimbangi timbul kesan buruk. Pengajaran begini menggambarkan aspek tertentu minda dan juga cara mencapainya. Ia membantu shiksha menyedari bahawa sadhana tertentu itu sebenarnya berbahaya bagi kesihatan jika tidak mengikut garis persediaan yang betul. Contohnya seperti keadaan minda semasa sedang nazak. Seorang yogi itu "mati" dalam pertapaannya dan kemudian hidup kembali, jadi dia merasai semua tahap minda.

3. Penggunaan upacara dan lambang tertentu berakar-umbi dari prapancavijnana dan kepercayaan tertentu:
  • Pengulangan japa mantra dan dharani.
  • Penggunaan pelbagai jeins yoga seperti Adhisāra, termasuk Pranayama, Yantra dan Mudra.
  • Penggunaan meluas kosa kata bantuan penglihatan seperti peta prapancha mandala yang menunjukkan jalan menuju ke pencerahan rohani. Bija mantra Tibet dan Ranjana pun diperguna.
  • Penggunaan alatan seperti vajra dan ghanta, damaru dan pelbagai lagi bahan perlambangan dan bunyian.
4. Ganachakra, kenduri dengan mengambil daging dan air tuak.

Yoga Devata

Ini sangat asas dalam amalan ini. Ia melibatkan sadhaka itu sedang membayangkan dirinya itu sebagai Buddha bersemadhi atau Ishtadevata sadhana itu.

Tujuan

Tujuan yoga ini adalah untuk menyedarkan bahawa devata dan sadhaka itu sebenarnya dalam zat yang sama, ketidakduaan. Ishtadevata itu umumnya muncul dalam mandala dan sadhaka itu melihat dirinya serta persekitarannya itu sebagai Ishtadevata dan mandala bagi yoga mereka.

Cara penglihatan ini menenggelamkan kepercayaan yang sudah bersarang di minda yang melihat hakikat dan jiwa itu sebagai legap dan memang begitu. Sadhaka seterusnya boleh menyucikan pencemaran-pencemaran rohaniah disebut sebagai klesha dan mengamalkan bodhicitta bersama.
"Yoga devata memperguna kaedah yang sangat maju dalam cetusan imaginasi, visualisasi dan photisme untuk menjatikan diri dengan rupa diviya dan ciri-ciri devata tertentu sebagai kesatuan kaedah atau cara mahir dan kebijaksanaan. Seperti kata-kata Dalai Lama, 'Ringksnya, tubuh seorang yang cerah jiwanya itu dicapai menerusi semadhi pada ciri tersebut'".
Gambaran Penglihatan

Perwakilan devata, seperti murthi, thangka atau mandala itu sering diperguna untuk membantu dalam gambaran penglihatan dalam Tahap Turunan dan Tahap Penyempurnaan bagi Tantra Anuttarayoga. Mandala-mandala itu merupakan wakil perlambangan bagi ruang suci, binaan suci dalam rumah serta mengandungi zat-zat tidak tercakup Ishtadevata. Dalam buku, Loka Buddhisme di Tibet, Dalai Lama menjelaskan bahawa mandala itu, "Ia merupakan tempat kediaman samawi, kediaman murni devata".

Ishtadevata

Aliran Vajrayāna di Tibet dan sebelah Asia Timur mengikut tradisi Nālandā dari India yang diperkembang di Tibet dan China... Terdapat 15 aliran sādhanā tantrika, yang dihubungkan oleh Ishtadevata tertentu....
  1. Śūraṅgama
  2. Sitātapatrā
  3. Nīlakaṇṭha
  4. Tārā
  5. Mahākāla
  6. Hayagrīva
  7. Amitābha
  8. Amitāyus
  9. Bhaiṣajyaguru
  10. Akṣobhya
  11. Guhyasamāja
  12. Vajrayoginī
  13. Vajravarāhi
  14. Heruka
  15. Cakrasaṃvara
  16. Yamāntaka
  17. Vajrabhairava
  18. Kālacakra
  19. Hevajra
  20. Chod
  21. Vajrapāṇi.
Semua ini turut mempunyai bentuk teks Tibet dan teks Cina serta teks-teks Sanskerta lama.... 

Mandala

Mandala diperguna untuk membantu sadhaka untu menyedar tapak dalam diri:
Sadhana luar dan dalam membentuk keseluruhan yang satu, dan kesatuan ini berada dalam bentuk ungkapan saratnya yang membentuk mandala, ruang tertutup suci itu mengandungi segi-segi terkandung dan bulatan yang dilukis di tanah membentuk lapangan kukuh kejadian yang pencari kecerahan itu ingini untuk dirinya. Peleraian upacara tantra itu bergantung kepada mandala; mandala ini bukan berbentuk legap, tetapi dicetuskan secara mental atau rohani semasa bertapa.
(Konsep Sahaja dalam agama-agama Tantri Hindu-Buddha)

Pariṇāmanā

Pemindahan pahala amalan merupakan bahagian yang piawai dalam sādhanā Vajrayana. Pengertian sastera konsep ini adalah perubahan yang membawa kepada perkembangan sempurna. Pahala sadhaka turut tersebar ke makhluk berhati nurani lain di sekeliling.

Ia merupakan salah satu aspek Amalan Tujuh Lapis Tertinggi atau सप्तविधा अनुत्तरपूजा Saptavidhā Anuttarapūjā.

(Gäng, Peter dan Wetzel, Sylvia (penyunting) (2004). Versi Pelbagai Bahasa untuk Sabdavali Buddha. Akademi Buddha Berlin, Brandenburg).

Khamis, 9 Januari 2014

Perlindungan dari Ilmu Hitam dan Kejahatan


Oleh Saudara Tsem Rimpoche, Penasihat Rohaniah Graha Kechara
Terjemahan ke bahasa Melayu oleh NG

Amalan Ringkas bagi Penganut Buddha Dharma Vinaya bagi Mengelakkan Ilmu Hitam, Roh Jahat dan Gangguan Ghaib

Tabik kepada Yang Mulia Dalai Lama dan dan semua guru agung yang bermurah hati mengajari kita bertahun-tahun lamanya.

Aku sudah melawat Malaysia sebagai salah sebuah negara yang menarik sejak lapan tahun lah pada kali kelapannya itu pada tahun 2000. Aku bersenang hati berjumpa dengan ramai penduduk Malaysia dari segenap latar belakang kehidupan. Banyaklah ajaran Dharma diajari kepada mereka yang berdatang dan yang sepenuh hatinya mau mempelajari Dharma. Aku turut menemui mereka yang tersangkut dengan banyak amalan-amalan yang tiruan dikaitkan dengan ajaran Buddha dan juga mereka yang menjalankan kaedah ajaran Buddha yang luaran sahaja. Sedangkan amalan-amalan tersebut tidak merubah dalaman perseorangan menjadi orang yang lebih baik dan membawanya kepada kebijaksanaan yang benar.

Sebagai penganut ajaran Buddha, sudah menjadi tanggungjawab pula untuk mempelajari dan memakai kaedah-kaedah yang sudah dipelajai dan dijadikan ia sebagai kerangka pula bagi pemikiran. Apabila pemikiran sudah dikeadaankan semula secara baik maka tindakan luaran pun akan menurut secara sendirinya. Yang luaran itu mencerminkan yang dalam. Di samping belajar dan bertapa, seseorang itu mestilah melibatkan diri dalam amalan-amalan membuat pahala dan memurnikan semula karma (perbuatan) buruk.

Setengah orang mungkin terpikir bahawa tindakan mengumpulkan pahala perseorangan itu sebagai mementingkan diri sendiri. Yang ini ada Miccha Drishti atau Pandangan yang Salah. Kerana benar bahawa seseorang itu mengumpulkan pahala bagi dirinya, namun tanggapan ini cuma pada seorang Mahayana atau seorang Bodhicitta. Jika pahala dikumpulkan dengan motivasi seorang Bodhicitta, maka pengumpulan pahala itu membawanya pula kepada Pencerahan dan pencapaian kita. Bahawasanya Pencerahan itu membolehkan kita membawa juga makhluk lain yang berakal masuk ke Pencerahan bersama. Hanya makhluk yang benar-benar Dicerahi sahaja mempunyai kemahiran yang sempurna, kaedah dan kebijaksanaan yang memberi manfaat kepada yang lain.

Jadi, kita mengumpulkan pahala bukan bagi diri kita semata-mata tapi bagi yang lain juga. Apabila seseorang itu membuat kenyataan bahawa pengumpulan pahala itu adalah tindakan yang mementingkan diri, ia cuma menunjukkan bahawa orang itu tak mempunyai pemahaman yang betul sahaja. Pahala ini merupakan punca utama yang membawa makhluk berakal ke Pencerahan sempurna. Mereka yang menyedarinya akan terusan melibatkan diri dalam pengumpulan pahala bagi pihak yang lain. Hakikatnya, lebih banyak seseorang itu nampak makhluk lain kena lalui, lebih lagilah keinginannya itu untuk menambahkan pahala sebagai persediaan buat mencari jalan membebaskan yang lain.

Jadi, belajar Dharma, kemudian bertapa pula dengannya bagi mencapai pemahaman dan merubah diri kita seta pengumpulan pahala itu berkembang pula dari tangan ke tangan. Menerima banyak kenaikan dari Rimpoche yang berkesedaran tinggi pun tak akan memenuhi tujuan ini. Menghadiri ceramah Dharma dan mempunyai pemahaman intelektual Dharma itu samalah saja seperti seorang sakit yang tak ambil ubatnya tetapi cuma memuji keberkesanan ubat tesebut kepada yang lain sedangkan penyakit itu mencarik-caik tubuhnya.

Berlindung dan kenaikan sahaja tapi tidak membiasakan diri dan berpegang kepada sila-sila itu serupalah seperti menerima kot memanaskan badan tetapi tak memakainya pun sambil bedii di tengah jalan dalam kesejukan. Berlindung dengan seorang Guru itu tapi sering pula tenampak ulasan-ulasan "buruk" itu selalu pula memberi kesan seperti seorang yang bertemu dengan seorang yang negatif dan berasa bahaawa nasihat-nasihat negtaif tesebut adalah benar lalu diikutilah pula bersungguh-sungguh nasihatnya! Keadaan ini lantas menjauhkan seseorang itu dai Dharma pula. Jauh dari Dharma itu pula bukannya jarak bejisim. Seseorang itu boleh berada di hadapan Yang Mulia Dalai Lama, tapi jika pikirannya itu adalah kebencian, balas dendam dan sakit hati maka dia jauhlah dari Dharma.

Melawan Guru pun mempunyai banyak kesan negatif. Mempunyai pusat besar dengan ramai pegikut dan kotak derma dana itu bukannya penguku kepada kejayaan. Ia bukannya tanda bahawa Dharma sedang berkembang di pusat anda. Pusat Dhama mestilah dipenuhi oleh pelajar-pelajar yang mindanya berubah dan jiwanya berubah ke arah yang lebih baik sehari-hari. Jika tindakan pelajar pusat Dharma itu adalah Adharma dan pusat keagamaan itu masih lagi berkembang maka itu tandanya kepada malang. Jadi kita mesti muhasabah dalam diri kita dan bertanya, "Apakah motivasi kita?" Apabila kita muhasabah dan telusuri bahawa motivasi kita itu tak baik, maka sebaiknya dipakai pula "penawar" yang diberikan menerusi ajaran paa guru. Jangan lihat pada luaran Dharma, sebaliknya Dharma itu adalah kesedaran dalaman yang dikumpulkan menerusi pengamalan dan pemakaian bersungguh-sungguh.

Ilmu Hitam

Salah satu persoalan yang seringkali aku ditanya dan masalah yang sering aku temui di rantau Asia Tenggara ini adalah mengenai ilmu hitam. Bagaimanakah caranya menangkal ilmu hitam dan roh jahat? Ilmu hitam sudah berada di dunia ini sejak lama lagi. Sebelum timbulnya ajaran Buddha, ajaran Jesus, agama Yahudi dan lain-lain. Ia sudah diperhatikan dan diamalkan beribu-ribu tahun lamanya sejak sebelum timbulnya bahasa bertulisan. Ia merupakan salah satu cara bagi memenuhi kehendak seseoang itu dengan segera dan yang tak boleh dipenuhi dengan cara biasa.

Ilmu hitam boleh datang dalam pelbagai rupa. Boleh jadi ia adalah unsur dari angin, udara, api, tanah atau gabungan kesemua ini. Mungkin juga melibatkan penggunaan roh-roh atau semangat orang yang sudah mati bagi menjalankan upacara. Ia boleh jadi kata-kata atau bunyian yang diadun sampai mengeluarkan getaran tertentu yang boleh pula memberi kesan kepada jisim makhluk lain. Boleh jadi menggunapakai kedudukan bumi, penglibatan bintang-bintang dan juga tenaga alam semulajadi. Boleh jadi juga menggunapakai penjaga semulajadi (penunggu), roh-roh dan makhluk yang mendiami rantau pergunungan, gua, bukit dan pokok-pokok besar di beberapa rantau.

Sama ada ilmu itu hitam atau puteh, bergantunglah kepada motivasi atau "niat" kita menjalankannya. Tapi jika kita berniat memperguna roh lain untuk menyakiti yang lain dan jika selepas itu ia menjalaninya menurut kehendak kita, maka bolehlah kita simpulkan bahawa roh tesebut adalah negatif. Kalau ia berpotensi menyakiti yang lain, pastinya ia pun boleh menyakiti kita dan akan menyakiti kita! Jadi, sebaiknya tak payahlah buat sebarang amalan tersebut.

Baginda Siddhartha Gautama Buddha tak pernah mengajarkan kaedah ilmu sihir atau kaedah menyakiti orang lain. Kalau anda bertemu bhikkhu atau penganut Buddha yang membuat sihir atas orang lain, kemungkinan besarnya mereka itu bukan penganut ajaran Buddha atau bhikkhu yang sebenar tapi cuma berselindung. Jika kita mengamalkan sihir untuk memenuhi kehendak sementara kita, nanti pastilah ada libasan semula dan kesan-kesan tak menyenangkan timbul. Jika selesai pun masalah itu cuma sementara sahaja, nanti akan timbul masalah lain pula.

Tanda Ditundukkan

Tanda terkena penunduk...
  • Jadi sewel.
  • Peribadi tiba-tiba berubah.
  • Perangai pelik tiba-tiba.
  • Kemalangan yang tak dapat dijelaskan penyebab.
  • Tak bertindak untuk kebajikan orang yang disayangi seperti keluarga sebaliknya ikut orang asing tanpa sebab.
  • Tertarik bersangatan tehadap orang lain yang baru dikenali tanpa diketahui sebab (penunduk cinta).
Yang ini antara petanda seseorang dibomohkan. Yang lain-lain temasuklah roh jahat itu sendiri mengikuti kita dan menjelma, maka kita rasa seperti ada orang melihat kita, atau rasa tak selesa di beberapa bahagian di rumah. Mungkin juga kesan daripada seseorang menghanta makhluk itu kepada kita atau menghanta sesuatu, mungkin kita menyinggung perasaan makhluk di sesuatu tempat, penunggu tempatan tak suka dengan kita atau kita mengamalkan ilmu dengan menghambakan makhluk itu maka ia mencari semula demi meminta pembalasan.

Cara Mengelakkan Masalah


Dalam ajaran Buddha, ada banyak pula cara mengelakkan masalah ini. Setiap aliran Buddha ada cara yang sah untuk melawan pekara ini. Tapi disebutkan ini cuma yang ringkas-ringkas bagi upasaka (orang awam) serta bekesan kepada mereka yang tak ada guru kerana selamat diperbuat.

Jika anda tersinggung penunggu tempatan, bolehlah berikan pasemah bungaan, colok, buah-buahan, lilin dan kuih-kuih di tempat tersebut. Di tempat tersebut, letakkan barang baik-baik dan minta maaf kerana menyinggung perasaannya. Kemungkinan anda telah mencabut pokok tempat makhluk halus tersebut berteduh atau mengorek tanah di situ tanpa memberi amaran kepadanya lalu menyebabkannya meradang. Kebanyakan orang seperti orang Cina mempunyai sanggar kecil di balkoni, tepi-tepi jalan atau di luar kawasan rumah. Begitu juga dengan orang Siam membuat sanggar di tepi jalan untuk memberi barangan kepada semangat-semangat alam sekitar di situ. Penganut ajaran Buddha bukannya berlindung dengan makhluk-makhluk tersebut atau sembahyang kepadanya. Sebaliknya cuma memberikan saguhati atau hadiah kepada sesama makhluk yang tersinggung sahaja. Sikap ini yang sepatutnya diambil oleh penganut ajaran Buddha, kalau tidak anda sudahlah melanggar perjanjian sebagai penganut ajaran Buddha. 

Kalau semangat jahat mengganggu kita atau ilmu hitam disudikan ke kita maka ada empat cara pula antara banyak-banyak cara berguna yang boleh dijalankan upasaka tanpa kehadiran bhikkhu....

Kejadian Ringan-Ringan

Bolehlah ambil perlindungan dengan Trairattana. Bukan hanya dibaca di mulut tapi mesti dihayati dengan hati engkau. Lepaskan segala ketakutan yang mencengkam hati dan letakkan kepercayaan kepada Guru Dicerahi, Dharma Vinayam, dan Sangha masyarakat yang dicerahi. Mestilah dijaga segala sumpah dan jangan dibiarkan putus. Sekali terputus, haruslah mengakuinya dan segera menyesal seikhlas hatinya! Bepegang teguh dengan sumpah dan perjanjian itu merupakan perlindungan melawan semangat jahat dan kegelapan sekeliling kau.

Dengan meletakkan kepercayaan dengan Trairattana, berpegang dengan pancasila, maka bacalah pula mantrakata dalam bahasa Sanskerta kalau reti....

नामो गुरुवे : नामो बुद्धय नामो धर्मय नामो संघय

Bacalah yang ini sekurang-kurangnya dengan satu japamala sehari itu, perlahan-lahan sambil dihayati pengertiannya sampai 100,000 kali. Tapi penting sekali untuk berhubungan murni (samaya) dengan Phra Guru (para Buddha), atau ia tak akan berkesan. Hubungan buruk dengan para guru pula akan mencetuskan karma buruk yang akan menghapuskan dasar kepada perlindungan kau dalam perjanjian jadi macam mana bacaan engkau akan membuahkan hasilnya? Semua amalan Dharma Vinayam dan penyempurnaan akan menurun apabila samaya kau terputus dengan Phra Guru dan amalan Dharma Vinayam anakotra tak akan mengeluarkan buah lagi sampai kau seikhlas hati memohon ampun pada Guru engkau.

Bagi kejadian parah pula, kenalah dibaca mantra kata Trairattana itu digabungkan dengan bacaan Pajna Paramita Sutram. Sutra itu diajari oleh Avalokitesvara menyebutkan mengenai hakikat alam semesta selepas diminta ajaran oleh Brahmana Shariputra. Seusai penyampaian sutra tersebut, ia dipujilah oleh baginda Sakyamuni sebagai sah atas Puncak Gridhra. Sebab sutra tersebut merupakan ajaran Dharma mengenai persepsi mengenai kewujudan yang menyebabkan samsara, maka ia menjadi penangkal ampuh pula melawan kejadian-kejadian buruk (fenomena negatif) yang tecetus sebab samsara (putaran kehidupan dan kelahiran).   

Jadi, boleh dibaca dengan japamala sebagai mantra minta perlindungan semoga akal menjadi cerah senantiasa dalam gelap, diikuti dengan bacaan Prajna Paramita Sutra. Kemudian bacalah dengan japamala peringatan dari Prajna Paramita Sutra....

तयथ ॐ गते गते परगते परसंगते बोधी स्वहः

Buat tujuh bejana air semahan pula kepada salah satu Yidam (Ishta Devata) atau baginda Buddha setiap hari selepas bacaan bagi membuat pahala. Jika buat lebih pun tak apa. Prajna Paramita Sutra itu kau nak baca dalam bahasa apa pun tiada dosanya.

Bagi kejadian lampau parah atau ilmu hitam atau gangguan semangat halus yang mengganggu maka libatkan diri dalam amalan Dakini Muka Singa. Ia merupakan jelmaan Sang Padmasambhava garang penghancur ilmu hitam. Mula sekali baca mantra kata trairatna 12 kali. Kemudian, baca mantra Je Tsongkhapa (Guru Lembah Bawang, China) atau Guru Rimpoche 21 kali. Dengan menganggap beliau itu salah satu daripada guru anda. Sebab Tsongkhapa atau Guru Rimpoche itu merupakan jelmaan dalam rupa Guru, jadi mudahlah hendak mengenalpasti mereka menerusi salah satu guru daripada guru-guru. Jika tak ada guru peribadi pun, bolehlah dibaca jua dengan kepercayaan diletakkan kepada para Buddha yang masih berada dalam dunia.

Mantra Tsongkhapa

ॐ अः गुरू बेनश धार सुमति कीर्ति सिद्धी .... हुं .... हुं ....

Mantra Guru Yang Mulia (Rimpoche)

ॐ अः हुं बेनश गुरू पेम सिद्धी .... हुं ....

Kemudian puja pendek menerusi dewi Dakini Simha Mukham yang merupakan jelmaan garang Tara Hijau timbul buat menghapuskan sihir, semangat jahat dan membuang halangan. Kemudian bacalah berikut...

कडा देवी यशास्वि दाखिनी सिंह मुख प्रकोप मुर्क अपीञ आत्मीक ज्ञान सीनार्कान छाय ... दाखिनी सिंह मुख देवी नामो नामाः ॥

Diikuti mantra...

आः ख सामरंश शंदरास मराय  फेत्॥

(Baca 21 x 108 kali atau lebih setiap hari)

Dakini Simha Mukam, kerana tenaga dan sakti bacaan mantra seru kau, biar seteru yang menyeksa kami, guru-guru, anak siksha, dan pengasuh, semangat-semangat penghalang yang menyakiti kami, keadaan menghalang dan pendeknya, setiap benda tak bertuah menimpa itu kembali ke tempat terbitnya semula!

Kepala bala tentera dalam rupa wanita yang membara! Hentam sampai jadi debu tubuh dan vacana segala ciri dari seteru penghalang, dan bebaskan kesedaran mereka dalam Dharma Dhatu!

Menerusi bacaan mantra kata seru engkau, biarlah aku menyembuhkan kesakitan segala, mencapai segala tujuan sebagai dikehendakkan dan menyebarkan Dharma dalam ajaran dan perbuatan!

Bacaan yang ini adalah bacaan pendek daripada salah seorang Guru yang mengikuti ajaran Dakini Simha Mukam dan mantra seruan buat memanggil makhluk ghaib dewi bagi menangkal hadang ilmu hitam orang jahat. Mantra ini dibaca dalam 100,000 kali atau sampai masalah tersebut berhenti sendiri. Cara disebutkan itu boleh diperbuat oleh penganut ajaran Buddha bila masa sahaja dan di mana pun. Tak ada tempat tetentu atau masa tertentu untuk membacanya. Paling penting, amalan ini semua merupakan perbuatan yang tidak menyakiti atau merosakkan perasaan yang lain. Amalan yang menyakiti makhluk lain akan memberikan hasil buruk sahaja.

Jika masalah berlarutan juga maka perlulah pergi berjumpa guru bertauliah bagi upacara lanjutan dan penangkal lain pula.

Maka aku sudah menulis ringkasnya amalan bagi penganut ajaran Buddha bagi menghalang gangguan makhluk halus, semangat jahat, santet dan gangguan tidak semulajadi. Jika diikuti perbuatan tersebut bersungguh-sungguh maka berkesanlah ia kepada engkau. 

Santet, penunduk dan roh jahat cuma mampu menyakiti engkau jika engkau ada karma (perbuatan lampau) yang menyebabkan perlindungan kau runtuh dengan sendiri. Kesannya datang dalam rupa penyebab, jadi mestilah sedar wahai kakang budiman. Mestilah mempunyai sikap yang betul terhadap Guru Kerohanian tak kira Dharma apa kau pegang, berpegang dengan sila-sila dan marga, jalani sadhana sebagai sepatutnya setiap hari, dan ubahlah pemikiran menerusi pembelajaran dan merenung Dharma. Keadaan ini menjadi dasa benar bagi perlindungan melawan semangat jahat dari lua dan semangan jahat dari dalam yang menjelma dari perangai mementingkan diri sendiri (ego). 

(Diulangi perhatian, laman berbahasa Melayu ini bukan ditujukan untuk bacaan penganut ajaran agama selain daripada agama Buddha, Hindu, dan lain-lain tradisi Hindu. Penganut agama lain dinasihatkan berpegang teguh dengan ajaran agama nenek moyang sendiri dilarang berpindah-pindah agama sesuka hati! Dosa!).

Jumaat, 3 Ogos 2012

Vajrasattva - Minda Permata


Vajrasattva merupakan seorang bodhisattva dalam aliran Mahayana dan Mantrayana. Dalam aliran Mantrayana di Jepun seperti aliran Shingon, ia merupakan aspek kebatinan kepada bodhisattva Samantabhadra dan biasanya dikaitkan dengan pengamal dan pelajar melalui ajaran guru, mencapai landasan asas kepada amalan-amalan kebatinan.

Di Tibet, vajrasattva selalu dikaitkan dengan Dharmakaya dan juga dengan amalan penyucian. Vajrasattva muncul pada awalnya dalam dua teks Buddha iaitu Mahavairocana sutra dan Vajrasekhara sutra. Dalam Mandala Alam Permata, vajrasattva dikatakan duduk di bahagian timur dekat dengan Buddha Akshobya. Dalam sesetengah salasilah kebatinan, Nagarjuna dikatakan bertemu dengan vajrasattva dalam menara besi di India Selatan dan diajarkan dengan tantra, sekaligus menyebarkan amalan kebatinan itu kepada tokoh-tokoh lainnya. 

Dalam Salasilah Shingon

Vajrasattva secara tradisinya dipandang sebagai bapak kedua aliran ini dan yang mulaannya adalah Buddha Vairochana snirik. Menurut bapak Kukai dalam tulisannya Simpanan Pemindahan Dharmma, ada dikaitkan serba sedikit dengan ceritera berdasarkan ceritera Amoghavajra, bahawa Nagarjuna ada bertemu dengan vajrasattva dalam menara besi di India Selatan. Vajrasattva menerima Nagarjuna melalui upacara Abhisheka dan memberi kepercayaan kepadanya untuk menerima amalan kebatinan yang diterimanya sniri dari Buddha Vairocana seperti yang tersebut dalam Sutra Mahavairocana. Bapak Kukai tidak menceritakan dengan lebih lanjut lagi tentang vajrasattva dan asal-usulnya.

Rujukan dari Mahavairocana Sutra

Merata-rata tempat, vajrasattva ini merupakan tokoh terpenting dalam dua sutra Buddha iaitu Sutra Mahavairocana dan Sutra Vajrasekhara. Bab kesatu dalam Sutra Mahavairocana menyebut bahawa Vajrasattva mengetuai sekumpulan makhluk melawat Buddha Vairochana untuk belajar Dharmma. Vajrasattva bertanya tentang punca, matlamat dan asas kepada segala hikmat kebijaksanaan tercakup yang membawa kepada perbincangan falsafah dengan Sang Buddha. 

Yang hadir tidak dapat memahami ajaran tersebut. Jadi Sang Buddha menunjukkannya melalui penggunaan mandala. Vajrasattva kemudian bertanya lanjut, mengapa upcara dan benda diperlukan jika kebenaran itu melampaui rupa? Buddha Vairochana menjawab bahawa ia memberi manfaat untuk membawa pengamal bagi melalui pengalaman kesedaran dengan awal dan seterusnya secara berperingkat-peringkat. Dalam upacara Buddha salasilah Shingon untuk permulaan, lakonan semula kenaikan akan dijalankan dan pembacaan mantra serta perbualan sutra Mahavairocana dibacakan semula. Maha Acharya akan melakonkan watak Buddha Mahavairochana memberi karunia kebijaksanaan kepada murid. 

Mantra

Om vajrasattva samaya manupaalaya. Vajrasattva twenopatishtha. Dirdho me bhava. Sutosyo me bhava. Anurakto me bhava. Sarya siddhim me prayaccha. Sarvakarmasu cha me. Chitta shriyah kuru huum. Haa haa haa haa hoh. Bhagavan. Sarva tathaagata. Vajra maa me munncha. Vajra bhava mahaasamaya sattva aah.   

Makna:

Om vajrasattva lindungi lah perjanjian. Jelma lah diri mu sebagai makhluk vajra. Moga kau tetap dalam diri ku. Moga kau berikan aku kepuasan hati sempurna. Bertambah (yang baik-baik) lah dalam diri ku. Beri aku kasihan. Kurnia aku segala kejayaan dan pencapaian. humm... ha ha ha ha hoh. Wahai yang diberkati, vajra dalam semua keadaan itu tetap dalam diri ku! Wahai maha samaya sattva, jadikan aku sebahagian dari mu (pembawa vajra)!