Memaparkan catatan dengan label hindu ortodoks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hindu ortodoks. Papar semua catatan

Khamis, 17 April 2014

Tatasusila Brahmana Smartha bhg. 7

Pic: Espiritokashi

Upacara Kematian

Tatkala terjadi kematian, dua biji batu disimpan untuk diguna di sungai (thaga kundam) dan di rumah (graha kundam). Batu-batu tersebut diperguna untuk menjadi perumah prettam (roh) si mati. Seusai upacara Sapindīkaram (sebelum prettam naik menjadi pitru), seluruh rumah perlu disembur dengan tinja lembu. Graha kundam disimpan di rumah lain. Kemudian rumah disucikan dengan Punyaha Vachanam. Yang menumpang atau menyewa di rumah si mati boleh menjalani pemujaan.

Boleh juga jalani agnihotra ketika rumah disembur dengan tinja. Tetapi Upasana dan Pujai mesti dijalankan oleh orang lain. Boleh juga boleh perbuat Sandhya Vandanam semasa tempoh rumah bertinja. Yang lain punya upacara pantang sama sekali!!! Untuk puja perayaan yang boleh cuma Grahana Snana Tarpanam, Ekadasi, Sravana Dvadasi dan Siva Ratri.

Selepas seseorang itu menghembus nyawa terakhirnya, tubuh cuma boleh diangkat untuk persediaan perlebonan selepas satu yamam supaya sang Yama untuk memulangkan nyawa semula jika terdapat kesilapan diperbuat Yamaduta yang mungkin tersilap pergi cabut nyawa mereka yang belum sampai kala. Jangan pula disimpan tubuh kosong itu melebihi tiga yamam untuk mengelakkan tubuh terkena Payushita Dosham (jadi tua).

Jika si mati meninggal siang hari, tubuh mesti dilebonkan (bakar) dalam tempoh tiga yamam. Namun jika meninggal malam, tubuh mesti dilebonkan dalam tempoh sembilan nalika. Selepas sembilan nalika malam hari jika tubuh tidak sempat dilebon maka ia perlu disimpan dulu sampai menjelma siang. Jika tubuh terkena Payushita Dosham, maka perlu diperbuat Kruchram (pecah dosa) tiga kali untuknya. Tubuh pertama dicuci dengan Panchagaviyam dan kemudian dengan air biasa, disiapkan dan boleh dilebonkan. Prasangga perlebonan ini adalah, kita menjalankan homam dengan tubuh mati itu. Sebab susah hendak perbuat unggun jadi tubuh mati diperbaring atas unggun dan api dinyalakan. Baru tutup dengan bahan-bahan bakar lain.

Kematian semasa Daksinayana dalam Kresna Paksa pada malam hari atas katil rajut. Jika terjadi semua ini sekali, maka perlu tiga Kruchram sebelum dilebonkan mayat. Kurang sopan melebonkan terus tubuh sebaik saja selepas nyawa habis. Dipercayai kinkara (Yamaduta) yang membawa nyawa ke Yama loka pun membuat kesilapan Yama sebagai Dharmaraja akan menyuruh supaya nyawa yang dicabut sebelum masa supaya dikembalikan semula ke tubuh. 

Prayacittam

Bila diketahui seseorang itu seperti nak meninggal, perlu dijalankan upacara Prayacittam supaya dosanya diampuni. Upacara ini penting! Jika seseorang itu berasa tanda kematian pada dirinya, sempat dan masih mampu buat, maka dia mesti menyelam dalam air dan beri danam sendiri kepada Brahmana lain. Jika tak mampu, maka anak lelakinya atau yang berada di upacara kematian yang kena buat. Jika tiga hari selepas upacara Prayacittam dijalankan dan belum meninggal, maka mesti diulangi lagi. Kerana bimbang berlaku dosa contohnya tertinggal Sandhya Vandanam. Jika orang sakit itu sembuh selepas Prayacittam, maka tidak perlu perbuat lagi.

Jika tidak mampu mengeluarkan dana (sedekah pemberian), cukuplah dengan menunjukkan daun Thulasi dan brahmana-brahmana yang agung ketika kala terputus nyawanya. Boleh dibisikkan di telinganya, "Rama, Rama". Boleh dipercikkan air sungai Ganga di tubuhnya dan berinya minum.

Jika kita tersedar seseorang itu sedang bergelut dengan kematian, jangan dibiar dia berbaring di katil rajut! Sebaliknya baringkannya atas rumput Durba di laluan bilik ke rumah (nezhi).

Pada hari ke-10 kematian, pemotongan rambut dhayadhi (puak sebelah bapa) pun mesti dijalankan atas semua lelaki yang sudah berkahwin dan sudah meninggal bapanya. Jika hari berkabung ke-10 ini jatuh pada Sukravara maka potong rambut itu buat dalam Brighaspatti. Selepas hari berkabung ke-10 itu, sebelum Sraddha bali, rambut dan kuku mereka yang terlibat sepatutnya sudah selesai dipotong.

Mantra semasa memotong rambut dan kuku itu dibaca tuan-tuan berbunyi:

मेरु मन्थर थुल्यनि पापनि, विविधानि च, केशान अस्रित्य थिष्तन्ति, तस्मद् केशान वपामय्हँ॥

Dosa setara gunung Meru dan Mandhara yang tersangkut di rambut-rambutku kita ini kita pangkaslah semuanya!

Jumaat, 4 April 2014

Tatasusila Brahmana Smartha bhg. 6

Pic: Hindu.com 
 
Peraturan Bila Isteri Mengandung

Sebaik sahaja orang Brahmana tahu isterinya hamil, maka dia perlu mengikut beberapa adat...
  • Dia tidak boleh memotong atau mencukur rambut di kepala sehingga bayi dilahirkan.
  • Dilarang makan sebagai Brahmana di Sradha.
  • Dilarang mandi di laut.
  • Dilarang berjalan jauh di luar kawasan.
  • Dilarang ke tapak ghat.
  • Dilarang menanggung bakai.
  • Jika berani langgar semua ini, dia akan pergi ke neraka dan kesihatan bayi terjejas.
Tindakan Penghapus Dosa

Prajapatya Kruchram merupakan tindakan menebus dosa kerana meninggalkan upacara atau tak sengaja berbuat dosa. Ia mengandungi tindakan menekan jiwa dengan terseksanya tubuh menerusi puasa dan ratap penyesalan. Bagi mereka yang tak berkemampuan untuk melaksanakan Kruchram, perlulah diperbuat seperti berikut:
  • Boleh membaca Gayatri Mantra 10000 kali.
  • Jika tak mampu, perbuatlah pranayama 200 kali.
  • Jika tak mampu, perbuatlah 1000 kali Thila Homam.
  • Jika tak mampu, bacalah veda-veda 30 kali.
  • Jika tak mampu, berilah semah makan kepada 60 atau 24 atau 12 Brahmana lain.
  • Jika tak mampu, cukuplah beri Godhana (beri lembu makan).
  • Jika tak mampu juga, beri semah lungsuran untuk Brahmana miskin lain seharga dengan seekor lembu.
Jika belum menerima kelayakan berbuat upacara lagi, berilah 12.50 rupiah kepada tujuh atau enam atau tiga orang sebagai dana.

Khamis, 6 Februari 2014

Tatasusila Brahmana Smartha bhg. 5

Membersih Tempat Bersalin

Bilik melahirkan anak mestilah bersih. Bawa masuk sedikit jerami dan bakarnya kemudian letak dalam bilik. Bawa masuk seekor lembu ke bilik tersebut. Percik juga Punyagham yang sudah disucikan.

Apabila wanita bersalin dibenarkan menyentuh bekas-bekas, maka mestilah mereka ikat semula Mangalyam yang baru dan makan Pancagavyam sebelum masuk rumah.

Tercemar atas Pelbagai Sebab

Kalau Pancamana atau orang jati kelima masuk dalam rumah, segala periuk diperbuat dari lumpur tanah mestilah dilempar buang. Yang diperbuat dari bahan lain-lain pula perlu dibasuh dengan air dicampur dengan tinja lembu dan disucikan lagi dengan Punyagham. Makanan yang sudah dimasak pun kena lempar buang! Lembu mestilah dibawa masuk supaya selesai upacara penyucian rumah.

Kolam tempat lembu berkubang itu suci, walaupun selepas disentuh oleh Panchamana.

Lelaki Brahmana mesti mandi sekali dengan baju-bajunya kalau wanita datang bulan atau orang Chandala mendekatinya.

Kalau seorang Sudra, seorang Brahmana tercemar yang memotong tocangnya, anjing atau burung gagak sentuh kita ini, maka mestilah kita berendam dalam sungai sekali dengan baju yang kita pakai itu. Kalau tak buat begitu, segala upacara yang dijalankan itu tidak sah!

Kita mesti berendam mandi kalau orang Chandala, wanita datang bulan atau tersentuh mayat. Kecuali kalau seorang lelaki Brahmana itu baru memakai benang suci baru maka dia tak layak menjalankan sebarang upacara.

Jika kita terkena berak atau kencing sendiri, kita mestilah segera mandi dengan baju-baju kita sekali.

Walaupun sutera itu diperbuat dengan membunuh serangga, orang terpelajar menyebut bahawa ia itu suci. Jika ia dibasuh atau diberi kepada tukang dobi, maka kain tersebut tak diperkira sebagai sutera lagi. Nanti ia cuma diperkira sebagai pencemaran biasa sahaja. Kalau ia dibasuh dengan kanji dari kacang hijau semasa Amavasya atau Dvadasi, maka kesuciannya pun masih lagi terjaga.

Sama juga, susu yang kita ambil dari bunjut tetek yang dinyonyot oleh anak lembu. Sentuhan air liur anak lembu di nyonyotan tetek ibunya itu tidak mengotori susu pun. Begitu juga dengan madu. Walaupun ada bercampur dengan air liur lebah, namun ia suci pula dan boleh diperguna buat snanam untuk murti devata. Sama lah juga dengan pokok banyan yang tumbuh dari benih yang dilepaskan dari tinja burung gagak. Ia masih lagi suci.

Pencemaran oleh wanita bersalin hanya terjadi jika mereka ambil Panchagavyam selepas tempoh yang ditetapkan dari pencemaran berlaku. Panachagavyam itu terperbuat dari lima jenis bahan lembu seperti kencing lembu sebahagian, tinja lembu besar ibu jari tujuh bahagian, tiga bahagian susu kental, sebahagian minyak sapi, sebahagian daun Durbha dan air dicampur dalam sebatian itu. Wanita Brahmana yang baru bersalin ketika mau makan jamu ini mestilah membaca:

"Yattvak astigatham papam, dehe tishtathi mamage. Prasanam pancagavyasya dahathu agniriva indhanam".

Ertinya:

Moga dosa yang terkumpul dalam kulit dan tulang-temulangku dibakar segala oleh Panchagavyam bagaikan api membakar kayu kering.

Pada hari pencemaran sebab bersalin atau kematian berlalu, di awal pagi itu lelaki Brahmana mesti mandi dan buat Sandhyavandanam. Upacara mandi bersuci mestilah dijalankan selepas jam 8:30 pagi. Kemudian benang suci mestilah ditukar dengan yang baru punya!

Jumaat, 24 Januari 2014

Brahmana: Kedudukan Biasa


Menurut kepada Purusha Suktam dari bacaan Rgveda, Brahmana itu bangsa jelmaan dari muka Purusha (Viswakarma). Viswakarma atau Brahma itu mempunyai panchamuka. Dari setiap lima muka itu, terjelma lah, Manu, Maya, Twastha, Shilpi dan Vishwajna.

Kebanyakan sampradayam dalam masyarakan Brahmana moden mendakwa bahawa mereka mendapat wahyu dari veda-veda suci. Menurut tradisi Hindu Ortodoks, veda-veda suci itu apaursheya dan anadi (tiada mula), dan mewahyukan kebenaran mengenai keabadian yang sahih. Veda suci sekelian dianggap sebagai Sruti atau bahan yang dibacakan devata kepada resi-resi seterusnya dibacakan pula resi-resi kepada orang lain. Ia merupakan sumber tertinggi dalam tradisi Brahmana yang mendakwa bahawa segala tindak-tanduk mereka itu diatur olehnya. Sastera Sruti termasuklah Caturveda dan lain-lain seperti Brahmana, Aranyaka, dan Upanishad. Selain menduduki kedudukan sebagai jurutulis, Brahmana juga ada yang memegang kedudukan sebagai menteri-menteri peringkat Sachiva dan Amatya dalam wangsa-wangsa adiraja Hindu.

Kedudukan Jurutulis
  • Swami (sami) yang menjadi Puroghitam (menjalankan upacara dalam istana atau rumah) dan Ritvij (menjalankan upacara musim).
  • Acarya atau Upadhyaya yang menjadi Guru Rohani.
  • Yogin.
  • Tapasvin yang mendapatkan dana seperti bhikkhu.
Syarat Menjadi Brahmana

Menurut sastera ajaran Buddha, ketika baginda Siddhartha Gautama berada di sebelah Timur, baginda menyebutkan lima syarat seseorang itu bergelar bangsa Brahmana iaitu.....
  • Varna... Ubhato sujato hoti iaitu status Brahmana itu mesti dari keturunan ibu dan bapanya.
  • Jati... Avikkitto anupakutto jativadena.
  • Mantra... Ajjhayako hoti mantradharo.
  • Sila iaitu akhlak mulia.
  • Panditya iaitu terpelajar.
 (Govinda Chandra Pandey dalam Foundations of Indian Culture, 2013)

Jumaat, 23 Ogos 2013

Upakarma: Cara bagi Awani Awittam


Gerak cara menjalankan upacara upakarma ini boleh berbeda-beda mengikut negeri. Walau bagaimanapun, ada dua cara utama yang diikuti oleh rantau Karnataka Lama dan lain-lain rantau Drawida

Cara rantau Karnataka Lama diikuti juga Brahmana di Karnataka, Andhra Pradesh, Odisa (Kalinga) dan beberapa bahagian dalam negeri Maharastra. Menurut Rigweda, upakarma dijalankan itu dimulai dengan punyahwachana lalu diikuti dengan saptaresi puja, homa utsarjana dan kemudian oleh upakarmaanga saptaresi puja, tarpana dan homa. Pemujaan nawa kanda resi pula dijalankan bagi menghormati sembilan resi perintis dalam weda. Beda ciri upakarma Karnataka Lama ini dengan yang lain adalah disebabkan oleh pemujaan resinya lebih lengkap dan ada utsarjana.

Upakarma Drawida pula tak ada pemujaan sembilan resi dan tak ada utsarjana. Selepas yagnopawitadharananam, benang suci baru pun dipakai dan kemudian dijalankan upacara weda arambham. Kemudian diikuti dengan Wiraja Homam dan Brahma Yajna.

Dalam tahun pertama upakarma, dijalankanlah upacara Nandi. Brahmacari akan menjalani agnikarya atau samhita danam. Lungsuran pemberian dalam hari itu khususnya diperbuat dari satyada hittu yang terhasil dari buah-buahan seperti pisang, jambu batu, anggur, durian belanda, epal, buahan kering, susu, minyak sapi, gula kabung, timun, tepung beras dan bijan. Makanan-makanan ini semua sesuai untuk semahan kepada para resi yang dianggap sebagai sangatlah tua boran dan tak bergigi. Persediaan bagi upacara ini dibuat bersama oleh lelaki-lelaki bangsa Brahmana yang hadir di upacara tersebut.

Cara Upakarma Drawida Yajurweda
  • Pembacaan Resi Tarpanam atau semahan puja kepada resi-resi purwa.
  • Brahmacari akan menjalankan samhita danam dan kamo karsith japam selepas mahasankalpam.
  • Lepas itu, dijalankan upacara kanda resi tarpanam dengan bantuan keluarga pedanda atau orang tua.
  • Bagi tujuan upacara, seluruh ahli keluarga laki-laki Brahmana mesti makan makanan ringan-ringan sahaja waktu malam.
  • Besoknya selepas mandi awal pagi, semua orang akan membaca gayatri japam. Apam dan Idli antara makanan yang disediakan bagi hidangan kenduri lepas bacaan.
  • Kacang hijau, kacang dhal atau kondai kadalai cundal disembahkan sebagai neiwedhiyam kepada homam.
  • Homam dijalankan sama ada dalam rumah atau dalam pura dan arti akan dijalankan leps semua orang balik rumah.
  • Neiwedhiyam atau semahan lain seperti payasam, wadai, biji bijan dan beras. Tambahan ada dihidangkan juga tairupachadi, gulai kosumalli, koottu, pitlay, susu mentega, sup, rasam, ubi kentang rangup dan kacang dhal serta papedom
Erti pada Penghayatan Amalan

Hari upakarma ini merupakan hari bertuah bagi bangsa Brahmana menyemahkan air bagi nenek moyang yang banyak berbudi kepada mereka serta kepada para resi agung yang menyebarkan pengetahuan kerohanian serta weda-weda kepada anak cucu. Siapa kata tiada penghormatan nenek moyang dalam agama orang Hindu? Dalam semua wangsa pun ada tabik hormat kepada nenek moyang. Bukan orang Cina dan orang Jepun sahaja beri sembahan kepada nenek moyang. Orang Hindu dan Brahmana pun sama lah. 

Kepentingan Upakarma


Pembelajaran weda-weda ini bermula pada bulan Srawana dengan upakarma dan ia akan ditangguhkan sementara waktu dalam Makaram dengan upacara Utsarjana sebelum dimulakan semula pada bulan Srawan tahun depan.

Didapati bahawa masa enam bulan dalam setahun memberikan kesan tempoh yang terlalu lama bagi menyelesaikan pengajian weda-weda. Bagi mengatasi masalah ini, oranag Brahmana mula meninggalkan upacara Utsarjana dan belajar terus weda-weda seluruh bulan dalam setahun tanpa penangguhan.

Pada hari upakarma, Prayascittam akan dijalankan dengan dua kiraan iaitu meminta ampun atas dosa semasa pembelajaran weda-weda kerana belajarnya semasa tempoh pantang dan juga permintaan ampun umum bagi segala dosa yang tak sengaja dilakukan orang Brahmana sepanjang tahun. Homam akan dibuka dan Punul atau benang suci akan ditukar pada hari upakarma: 

1. Membaca prayaschitta iaitu permintaan ampun. Ertinya berbunyi: "Demi ditanggalkan segala dosa aku maka oleh itu aku dapat merasai karunia sang dewata dan melayakkan diriku ini menjalani segala tanggungjawab sebagai bangsa Brahmana seperti tersebut dalam weda-weda dan smriti dan terpakai kerana aturan sikap yang baik dalamnya itu aku memakailah yagnopawitam (benang suci) ini". Benang suci baru pun kemudian dipakai.

2. Bacaan mantra semasa memakai benang suci berbunyi: "Aku memakai bennag suci yang murni ini, yang tak terpisah dari Tuhan, yang mampu memperpanjang kehidupan dan yang utama dalam pencapaian seorang Brahmana. Moga benang suci murni ini memberi kekuatan dan mengingatkan aku kepada maruah Brahmana".

3. Semasa menanggalkan benang suci lama, bacaan mantranya bererti: "Aku menanggalkan benang suci ini dengan penuh hormat tabiknya, benang lama ku pakai sudah terputus dan rosak, moga benang baru ini membawa kehidupan berpanjangan kepada aku dan membawa bersama kegemilangan Brahmana".

Punca Tercetusnya Upakarma


Upakarma ini selalunya berlangsung pada hari bulan mengambang bulan Srawana. Kepentingan hari ini adalah berdasarkan kepada lagenda baginda Betara Wisnu mengambil rupa seekor kuda lantas mengembalikan semula weda yang dicuri dari Sang Brahma oleh asura berdua, Sang Madhu dan Sang Kaitabha.

Tatkala diambilnya rupa seekor kuda itu, Betara Wisnu pun digelar pada jelmaan-Nya itu dengan gelaran Hayagriwa atau Yang Berkepala Kuda. Selepas Betara Wisnu mencetuskan Sang Brahma, baginda mengajari Sang Brahma segala weda abadi. Selepas dikuasainya weda-weda maka Sang Brahma pun dipenuhi dengan rasa bangga bahawasanya Dia sahajalah yang berpengetahuan satu-satu Nya dengan weda suci segala.

Betara Wisnu berasakan bahawa keadaan begitu tidaklah molek. Maka dicipta baginda dua ekor asura bernama Sang Madhu dan Sang Kaitabha dari dua titisan air yang berada di atas kelopak teratai yang menanggung baginda.

Baginda kemudian mengarahkan mereka berdua supaya mencuri weda-weda dari Sang Brahma dan menyembunyikannya. Sang Brahma yang berada dalam keadaan terikat maka tak sempatlah baginda menyelamatkan weda-weda abadi dan suci daripada dicuri. Baginda pun memuja pada Betara Wisnu meminta bantuan. 

Betara Wisnu mengambil rupa Hayagriwa atau Hayawadana lalu dikembalikan semula weda-weda yang menyerap itu ke tempat selamat lalu mengubati penyakit bongkak Sang Brahma. Maka di hari upakarma itu, sebenarnya dirayakan juga Sri Hayagriwa Utpatti kerana weda-weda itu dikembalikan semula pada hari itu. Upakarma juga dijalankan pada hari itu bagi menandakan permulaan baru bagi bangsa Brahmana yang mendapat tradisi weda-weda dari turunan Sang Brahma.     

Upakarma: Masa Upacara


Aliran agama Brahmana menjalankan upacara pada tanggal-tanggal bibeda maka masa upakarma ini tak seragam. Aku kurang pasti sama ada bangsa Brahmana Hindu tradisional di sebelah Bali dalam Indonesia hari ini ada mengamalkan pemakaian benang suci. Benang suci dipakailah di tanah besar benua. Warna benang itu warna puteh dan panjang serta bentuknya gelungan bila ditebar.

Pelajar tradisi Yajurweda menjalani Yajur Upakarma dalam bulan Srawana penanggalan Hindu iaitu sekitar bulan Ogos sampai September pada hari bulan purnama. Ertinya di sini, upakarma mereka dijalankan pada hari bulan purnama sebelum bulan baru sampai iaitu bulan Srawana atau bulan Awani. 

Upakarma pelajar Rigweda pula dijalankan pada hari Suklapaksa bulan Srawana yang ada kelihatan Srawana Nakcatram. Bangsa Bramana pelajar Rigweda akan mengganti benang suci pada hari itu, tak kira lah sama ada bulan itu ada bulan purnama atau tidak pada malam harinya. 

Pelajar Brahmana bagi sastera Yajurweda biasanya di Utara India dan juga di bumipada Kalingga (Odisha) akan menjalani upakarma pada dua hari sebelum purnama bulan disebut sukla caturdasi purnima. Upakarma Brahmana Samaweda pula dijalankan pada hari selepas Amawasya Srawana, ketika Hastha Nakcatram apabila mereka akan membaca japam Gayatri Mantra pada Ganesa Caturti.  

1. Kepelbagaian Masa Upakarma

Menurut kepada Nirnaya Sindhu berkenaan syarat-syarat yang perlu dijaga dalam masa mencari tanggal hari bagi upacara upakarma adalah menurut kepada weda yang diikuti:

Rigweda

Upakarma tuan mesti dijalankan pada hari Srawana iaitu pada ketika Srawana adalah bintang yang bersinar dalam bulan itu bertahan sekurang-kurangnya dari terbit sang mentari sampai rembang mentari. Pantang upakarma jika pada Uttara Asadha jika ada waktu terbit mentari.

Samaweda

Upakarma tuan dijalankan pada hasta nakcatram pada bulan Bhadrapada ketika Suklapaksa.

Kresna Yajurweda

Kelompok pelajar Taittiriya Sakha dan Maitrayani mesti menjalani upakarma pada Srawistha atau Dhanista atau Awattam dalam bulan Srawana sama ada ketika ia jatuh pada purnima yukta pratipada semasa terbit mentari atau pratama.  

Sukla Yajurweda

Wajasaneyi Kanwa dan Madhyandina buatlah upakarma pada hari purnima jika purnima itu muncul sampai ke petang. Tapi jika purnima dan pratipada dua-dua pun ada pada keesokan harinya Para Widdha maka kena lah buat pada hari sebelumnya ketika Caturdashi berada di siang dan ketika Purwa Widdha bila purnima menjelma lepas tengah hari. Upakarma mesti selesai sebelum sampai Kresna Paksa ertinya kena cepat buat sebelum muncul Kresna Paksa. Kalau tidak sempat maka kena tangguhkannya sampai esok harinya jika purnima ada pada Uttara Asadha Nakcatram.

Atharwaweda

Kena menjalani upakarma tatkala bulan purnima bertahan sampai siang udaya wiyapini tithi. Jadi untuk perkara ini, kena lah peka dengan alam sekeliling dan menilik pada bulan dan gerakan bintang-bintang.    

2. Upakarma pada Gerhana Mentari Sankramana

Kalau terjadi gerhana dan sankranti tatkala matahari masuk ke Leo dalam bahasa Tamil kita sebut masa pirappu atau muthal awani iaitu hari pertama awani semasa purnima, maka orang Brahmana yang menjalani upakarma sepatutnya dah selesai upacara sebelum purnima apabila muncul hasta nakcatram atau umumnya pada srawana sukla panchami atau sukla sasti

Brahmana Samaweda pula kalau ada Sankramana iaitu Purattasi Pertama sampai Kanya dalam Bhadrapada kemudian hasta bulan Srawana haruslah ditimbangkan pula:
  • Jika hari srawana suddha panchami (hasta) itu ada sankramana atau sankranti dan purnima gerhana maka Brahmana Samaweda kena tangguhkan upakarma mereka. Contoh pada bhadrapada hasta nakcatra hanya Brahmana Wajasaneyi Sukla Yajurweda sahaja dibenarkan menjalani upakarma pada pancami hasta, simha sankramana dan perlu elakkan upakarma pada purnima gerhana (bulan purnama ditutup bayang).
  • Hari yang ada Uttarashadha Nakcatra atau pada gerhana bulan sesiapa pun dilarang sama sekali menjalani upakarma!

Jumaat, 9 Ogos 2013

Itihasa Pemakanan pada Bangsa Brahmana

Om Swastiastu!


Mungkin ramai tak paham tentang bangsa Brahmana jadi kita cuba memberi kepahaman. Semoga ia membantu juga bangsa Brahmana lain yang sudah meninggalkan adat istiadat supaya kembali kepada adat jati masing-masing. 

Pemakanan sayuran atau vegetarian ini merupakan bahagian yang terjalin dalm kebanyakan aliran pemkiran agama orang Hindu walaupun ada banyak jenis amalan dan kepercayaan yang senantiasa berubah-ubah menurut samayanya. Dianggarkan, kira-kira 20-30 % orang Hindu adalah pengamal pemakanan sayuran. Setengah aliran agama orang Hindu tak ada pun mengamalkan pemakanan sayuran. Contoh yang tuan dapat lihat ada juga jati-jati bangsa Hindu yang mengambil daging seperti kelompok Nair di India Selatan. Tabiat pemakanan dan juga adat pemakanan ini pun bukanlah penyumbang utama yang memainkan peranan dalam pembentukan, evolusi atau perkembangan rupakara jati Hindu.

Sunder Lal Sagara (1975) dalam bukunya, "Hindu Culture and Caste System" muka surat 49-64 menjelaskan bahawa dari samaya weda sampai ke samaya-samaya awal Dharma Sutra pun, caturwangsa tak ada beza dalam pemakanan dan juga amalan kehidupan. Semua warna pun mempunyai tabiat pemakanan yang sama, dan kedua-dua jenis cara pemakanan vegetarian atau bukan vegetarian pun diamalkan menurut kepada pilihan orang perseorangan. 

Rujukan Weda pada Daging

Sastera Hindu terawal dari samaya weda atau yang merujuk kepada samaya weda awal kebanyakannya datang dari samaya yang berlangsung sampai 500 SM. Secara sejarahnya, agama orang Hindu berdasarkan kepada sastera weda tak pernah melarang pemakanan daging pun sebaliknya diberikan garis panduan pula untuk pemakanan.

Contohnya, Rigweda (10.87.16-19) menyebut tentang daging lembu dan kuda: 
Si setan yang melumur dirinya dengan daging lembu, dengan daging kuda dan tubuh manusia, yang mencuri susu lembu menyusu, wahai sang Agni, koyak-koyakkan kepalanya dengan api panas bergelojak mu!

Lembu yang memberikan susu setiap tahun, wahai manusia jangan biarkan Yatudhana (pengamal santet) merasainya pun! Jika sesiapa yang memberinya susu awal lembu juga, wahai sang Agni, selarlah api mu itu pada bahagian penting tubuhnya apabila dia bertemu kamu nanti!

Biarlah si setan yang meminum racun dari lembu; moga sang Aditi menghapuskan pembuat onar kejahatan. Moga sang Sawitri memberikan kehancuran kepada mereka, dan moga perkongsian tumbuhan dan rempah ratus menafikan mereka!

Wahai sang Agni, dari semenjak dulu lagi dikau menyembelih setan tak pernah pun raksasa sekelian mengatasi engkau. Bakar lah si bodoh itu semua, pelahap daging jangan biar mereka lepas pun dari bidikan panah suci mu!
Setengah orang menganggap ayat sastera weda ini sebagai satu larangan daripada menganiayai lembu, jangan menyembelih lembu dan jangan memakan daging secara umum. Yang lain-lain pula mengambil terjemahan kata yatudhana itu sebagai setan-setan, jin, atau roh jahat yang mencuri lembu dan susu orang. Mereka menyebut juga bahawa pemakanan daging lembu sebenarnya biasa sahaja semasa samaya turunnya sastera weda. Yatudhana juga boleh membawa erti sesiapa yang berkecimpung dengan roh jahat, pengamal sihir, penyantau dan santet. Banyak ayat-ayat sastera Rigweda pun mengandungi rujukan kepada penyembelihan lembu, kuda dan lain-lain binatang serta pemakanan daging.  
Pada hari-hari bulan Magha, lembu susu disembelih, tapi di hari-hari bulan Arjuri pula lembu diwiwahakan dengan pengantin. - Rigweda 10.85.13
Tatkala tiga kali orang lelaki semua berputar sekeliling kuda tunggangan, turutan demi turutan, yang menuju kepada para dewata sebagai semahan yang disuruhkan, kambing didahulukan, kongsian Pusan, dan kepada para dewata omkara sembelihan dibacakan. - Dirghatamas, Rigweda 10.162.4
Bahagian daging kuda tunggangan mana yang dimakan lalat, atau yang ditinggalkan pada bilah kapak atau penetak daging, atau yang melekat di tangan penyembelih atau di kuku-kuku, - dalam kalangan dewata itu jua, moga segala ini bersama dengan engkau. Makanan yang tak dihadamkan meruap dari perutnya, dan sebarang bauan daging mentah bersisa; Yang ini biar si penyembelih kemaskan dan hiaskan sembelihan dengan hidangan sempurna. - Dirghatamas, Rigweda 10. 162. 10
Mereka yang memerhatikan bahawa kuda itu sudah sedia dipanggil lalu berkata, baunya bagus sekali; tanggalkan ia; dan menghendaki daging, menunggu pengagihan, - moga kebenaran mereka itu menggalakkan pekerjaan. Cabang cubaan dicucuk pada daging dalam kawah, bekas-bekas dikeluarkan dan dituangkan kuah ke dalamnya, periuk-periuk panas, penutup hidangan, cangkuk, papan tetak, semua ini bersama dengan pinggan-pinggan kenduri. - Dirghatamas, Rigweda 10. 162.  
Atharwaweda pula melarang  pemakanan daging mentah yang tidak dimasak atau pun daging manusia. Suatu ketika dahulu di rantau Nusantara ini pun terdapat lah jenis orang yang memakan daging manusia termasuk juga dalam kalangan raja-raja Hindu sendiri yang memakan daging tahanan perang mereka.
Mereka yang memakan daging tak dimasak, dan yang memakan daging manusia berdarah, memakan janin, berambut panjang, maka halaulah mereka keluar jauh dari tempat ini! - Atharwaweda 8.6.23
Yajurweda pula menyebut mengenai Aswamedha atau pengorbanan kuda. Juga disebut tentang Purusamedha atau pengorbanan manusia (Yajurweda VS 30-31). Purusamedha atau pengorbanan manusia selalunya murni atas sebab keupacaraan, tapi tak ada pun bukti yang menunjukkan bahawa manusia pernah dikorbankan dalam upacara yang diberi nama Purusamedha ini kerana ia hanya disebut dalam makalah History of Vedic India oleh E. Ragozin terbitan Mittal Publications.

Sastera Kemudian

Setengah sastera suci yang berkanun kemudian juga melarang terus keganasan terhadap binatang ternakan kecuali dalam keadaan tertentu seperti dalam upacara pengorbanan. Pandangan ini jelas digambarkan dalam Mahabharata (3.199.11-12; 13. 115; 13.116.26; 13.148.17), dalam Bhagawata Purana (11.5.13-14), dan dalam Chandogya Upanishad (8.15.1). Sebagai contoh, ramai lah penganut agama orang Hindu yang memberikan cogan kata terkenal dalam Mahabharata berbunyi, "Tiada keganasan itu adikara tanggungjawab hidup kita dan ajaran tertinggi" dalam usaha mengelakkan keganasan serta menggalakkan pemakanan sayuran sahaja demi mengawal nafsu ganas utamanya kerana masyarakat di sebelah barat dunia memang terkenal ganas dan berkepala batu.

Ia turut tercermin dalam Manu Smerti (5.27-44), dan Manu Smerti ini merupakan sastera ternama dalam kumpulan Dharmasastram yang menjadi bahan ajaran kepada pentadbir Hindu dari kelompok Brahmana serta kelompok Kesatria. Sastera ini sangat-sangat melarang dan mengeji penyembelihan binatang serta pemakanan daging!   

Sastera Brahmana

Aitareya Brahmana dari Rigweda menyebut perundangan bagi pengagihan bahagian-bahagian pelbagai dari tubuh binatang sembelihan dalam kalangan pedanda Brahmana:
"Dua tulang pipi dengan lidah diberilah kepada Prastotar, dada dalam bentuk seekor helang kepada Udgatar, tekaknya dengan lelangit kepada Pratihartar..." 
Tersebut bahawasanya, penyembelih wangsa Kesatria dilaranglah makan makanan sembelihannya sendiri atau makanan-makanan korban lain, tapi pedanda wangsa Brahmana boleh memakan bahagian tersebut mewakili dirinya.  

Sutra-Sutra

Mpu Baudhayana dalam Dharmasutranya menyebut, binatang pemakang daging, burung-burung jinak, babi, ayam jantan janganlah kau makan dagingnya. Binatang berjari lima dan binatang bertapak terbelah boleh kau makan tidak pantang contohnya seperti rusa dan kambing. Burung seperti burung helang yang memakan mangsa dengan mencakarkan dan mencengkam kukunya pada mangsa pun boleh kau makan.

Dharmasutra oleh Mpu Apastambha menyenaraikan lagi beberapa contoh binatang yang tak boleh dimakan oleh orang Hindu. Disebut juga semasa upacara Sraddha, daging boleh juga disemahkan untuk nenek moyang. Jika tuan budiman berminat dan terasa rajin, cuba-cuba lah menyelaknya.  

Brahmana India Selatan

Brahmana India Selatan semasa samaya sutra, samalah seperti Brahmana di India Utara. Mereka pun pernah memakan daging juga. Cuma sekarang ini janganlah sebut pasal daging kepada Brahmana India Selatan terutamanya yang ortodoks itu kerana pasti mereka akan meraung seperti dicurahkan air panas pada tubuh. Dalam kekawin Purananuru, bilangan 113 dan 119 tersebut oleh seorang kawi bangsa Brahmana dari negara Tamil sebagai berkata: 
"Tanganku menjadi lembut sebab mereka tak tahu kerja keras melainkan makan nasi dan daging rebus dengan air asam jawa. Bau wangi asapnya itu mungkin bertindak balas pula dengan bau cebisan-cebisan daging..."
Kesan dari Gerakan Ajaran Buddha dan Jina

Bermula beberapa satawarsa sebelum masehi, ajaran Buddha dan ajaran Jina pun menymbang banyak kepada ajaran Ahimsa. Ajaran Ahimsa sangatlah dihargai sehingga menyebabkan kelompok pekerja yang menjadi penyembelih binatang hidup pula dibenci dan dikasari.

Dalam satawarsa ke-4 dan ke-5 M, negara Tamil di India Selatan telah mengalami pergolakan yang mungkin ramai orang tak tahu. Ia melibatkan hal agama. Penganut agama Hindu aliran Waisnawa dan aliran Saiwa sebenarnya berhentam dengan penganut ajaran Jina. Penganut aliran Waisnawa dan Saiwa berpendapat bahawa gerakan agama mereka tak akan dapat mengatasi gerakan ajaran Jina yang sangat ketat mengamalkan Ahimsa dan pemakanan sayuran, jadi mereka pun ikut berenti mengambil daging serta melarangnya di rumah mereka. Di samping itu juga mereka melarang pengambilan tuak dan minuman keras terutamanya bagi bangsa Brahmana. Makanya kini, tuan-tuan budiman dapat lihat Brahmana Hindu yang ortodoks terutamanya dari India Selatan sangatlah ketat memegang prinsip ini.   

Selasa, 23 April 2013

Adat Brahmana Puspaka


Kebanyakan kalau bukan semua Brahmana Puspaka pun menjalani kehidupan yang penuh upacara dalam kehidupan mereka. Ada upacara melibatkan kehamilan, kelahiran bayi, pendidikan, perwiwahan dan kematian. Samskaram utamanya kita sebut seperti berikut....

1. Garbhadhanam

Artinya anugerah rahim, iaitu tindakan melibatkan menyambung turunan dan mengembangkan keluarga. Yang ini ada pelbagai jenis samskaram yang bermula dengan Nishekam atau malam pertama mempelai pengantin selepas upacara wiwaha.

2. Pumsawanam

Ini adalah upacara bila kandungan ibu Brahmana sudah mencapai usia tiga bulan. Jika itu adalah kandungan pertama bagi si ibu, maka ia dijaalankan pada bulan keempat usia kandungan. Ibu mengandung akan mengambil setangkai barli dan dua biji bijirin hitam bersama dengan ketulan susu masam kecil. Ia diikuti oleh bacaan keagamaan. Dalam kalangan kelompok Nayar, upacara ini dipanggil sebagai Pulikudi iaitu wanita mengandung meminum perahan buah masam.

3. Simantham

Ini samskaram yang dijalankan ketika kandungan pertama wanita mengandung itu mencapai usia empat bulan. Ia dijalankan untuk perlindungan ibu ketika waktu ibu berada dalam keadaan membawa perut yang memboyot. Yang ini akan diulang jika ibu dalam kalangan kaum Brahmana mengandung lagi selepas melahirkan anak yang ini. Kelompok Kesatria rasanya menjalankan upacara kirim perut atau lenggang perut bila kandungan berusia tujoh bulan.

4. Jatakarmam

Bererti perkembangan kebijaksanaan anak-anak. Apabila bayi lelaki dilahirkan, upacara berkaitan dengan kelahiran akan dijalankan segera dalam tempoh 90 Nalika. Upacara memberi karunia campuran emas, minyak sapi dan madu diberi kepada bayi baru lahir.

5. Namakaranam

Dikenali juga sebagai Peridil untuk memberi nama kepada bayi. Ia dijalankan pada hari ke-12 selepas kelahiran bayi. Bapa akan panggil nama itu tiga kali di telinga kanan bayi. Pada hari itu, anak lelaki diberi nama keluarga Sharma manakala anak perempuan diberi nama De. Kemudian, ibu akan ambil anak itu untuk didukung sambil memanggil namanya tanpa nama keluarga. Dalam kalangan kelompok Nayar dan Ezhava upacara ini dijalankan pada hari ke-28. Kelompok lain kita tak pasti, tapi rasanya ada cuma tempohnya tak tahu.

6. Niskramanam

Dikenali juga dalam bahasa Malayalam sebagai Wathilpurappatu. Dijalankan bila bayi dibawa keluar kali pertama dari rumahnya ke ruangan terbuka. Biasanya hanya lepas dia berusia empat bulan. Kelompok Kesatria di sebelah Sumatera yang aku dengar mereka ada upacara jejak tanah. Walaupun dah beragama Islam tapi kawan aku seorang berketurunan Rawa menceterakan bahwa masa kecil keluarganya masih menjalankan adat tersebut sebab bapanya dari kelompok Kesatria Istana Rawa.

7. Anna Prasannam

Dikenali juga sebagai Chorunu. Ia dijalankan bila bayi berusia enam bulan. Bayi petama kalinya diberi makan makanan pejal. Nanti diberi kepada bayi campuran nasi gaul dengan minyak sapi. Ini sangat penting bagi semua penganut Hindu tak kira jatiniyam. Chorunu maksudnya itu, makan nasik dalam bahasa Malayalam.

8. Chodakaranam

Dipanggil juga sebagai Choulam atau Mundana. Ia upacara mengerat rambut bayi untuk pertama kalinya. Bila bayi berusia tiga atau lima tahun, kepala dia kena dicukur cuma tinggalkan sedikit saja choti atau toncit di belakang kepala. Yang ini bahasa Malayalam dipanggil sebagai Kutuma. Hari ini rasanya dah tak diamalkan orang.

9. Karnawedham

Nama lainnya Kathukuthu atau menindik telinga. Yang ini dijalankan dengan menggunakan tanduk haiwan terpilih. Lepas ditindik telinga, disapu mentega pada luka. Dua-dua anak lelaki dan perempuan mesti tindik! Zaman moden ini cuma perempuan saja ditindik tapi sebetulnya kedua-dua lelaki perempuan kena tindik. Di Tanah Melayu dan Sumatera yang aku tahu ada adat ini dulu diamalkan sebahagian orang yang berbahasa Melayu tapi sekarang dah tak ada.  

10. Widyarambham

Nama lainnya Ezhuthiniruthu. Ia dijalankan semasa anak mencapai usia tiga atau lima tahun. Dituliskan di lidah anak dengan perkataan Hari Sri Ganapataye Namah Awignamastu dan semua aksara ditulis atas sekeping kertas emas. Budak itu nanti akan diajar menulis aksara itu semua bermula dengan Hari Srih dengan menggunakan jari telunjuk atas beras dalam bekas besi kemudian dia mesti sebutkan bunyi aksara semua. Upacara ini diresmikan oleh bapa budak Brahmana itu atau pun pedanda yang bertauliah.

11. Upanayanam

Ini upacara memakai benang Yagnopawitam. Bila anak mencapai usia delapan tahun, dia akan memakai benang suci ini. Ini cuma dipakai oleh budak lelaki. Anak akan dinaikkan oleh guru ke dalam pendidikan resmi. Maka sama dengan benang suci, anak akan dipakaikan juga Kresnajinam. Upacara ini diikuti oleh Bramopadesam iaitu mengajar anak itu Gayatri mantram.

12. Praisartham

Nama lainnya Wedarambham. Artinya belajaar weda dan upanishad dalam gurukulam atau pathasalam. Di setiap permulaan semester, akan ada upakarmam dan penutup setiap semester ada upasarjanam, kesantham dan rithusuddhi. Kesantham itu upacara cukur pertama. Ia dijalankan masa pelajar berusia 16 tahon. Rithusuddhi dijalankan untuk anak gadis selepas masuk ke datang bulan.

13. Samawarthanam

Nama lainnya, Snanam adalah upacara melibatkan pengujung pendidikan weda yang resmi dalam gurukulam dan pathasalam. Yang ini merupakan penutup kepada samaya Brahmacariyam pelajar kaum Brahmana. Nanti mereka akan masuk ke alam lain iaitu Grihastam dan menjalani wiwaha atau berkahwin.

14. Anthayesti

Ini upacara melibatkan kematian kaum Brahmana. Akan ada juga kenduri kematian dijalankan pada hari keempat selepas pembakaran mayat. Kemudian lagi, kenduri hari ke-11 diikuti oleh Sapindi Sapindi. Bali dan Sraaddham dijalankan setiap tahun. Untuk upacara kecil itu dicakupi oleh Samskaram Sesakriyam.

Itihasa Brahmana Puspaka


Terbitannya

Dari kimwadanti Parasurama, Brahmakesatria Bhargawa Rama atau Parasurama dikatakan membawa sekumpulan kaum Brahmana ke negeri Kerala pada samaya purwa. Kumpulan itu mengandungi 64 keluarga dan mereka dibenarkan menjalankan tugasan kepinanditaan mereka dalam koil. Yang menjalankan upacara dalam koil dipanggil Nambudiri. Yang selebihnya pula menjadi pembantu kelompok Nambudiri dan tidak dibenarkan berada dalam Sri Kowil atau Pawitra Dewastanam dalam koil.

Kerana mereka berada dalam premis koil, sama seperti jatiniyam lain di Kerala, mereka dikelaskan sekali sebagai kelompok pembantu koil atau Ambalawasi. Brahmana Puspaka tinggal dalam kawasan koil menguruskan pelbagai urusan kecuali urusan upacara koil. Kerja mereka melibatkan hal kemasyarakatan dan dipandang sebagai terhormat dalam masyarakat.

Gotram dan Prawara

Brahmana Puspaka memakai Yagnopawitam dan mesti membaca Gayatri mantram. Mereka termasuk dalam kelompok gotram dan setiap gotram ada dikaitkan dengan prawara. Ramai jati Brahmana hari ini pun dah lupa mengenai diri mereka jadi kenalah selalu diingatkan jangan nak melepaskan diri saja! Antara gotramnya:

1. Wasista
2. Gautama
3. Atreya
4. Kashyapa
5. Bharadwaja
6. Wiswamitra
7. Agastiya

Ini semua gotram dari saptaresi. Setiap gotram ini ada prawara berbeda-beda pula. Swagotram wiwaha atau perkahwinan sesama gotram diharamkan! Sesama gotram dianggap sebagai saudara-mara dan berkahwin sesama gotram dianggap sebagai melakukan sumbang mahram dan menjijikkan. Dipercayai keahlian gotram ini diturunkan dari bapa ake anak, maka perkahwinan antara sepupu dibenarkan pula contohnya perkahwinan sesama anak-anak dari seorang abang dan seorang adik perempuan seibu sebapa. 

Seorang lelaki Brahmana dari kelompok Puspaka dibenar berkahwin dengan sepupu perempuan, anak bapa saudara sebelah ibunya atau anak perempuan ibu saudara sebelah bapanya tapi diharamkan berkahwin dengan sepupu perempuan, anak kepada bapa saudara sebelah bapanya! Yang ini dikira sebagai saudara perempuannya yang dilindungi undang-undang kekeluargaan Brahmana. Banyak juga kritikan dan cercaan terhadap sistem ini tapi nak buat macam mana dah ia memang begitu.   

Ahad, 31 Mac 2013

Achyutam Ashtakam

Astakam ini dikarang oleh Sang Adi Shankaracharya dalam bahasa Sanskrit dengan judul panjangnya Sri Acyutam Kesawam Rama Narayannam memuji Sang Dewata, Maha Wisnu. Diharapkan rakan-rakan sekelian terhibur sambil membersihkan hati menyebut Nama-Nya. Nanti di lain masa aku akan membuat masukan mengenai cawangan Saiwa dan Sakti pula supaya rakan-rakan kehinduan dapat lebih banyak maklumat yang baru atau pun meningkatkan pengetahuan kehinduan rakan-rakan bersama-sama.


Susun Kata Bahasa Sanskerta

1. Acyutam kesawam rama narayannam. Kresna damodaram wasudewam harim. Sridharam madhawam gopika wallabham. Janaki nayagam ramachandram bhaje.

2. Acyutam kesawam satyabhamadhawam. Madhawam sridharam radhika radhitam. Indira mandiram cetasa sundaram. Dewaki nandanam nandanam sandadhe. 

3. Wisnawe jisnawe sankhine cakrine. Rukmini ragine janaki janaye. Wallawi wallabhayarcityatmane. Kamsa widhwamsine wamsine te namah.   

4. Kresna govinda he rama narayanna. Sripate wasudewarjita srinidhe. Acyutananta he madhawadokshaja. Dwarakanayaka draupadi rakshaka.

5. Raksha kshobhitah sitaya syobhito. Danndakaraannyabhu punyata karannah lakshmane nanwito wanaraih sewito'gastya sampujito raghawag paatu mang. 

6. Dhenukarishtako'nishta kreddweshinnam kesiha kamsaherdawamsika wadakah putana kopakah suraja khelano bala gopalakah patu mang sarwada.

7. Widyudadyotawnprasphuradwasasang. Prawerdambhodawat prollasad wigraham wanyaya malaya sobhitorasthalang. Lohitanghridwayam warijaksham bhaje.

8. Kuncitaih kuntalair bhromajamanananam ratnamaulim lasatkundalam gandayoh harakeyurakam kankanna projjuwalam kinkinnimannjulam syamalang tang bhaje.

Arti Bahasa Melayu

1. Aku memuja Sri Acyuta, yang tiada dosa satu pun, bagindalah Sri Ramacandra, Kesawa, Rama, Narayanna, Kresna, Damodara, Wasudewa, Hari, Sridhara, Madhawa, yang tercinta bagi Gopika, yang menemani Janaki.

2. Aku mempersembah kebaktian kepada Sri Kesawa, yang tiada dosa satu apa pun (Acyutam), yang menemani Satya Bhama, Madhawa, Sridhara, yang dirindui oleh Radhika, yang merupakan pura bagi Laksmi (Indira), yang ayu kerna pemikirannya, yang tercinta bagi Dewaki, dan yang dicintai kita semua.

3. Sembah hormatku untuk Wisnu, yang jaya atas sesiapa pun, yang memegang sangkakala dan cakra, yang tercinta kepada Rukmini, yang menemani Janaki, yang tercinta kepada gadis pengembala lembu, yang dipersembahkan (dalam pengorbanan), Jiwa Tertinggi yang memusnahkan Kamsa, dan yang meniup seruling.

4. Wahai Kresna! Wahai Gowinda! Wahai Rama! Wahai Narayana, yang merupakan peneman Laksmi! Wahai Wasudewa, yang mencapai khazanah Laksmi! Wahai Acyuta, yang tidak dapat diukur dengan ukuran! Wahai Madhawa, wahai Adhoksaja, yang mengepalai Dwaraka, dan yang melindungi Draupadi!

5. Moga Raghawa, yang terganggu dengan amalan tak bertuhan para setan, yang menghiasi Sita, yang menjadi penyebab hutan Dandaka disucikan, yang diikuti oleh Laksmana, yang dilayani oleh para wanara, yang dihormati oleh Resi Agastiya - Begawan lindungilah aku!

6. Moga sang bayi, Gopala (Kresna) yang tidak disukai Dhenukasura dan Arishtasura, yang memusnahkan Kesi, yang membunuh Kamsa, yang meniup seruling dan yang murka kepada Putana, lindungi aku selalu!

7. Aku menyanyikan pujian Acyuta, yang dihiasi oleh halilintar bagaikan busana kuning bersinar, yang tubuhnya itu gilang gemilang bagaikan awan pada musim hujan, yang dihiasi oleh bunga malai dari bunga tumbuh meliar di dadanya, yang kakinya itu berwarna merah tembaga dan yang mata-Nya bak teratai.

8. Aku menyanyikan pujian dari Syama itu, yang mukanya itu dihiasi oleh rumba rambut berlingkar, yang ratna manikam di dahinya, yang bersinar subang di pipi-pipi Nya, yang dihiasi bunga malai Keyurah, yang gemilang gelang tangan-Nya, dan yang bergemerincing gelang kakinya.

Sabtu, 24 November 2012

Kepentingan Upanayannam


Terjemahan ucapan Mahaperiyava Saraswati Chandrasekhara Maharaja

Aku tak tahu ini kali ke berapa aku masukkan di sini. Upanayanna ini merupakan upacara yang dijalankan apabila seorang budak lelaki sudah cukup berusia untuk memahami sebarang perkara dan boleh menyebut mantram.

Semasa upacara ini dijalankan, budak lelaki itu diarahkan pergi meminta dana. Nanti dia akan diberitahukan: Bhiksacharyam Chara! Maka dia mesti jawab la Badham! Maksudnya, aku menurut sahaja. Jadi, sebelum upanayannam ini, kanak-kanak mesti tahu secukup nya bahasa Sanskrit. Sebolehnya dia faham apa makna bhiksacharyam chara itu pun cukup lah. Apabila dia mula belajar pada usia lima tahun, nanti dia akan mendapat pendidikan asas bahasa Sanskrit sampai usia lapan tahun. Usia lapan tahun ini nanti, dia akan menjalani upanayanna samskaram.  

Dunia akan bertambah jika budak lelaki berusia lapan tahun memakai benang suci, cukup pengetahuan bahasa Sanskrit nya dan membaca Gayatri mantram. Hari ini, segalanya berubah menjadi buruk apabila kebendaan mula masuk ke dalam fikiran kanak-kanak yang suci murni.

Apa maksud upanayannam ini?

Upa - dekat
Nayana - menunjukkan

Apa yang ditunjukkan dekat kana-kanak itu? Dekat guru lah. Ini maksudnya upanayanna. Siapa guru itu? Guru itu sesiapa yang menguasai vedam. Ada seorang guru semasa peringkat barhmacharyasramam dan yang lain pada peringkat sannyasasramam. Guru pertama terpelajar dalam veda dan banyak lagi. Manakala guru kedua pula merupakan orang-orang yang sudah selesai dengan semua veda. Dalam asramam pertama, kita dikehendaki memperoleh vidyam dan dalam asramam terakhir kita akan menyedari gnana.

Upanayannam ini merupakan upacara mengangkat budak itu masuk ke peringkat brahmacharyasramam sementara samavartanam pula merupakan penyempurnaan peringkat kehidupan. Samavartanam maksudnya kembali. Diulangi, dari upanayannam sampai ke samavartanam itu adalah brahmacaryasramam. Samavartanam menandakan bahawa seseorang itu akan balik ke rumahnya selepas selesai mengaji ilmu-ilmu veda di gurukulam.

Upanayannam adalah purvanga kepada brahmacharyasramam. Sebarang anga mesti lah mempunyai sesuatu yang memberikan warna berlainan kepadanya. Yang ini disebut sebagai angi. Jadi untuk anga dipanggil lah upanayannam, bagi angi pula brahmacharyasramam.
 
Perkataan Brahma itu mempunyai enam makna semuanya. Menurut istilah brahmacharya pula, brahma bermakna veda-veda. Seluruh asramam atau tahap kehidupan ini ada dibahagikan untuk pembelajaran veda-veda. Jadi ini lah brahmacharyam. Tempoh paling pendek pun bagi brahmacharyam adalah selama 12 tahun dan ini lah masa untuk menghafal veda-veda bagi Brahmana.   

Makna lain Brahma adalah Vishnu dan Siva. Ia juga membawa maksud seorang Brahmin, tapa atau ketaatan dan juga membawa makna Paramatman. Bila kamu sebut Brahma dengan bunyi "a" panjang itu maka maknanya adalah Sang Pencipta.
 
Waktu makan, kami akan membuat paricesanam. Ia adalah perbuatan merenjis air atas makanan kami, misalnya nasik. Ini adalah anga untuk makanan. Nasik mesti dimakan hanya selepas disembahkan sebagai prasadam kepada Sang Iswara. Ini tujuan paricesanam. Bodoh lah sekiranya menolak mengambil nasik selepas ia dijadikan prasadam kepada Sang Iswara. Tidak belajar veda selepas upanayannam sama juga seperti menolak makanan yang dipersembah selepas paricesanam. Dalam pada itu, ramai orang yang selepas menjalani upanayannam yang tidak mengaji veda patut lah dipanggil sebagai orang bodoh!   

Ada empat vratam antara purvanga dipanggil upanayannam dan uttaranga dipanggil sebagai samavartanam:

1. Prajapatya
2. Saumya
3. Agneya
4. Vaisvadeva


Ada beberapa peraturan yang mesti diikuti untuk menguasai mantram. Veda dipenuhi dengan mantra yang akan membantu kamu menuju ke arah kerohanian dan melepaskan kamu daripada kewujudan duniawi. Brahmacharya mungkin boleh digambarkan sebagai disiplin mutlak diperlukan untuk menguasai veda. Ada juga peraturan yang diperlukan untuk menguasai tiap-tiap bahagian dalam sastra suci.

Setiap veda itu ada empat kandam yang dikaitkan dengan maharesi terkenal. Brahmayagna dijalankan untuk menghormati mereka ini. Untuk setiap kandam akan ada juga vratam terpisah. Waktu brahmacharyam apabila satu kandam itu dipelajari, vratam nya mesti dijaga. Kandam itu adalah prajapatya, saumya, agneya dan vaisvadeva. Lepas membereskan empat kandam, maka anak murid akan menjalani samavartanam dengan kebenaran guru.

Empat vratam disebut adalah untuk pelajar-pelajar bagi Krishna Yajurveda. Bagi pelajar Rigveda, ada Mahanamni, Maha, Upanishad dan Godana vratam. Jadi setiap veda itu ada vratam nya. Aku sebutkan untuk Krishna Yajurveda sebab ia banyak diikuti di India Selatan dan negeri orang Tamil.

Samavartanam juga dikenali sebagai snanam, dan yang melaluinya itu disebut sebagai snataka. Setiap orang mesti belajar veda mereka sendiri menurut jati mereka dan menurut cabang tajuk tambahan. Apabila kita menjalani upakarmma kita mesti mula belajar bahagian baru veda-veda. Kemudian pada utsarjana, ia mesti dihentikan dan pembelajaran vedanga pula dimulakan. Veda, mesti dipelajari dalam masa enam bulan kasarnya dari daksinayana dari selatan sravana ke taisya. Enam bulan kemudian, mesti disediakan khas hanya untuk vedanga

Bagi menguasai mantra-mantra, pelajar mesti mengamalkan peraturan ketat brahmacharya dan menjaga adab sopan bagi bahagian-bahagian veda yang dipelajari. Kini, kita tak buat lagi benda itu. Kita tak belajar veda langsung dah. Sebelum upacara kahwin, kita akan menjalani upacara disebut sebagai vratam. Dalam sejam, kita akan melalui beberapa samskara tanpa memahami apa yang kita buat dan kenapa kita buat. Mungkin aku akan berikan kamu beberapa kuliah kerana sekurang-kurangnya akan ada banyak adat istiadat veda yang terselamat. 

Kepentingan upacara upanayannam tersirat dalam ini. Ia menjadikan seseorang itu bersedia menerima arahan dalam veda dan menyebarkan semula kuasa kedewataan ke seluruh dunia. Ibu bapa harus sedar hakikat ini dan menyediakan anak-anak mereka untuk upanayannam pada masa yang betul dan tepat!
 
Dwija atau irupirappalan dalam bahasa Tamil adalah nama yang diberikan kepada triwangsa Brahmana, Kesatria dan Vaisya. Pahala kelahiran kedua akan berjalan apabila mereka layak mempelajari veda-veda. Jati begitu adalah untuk menyebarkan kuasa dewata ke seluruh dunia dan menerusi upacara ini mereka akan layak menjalankannya. Tanggungjawab ibu bapa adalah memastikan anak-anak menjalani upacara ini pada masa tepat. Kini, tak ada perhatian pun diambil berkaitan dengan suruhan sastram. Zaman dulu orang ramai sangat berkeyakinan dengan kitab suci dan menjalankan apa yang disuruh dengan baik!

Tanggapan Salah Terhadap Brahmin dan Varnasrama

  
Ini daripada ucapan Sri Kanchi Paramacharya. 

Suatu tanggapan salah yang mula hinggap pada sistem varnasramam adalah kaum Brahmana atau orang Brahmin menikmati keselesaan hidup berbanding dengan yang lain, mempunyai pendapatan yang lebih dan dia tidak boleh dikerahkan membuat pekerjaan.

Dalam susuhunan yang tercetus dalam sastra-sastra, kaum Brahmana harus berusaha dengan tubuh badannya sama juga dengan seorang peladang mengerahkan usahanya untuk bekerja. Disebabkan oleh upacara-upacara yang kaum Brahmana amalkan setiap hari tidak difahami oleh orang ramai, makanya mereka pun secara salahnya percaya bahawa Brahmana itu sengaja menyusahkan orang lain dan membuat orang lain bekerja untuknya. Sedangkan dia hanya bermalasan dan menikmati kehidupan sehariannya!

Seorang Brahmana mesti bangun seawal jam empat pagi dalam waktu Brahma Muhurtha dan mandi dalam air sejuk. Tidak mengira cuaca pagi itu sejuk atau pun panas, hujan atau teduh, dia mesti melaksanakannya tanpa banyak soal.

Kemudian, tanpa berehat, dia perlu melaksanakan satu lagi upacara selepas satunya seperti:

1. Sandhyavandanam
2. Brahmayagna
3. Aupasana
4. Puja
5. Vaisvadeva
6. Salah satu daripada 21 pengorbanan

Jika kita duduk di depan api pengorbanan selama empat hari maka tahu lah kita bahawa sukarnya hidup dengan semua bahang panas dan asap. Berapa banyak sumpah dan puasa yang perlu para Brahmana jaga dan berapa banyak nya mandi upacara yang perlu dijalankan.

Orang dari kasta dan bangsa lain tidak perlu lah melalui kesukaran hidup sebegini. Seorang Brahmana tak boleh memakan "nasi sejuk" pada waktu pagi seperti seorang petani. Dia tidak mempunyai "hak" menyentuhnya. Dharmmasastram bukannya dicetuskan untuk keselesaan orang Brahmana atau memberi manfaat kepada orang Brahmana dan bukan untuk memberi kehidupan yang seronok kepada mereka. Dia tak perlu menurut disiplin ketat dan menjalani perlbagai jenis pengorbanan jika dia ingin hidup selesa.  

Makan waktu siang Brahmana cuma sekali atau dua kali sahaja. Pada hari Sraddha, mereka akan makan tiga kali atau empat kali sehari. Ini waktunya, para petani akan berehat selepas berkerja penat di bawah pokok di ladang tempat bekerja. Makanan orang Brahmana pula ringkas sahaja seperti makanan petani juga.

Tiada beza antara gubuk tempat tinggal petani dengan seorang Brahmana. Kedua-duanya pun memakai pakaian dari benang kapas. Petani boleh simpan wang untuk masa hadapan, tapi tidak Brahmana. Dia tidak mempunyai hak meminjam wang atau pun hidup dengan bergaya.  

Dalam Yaksa Prasna dari Mahabharata ada rujukan kehidupan ringkas orang Brahmana:

Pancame hani saste va sakam pacati sverghe anerni ca pravasi ca sa varicara modate...

Jika waktu siang terbahagi kepada lapan bahagian, Brahmana boleh lah makan pada waktu keenam dan ketujuh selepas menjalani semua upacara korban. Sebelum itu, haruslah dia menahan diri dari makan dan tidak boleh memakan walaupun sebarang lapik perut....

Apa yang dimakan oleh seorang Brahmana? Bukannya makanan mewah, tiada manisan seperti badam yang dihancurkan dalam susu manis. Sakam pacati merujuk kepada sayuran berdaun yang tumbuh di tebing sungai yang bukan harta tanah milik sesiapa. Kenapa Brahmana kena tinggal di tepi tebing sungai? Supaya mudah dia hendak mandi dan boleh memetik sayuran berdaun yang tumbuh bebas dan dia tak perlu meminta-minta kepada orang untuk sayuran tersebut.  

Brahmana tidak dibenarkan meminjam wang. Ini lah maksudnya anerni. Sebab jika dia mula meminjam dan menjadi tabiat maka ia akan membawa kepada kehidupan mewah. Kefakiran dan tidak memperolehi kebendaan atau apagrigraham merupakan jalan hidup Brahmana.

Brahmana dilarang menyimpan sebilah sabit pun untuk keperluannya. Sekarang ini, walaupun dalam kerajaan dan industri-industri besar, ada sahaja orang berhutang. Jika orang ramai hidup menurut kepada sastram, tanpa berhutang kepada sesiapa dan tanpa menyembah kepada sesiapa dan dalam masa yang sama menjaga dharmma, maka ia adalah puak yang disebut sebagai narikurava

Apravasam bermaksud, bahawa Brahmana tidak boleh meninggalkan tempat kelahirannya dan tinggal di tempat lain. Hormat atau tidak hormat, untung atau rugi, dia mesti tinggal di tempat lahirnya menjalankan dharmma nya. Kini, demi wang dan keselesaan, orang ramai berhijrah ke Eropah dan Amerika meninggalkan tanah air mereka dan meninggalkan juga cara hidup tradisi adat istiadat mereka. Mereka bangga pula dengannya. Hal ini sangat dicela dalam sastram.

Jika semua jati, varna dan bangsa bekerja keras dan hidup secara sederhana, maka tiada sebarang niat jahat antara orang ramai dan tiada sebarang teriakan pun tentang kasta mesti dihapuskan. Satu sebab bagi pandangan pembaharu, adalah satu kasta itu miskin bekerja keras dan yang lainnya hidup selesa. Keringkasan dan kerja keras membawa kepuas hatian dan kemurnian dalaman. Keadaan ringkas begini dan kehidupan bahagia akan terpakai dalam negara kita untuk seribu tahun dan 10,000 tahun.    

Aku katakan begini dalam hari-hari mendatang ini juga, kerjaya itu tidak dipilih berdasarkan kepada kualiti manusia itu atau kecenderungan semulajadinya. Pertimbangannya adalah disebabkan pendapatan dan keselesaan. Semua orang pun mencari semua jenis pekerjaan dan natijahnya wujud persaingan dan kecemburuan, tidak sebut lagi hal tentang pengangguran.

Pada awalnya... Apabila pekerjaan itu ditentukan berdasarkan kepada kelahiran, semua orang membangunkan kebolehan untuk kerja yang dikhususkan untuk nya dan begitu juga kemampuan mereka belajar dengan lebih mudah juga sentiasa ada. Hal ini sebaliknya pula hari ini. Zaman dahulu, pekerjaan bapa akan diwarisi ke anak turun-temurun jadi orang itu menjadi begitu cekap. Kini yang ada cuma ketidakcekapan sejagat dan ketidakcekapan sahaja lah...

Oleh dinasihati sahabat-sahabat Hindu dharmma dan Buddha dharmma supaya mengambil perhatian. Bukan lah susuhunan kasta itu hendak menindas sebaliknya berasal dari tujuan dharmma juga. Hanya apabila masuk ke zaman Kaliyug ini segalanya menjadi keliru.             

Isnin, 6 Ogos 2012

Kebudayaan Brahmana


Pengenalan

Brahmana merupakan ajaran dan kebudayaan yang tersebar meluas di kawasan Asia Tenggara khususnya di daratan Indo-China, negara kota orang Melayu dan dalam negara kota dalam wilayah negara Indonesia moden menerusi penglibatan Brahmakshatria dari wangsa Pallava. Ia merupakan agama orang Hindu pada zaman boran (purba).

Brahman merujuk kepada Paramatma atau Roh Jagat Raya. Manakala Brahmana merujuk kepada orang yang berpengetahuan mengenai pantang larang, sanskriti (tradisi), parampara (adat), sastram dan sebagainya. Apabila perkataan Brahmana diinggeriskan maka ia disebut sebagai Brahmin. Brahmin juga merujuk kepada pengamal ajaran Hindu Ortodoks dan golongan pendita. Bagaimana pula dengan Brahma? Brahma merujuk kepada aspek penciptaan dalam kesedaran sejagat.

Konsep Pembahagian Masyarakat

Masyarakat pada zaman dahulu di benua India purba menurut kepada sistem feudal dan sistem pemerintahan beraja. India moden merupakan bekas anak jajahan kepada empayar Britain yang terbahagi antara India, Pakistan dan Bangladesh. Kesemua negara-negara moden ini mempunyai sistem kenegaraan republik. Manakala kawasan benua yang lebih luas lagi tersebut dalam Mahabharata merujuk kepada kawasan India moden, Pakistan, dan hampir seluruh kawasan Asia Tenggara di daratan dan di kepulauan. 

Bentuk masyarakat yang kita lihat mesti mempunyai tingkatan nya pula dan jika kita bentuk maka akan kelihatan lah bentuk piramid atau tiga segi dari bawah sampai ke atas di bucu yang tajam itu. Konsep kemasyarakatan Hindu adalah seperti ini dan ini merupakan suatu hakikat. Jika dilihat dalam ilmu kemasyarakatan pun, hal nya dinyatakan begitu dan mustahil lah bentuk tiga segi itu berubah menjadi empat segi walaupun sebuah negara itu berubah menjadi sebuah republik. Lihat sahaja sekarang bagaimana hal nya? Ada juga presiden di atas nya walaupun bukan bersifat keturunan? Di Asia Tenggara, mana negara bersifat republik? Indonesia dan Singapura merupakan antara contoh nya. Di Asia Timur pula ada China dan Korea Utara.

Jadi pembahagian masyarakat Hindu adalah menurut sistem chaturvarna atau empat warna. Masyarakat itu terbahagi lah kepada masyarakat Brahmana, Kesatria, Vaisya, Shudra serta Chandala. Yang tiga di atas itu disebut sebagai triwangsa pula. Hal ini ada disebut dalam Atreya Smarthi 141-142:

Janmana jayate shudrah, samskarat dwija uchyate, vedapati bhaved viprah, brahma janati brahmanah.

Ertinya:

Jelmanya seorang itu sebagai shudra, menurut kepada samskara maka naik lah dia ke dwija, baca lah veda menjadi ia viprah, maka yang mengenali Brahman itu lah Brahmana.

Dari sini, kita dapat melihat bahawa Brahmana merupakan orang yang terlibat dalam mencapai pengetahuan kerohanian yang tertinggi yang dipanggil sebagai Brahmavidyam. Brahmana menurut pula kepada shakha atau cabang dan veda-veda. Hal ini diterangkan sebagai suatu jalan yang sukar untuk mendisiplinkan tubuh badan, minda pemikiran dan mencapai kebijaksanaan. Mereka ini pun dikenali sebagai Brahmana menurut dharmma, walaupun varna mereka bukan varna Brahmana.

Apakah contohnya? Contohnya seperti Resi Vishvamitra yang bukan seorang Brahmana berdasarkan kelahiran tetapi mencapai Brahmavidyam lalu mengarang Gayatri Mantra. Jadi beliau meningkat menjadi seorang Brahmarishi yang bukan menurut kelahiran varna nya tetapi menurut kepada pencapaian dharmma nya.

Dalam Manusmarthi sendiri, ada tersebut tentang perubahan taraf jati puak-puak di India purba misalnya melalui upacara upanayan atau menaik taraf dan menyerap puak-puak tidak bertamadun ke dalam sistem tradisi dan adat-istiadat Brahmana. Ada yang dinaik taraf menjadi golongan pendita. Dalam zaman pertengahan di India serta zaman penjajahan British, orang ramai dari pelbagai jenis kemahiran pun mengakui diri mereka sebagai golongan Brahmana namun mereka tidak lah menurut gaya kehidupan para Brahmana. Mereka gila kuasa, tamak harta dan hanya berfikir untuk memenuhi hawa nafsu mencari kekayaan sahaja.

Golongan pendita diharapkan menjalani kehidupan menurut tradisi dan sanskriti, menjalankan pengorbanan dan menjadi pelindung pula kepada dharmma kerana kemahiran mereka dalam pengajian veda-veda. Masa kini, golongan pendita ada lah menerima sedikit saguhati apabila menjalankan upacara korban bagi orang ramai supaya mereka boleh menampung hidup berdasarkan kepada pengetahuan keagamaan mereka dan kewajipan mereka terhadap dharmma.